Thursday, December 1, 2011

Radd atas Topik Poligami

Istwo tuan Pilot ada menulis spt berikut pada 30 Nov di thread  "Bila nak Berpoligami?"
"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan poligami is distruptive in nature, poligami menyebabkan anak-anak membesar dalam konflik yang buruk, sedangkan antara kita pasti lebih ramai ibu ayah yang tak berpoligami tapi membesar dalam keadaan mengharukan dan tertekan juga. Isteri yang tidak terlibat poligami saja tidak kurang yang mengalami kemurungan berpanjangan."
 Komen:
Istwo Pilot merujuk kpd statement thtl sebelum thtl quit afn. Oleh kerana thtl tidak lagi memasuki afn, maka di bloglah adalah tempat utk menjawabnya.

Maksud disruptive tu merujuk kpd poligami di Malaysia di kalangan orang Melayu sekarang tahun 2011. Dengan kadar perceraian 1 kes cerai setiap 15 minit (statistik Jakim), maka poligami akan memburukkan lagi keadaan. Jika perkahwinan monogami pun berantakan setiap 15 minit, maka bayangkan apa akan jadi kpd perkahwinan poligami. Ia tidak merujuk kpd keadaan poligami di zaman sahabat, tabi'in dan tabi' tabi'in.
Istwo kapten dilapurkan berkata:
"Dan setakat pengkajian juga pembacaan saya, mungkin dalam sepuluh atau kurang hadis-hadis tentang konflik cemburu. Yang lainnya, sirah menceritakan kebahagiaan isteri-isteri nabi ini – kerana keperibadian suami yang soleh dan juga kerana isteri-isteri mulia itu turut membina keimanan dan ketaqwaan yang mendalam."
 komen thtl:
9 isteri2 Nabi saw tu bahgia selepas menjalani ujian yang getir. Ini kerana kesemua mereka hidup dalam kemiskinan tegar, makan gandum gred C dan banyak ketika dapur mereka tidak berasap kerana kehabisan bekalan makanan. Pernah isteri2 Nabi membuat protes dan nabi ugut akan menceraikan mereka. Saya jamin tak ada wanita yang sanggup menjalani kehidupan yang dilalui oleh isteri2 Nabi. Kalau kawin dapat SUV berharga RM160K, maka apa yg kita nak komplen. tak ada wanita melayu yg akan komplen...semuanya baguz belaka..JIka kebetulan poligami yg puan alami amat manis di sisi puan, itu cuma kes2 terpencil sahaja...di Malaysia, monogami bercerai setiap 15 mini satu kes, maka apakah dengan 1 kes poligami yg berjaya dalam sejuta dapat menceriakan suasana poligami di Malaysia. Poligami Nabi itu berjaya kerana baginda seorang Rasul, kalau bukan poligami Nabi, 9 isteri akan melarikan diri kerana perempuan mana yg sanggup menahan dari kelaparan dan kesusahan?? mereka pernah memprotes, tapi wahyu ugut mereka...

Rintihan puan nurul:
"Ya ALLAH, apakah ENGKAU mendatangkan syariat poligami ini untuk menyakitkan hati isteri pertama dengan kelukaan yang paling dalam? Apakah ENGKAU menghadirkan syariat poligami ini untuk isteri kedua dan ketiga merasa sengsara berkahwin dengan lelaki yang telah beristeri? Apakah ENGKAU meletakkan syariat poligami untuk menambahserabutkan kehidupan dan perasaan lelaki sebagai pemimpin keluarga?"

 Komen:
Allah tidak mendatangkan syariat poligami, bahkan ia adalah budaya masyarakat sebelum Islam lagi, kaum yahudi berpoligami, dan arab musyrikin pun berpoligami sebagaimana manusia bersetubuh dgn hamba sahaya perempuan mereka. Allah mengetatkan syarat poligami dan persetubuhan dengan hamba. Jika monogami pun susah, maka polyG lagilah susah, apatah lagi memiliki hamba perempuan dan menyetubuhinya, sebab tu ia suatu syari3at yg dikemaskini oleh Allah dan dikawal selia oleh Penguasa dan jabatan agama.
Bukan apa puan, demi menjaga kebajikan IsOne dan anak-anak, sebab kebanyakan poligami di Malaysia ialah mereka berpoligami dgn anak dara sunti! anak dara mmg heppy dia dapat suami, tapi IsOne yg sudah tua, akan hancus, sebab tu syariat mengetatkan syarat, supaya IsOne yg sudah tua terbela dan terpelihara.

2 comments:

Yugimudo said...

Jgn cerita dgn org tapi saya pegang pada prinsip berkawan biar seribu, bercinta biar satu :D

X semua org suka menduakan. Bapa saya, walau mak saya "bergurau kasar" pun, dia slalu kata kat sy: "xkira mcm mana pun, mak ko tidur ttp sbelah ayah."

Apa2pun, saya sokong camp setia pada satu. Kalo bercinta pun, no no no spare part :D

THTL said...

yugi,

dalam kamus TD dan tuan Pilot, yugi adalah geng TB (takut Bini)...itu isunya