Tiba di Los Angeles, CA
Dari New Mexico, kami melewati pula Arizona dan bermulalah pemanduan paling bahaya atau ibu segala perjalanan, yakni menyeberangi Banjaran Rocky Mountain, kami akan mendaki 12, 000 kaki dari paras laut dari Phoenix, Arizona ke LA mengambil Hiway I-10. Tapi sayangnya, perjalanan adalah pada waktu malam dan kami tidak banyak dapat menyaksikan pemandangan yang menakjubkan. Kami memandu dengan berhati-hati kerana jalannya yang berliku. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang tidakdiingini berlaku ke atas konvoi kami dan selepas subuh, kami sudah melepasi Banjaran Rocky dan masuk ke California.
Bila tiba di Bandar St Bernardino, inilah gambaran kota LA:
Begitulah sibuknya ibukota dan pusat perfileman dunia, Hollywood. Target kami ialah USC atau university of Southern California yang berjiran dgn Hollywood, di sinilah ramai sekali ikhwah kita yang menuntut di sana. Mas`ul atau ketua di LA ialah bro S yg berasal dari perak dan dibantu oleh RN yang berasal dari Kemaman. Mereka ni adalah anak murid kpd CR yg juga founder AFN (kohkoh), bahkan kebanyakan geng usrah di California dan Fresno adalah anak buah CR (bekas student MRSM).
Kami tiba dengan keletihan yang amat sangat (exhausted), setelah melalui perjalanan 2,150 KM melalui jalan bersalji, padang pasir dan pergunungan..satu pengalaman yang tidak akan kami lupakan seumur hidup dan tidak mungkin lagi kami dapat ulangi lagi...Inilah sunnah kaum salaf dalam menuntut ilmu, kami dapat bayangkan Imam Bukhari misalnya yang berjalan menaiki unta selama 1 bulan...
Team California sudah siap menyambut kami dengan hidangan istimewa dan kami sungguh lega dapat makan masakan melayu selepas perjalanan yang begitu jauh, disamping dapat mandi hot shower selepas 2 hari tidak mandi. selepas mandi dan makan, semua rombongan kami tidur sepuas-puasnya...
1 comment:
beest la ada catatan perjalanan thtl..saya pun dah drive lebih kurang 3000km merentatsi beberapa state australia, tapi tak seperti thtl la....lautan atalantik ke lautan pacific kan?........
Post a Comment