Saturday, December 24, 2011

Travelog USA 22: Pertemuan dengan Naqeeb Arab USA

Dr Tareq bin Muhammad al-Suwaidan, 58 tahun, Ketua Umum harakah Islam Kuwait, pemilik TV satelit arab ar-Risalah, sekarang menginap di Kuwait City dengan 6 orang anak.
Gerakan Islam Arab di USA berada dalam beberapa wadah, antaranya ISNA=Islamic Society of North America yang berpusat di Plainfield Indiana, juga dalam MSA=Muslim student Association of US and Canada (ketua Umum Dr Jamal Badawi), namun ketua umum Usrah Brotherhood  US ialah Bro Tareq Suwaidan. Semasa aku berada di US, akh Tareq baru saja memulakan pengajian peringkat Sarjana dalam Petroleum engineering di Univ Tulsa Oklahoma, lebih kurang 1200 KM dari Kalamazoo.
Usrah Malaysia telah menghubungi bro Tareq akan keujudan kami di US dan mereka telah memberi maklumat mengenai kedudukan kami kepada beliau termasuk nombor telefon. Tak lama kemudian aku menerima panggilan beliau, dia bertanya," takallam arabiy? aku menjawab, qalilan, shwayya shwayaa" (sedikit sedikit, broken), maka kami bercakap Inggeris ajelaa..hehehe. beliau berkata, minggu depan beliau akan berada di Chicago kerana ada tamrin brothers arab di sebuah hotel di Chicago. Maka kalau nak jumpa, bolehlah datang. Maka KM yang berada di sebelah berkata, "kasi tahu aje, OK, OK kita akan pergi", maka aku tanpa pikir panjang, cakap, "yes, syaikh, we will be there, God's willing.."

Maka pada minggu berikutnya, aku dan KM berangkat ke chicago menggunakan kereta sewa Hert, kereta sewa di US ni amat murah, dalam USD18.00 je sehari. Jaraknya cuma 170KM sahaja menggunakan highway I-90 dan I-94, Toll-free. Kami bertolak sekitar jam 10:00 pagi kerana urusan sewa kereta. Sebelum tiba di Chicago, kami singgah di R&R utk makan. Agar sukar juga mencari hotel tersebut di tengah-tengah kesibukan megacity Chicago dan akhirnya kami bertemu juga dgn hotel tsb. Kami membuat panggilan telefon di lobi hotel dan bro Tareq turun mendapatkan kami.


Beliau berjambang, rambutnya sudah mula menipis di depan dan berpakaian biasa, kemeja dan seluar. Kami berpelukan dan cium pipi ala-ala arab gitu..dan beliau menjemput kami ke bilik hotelnya. Dalam bilik hotel, ada lagi dua tiga orang brothers arab dan kami berpelukan, dan Tareq memperkenalkan Ikhwan Malazia. Mereka kemudian minta izin keluar bilik dan tinggal kami bertiga sahaja dalam bilik tsb.
Setelah kami ta'aruf ringkas, dia bertanyakan siapakah naqeeb di Malaysia dan dia bertanyakan siapa naqeeb arab yang pernah ke sana. Dia mencadangkan akan mengendalikan usrah antara kami dan beliau secara langsung, mungkin sebulan sekali. Kemudian kami memberitahu bahawa KM pernah dicolek oleh FBI dan dibawa ke Chicago utk disoalsiasat berhubung usrah melalui telefon secara multi-party call. Beliau terkejut mendengar maklumat tersebut dan membuat keputusan, hubungan antara beliau dan brother Melayu terpaksa ditangguhkan buat seketika sehingga dia bermesyuarat dengan tanzim Arab kerana bila FBI sudah mengintip, ia agak berbahaya kpd dakwah usrah jamaah. Beliau kemudian menceritakan pemgalaman beliau bersama Usrah dari dia muda di Kuwait hingga kini. Beliau juga menyediaan makanan ringan dan minuman. Oleh kerana beliau terpaksa menyertai majlis tamrin seterusnya bersama arab brothers, maka kami mengakhiri pertemuan tsb dan beliau janji akan menghubungi lagi jika keadaan keselamatan terjamin. Kami berpelukan dan berpisah dibiliknya sahaja.
Kami agak sedih juga kerana program dengan Bro. Tareq terpaksa ditangguhkan buat seketika, namun kami akur kerana faktur keselamatan walaupun kami tahu apa yang kami buat langsung tidak menggugat amerika pun.
Kami berlepas pulang ka Kalamazoo dan giliran KM pula memandu. Mungkin kerana sedikit kecewa, KM memandu dgn laju dan tiba2 sebuah kereta peronda lebuhraya negeri Illinois memintas kereta kami dan mengeluarkan siren polis. kami tidak sangka kerana kereta peronda sebab ia kelihatan spt kereta biasa saja, rupanya kereta peronda yg menyamar. Kami difahamkan mmg begitulah mereka menangkap pemandu2 yg memandu laju di hiway iaitu mengujudkan pasukan khas yang menggunakan kereta biasa.
KM memberhentikan kereta di bahu jalan dan Polis mengarahkan kami menyerahan lesen memandu dan dokumen kenderaan. Dia kata, "kami telah mengekori kereta kamu sejauh 10 batu dan ini adalah bacaan komputer kelajuan kamu." Rupa-rupanya kereta mereka dilengkapi komputer dan semua data pemanduan kami lengkap. Maka mengikut undang2 Illinois, pesalah trafik mesti bayar saman kompaun serta mereka secara cash atau kad kredit, kalau tidak kami akan ditahan reman dalam jel chicago utk malam tsb. Wadus..terkejut kami mendengarnya. Maka kebetulan kami ada kad kredit, American Xpress, maka selesailah saman tsb, aku ingat dalam USD 100 kompaunnya. Speed limit di US ialah tidak boleh memandu melebihi 65mph (US tak guna sistem metrik). Kami selamat sampai di Kalamazoo sudah masuk waktu Maghrib.

2 comments:

whamka said...

Tuan, dah beli e-book beliau "Stories of the Prophets in Al-Quran" dan "Strategic Change for the Muslim Ummah" terbitan estore.ansi.com.my

THTL said...

belum. e-book tak minat nak beli. real book pulak, tak tahu kat mana kitab2 tsb dijual. yg ana minat, strategic change tu..kisah2 Nabi dah banyak ada.