Wednesday, December 28, 2011

IRF: Pos_Islamis - Asef Bayat 3

Tiga: Era Pos-Islamis


Kemudian, pada tahun 1996, Dr Asef Bayat memperkenalkan teori Pos-Islamisnya di Cairo ketika memberi syarahan di American University, Cairo.
Ini definasi Pos-Islamis menurut Asef:
"strives to marry Islam with individual choice and freedom, with democracy and modernity (something post-Islamists stress), to achieve what some scholars have termed an "alternative modernity". Post-Islamism is expressed in acknowledging secular exigencies, in freedom from rigidity, in breaking down the monopoly of religious truth. In short, whereas Islamism is defined by the fusion of religion and responsibility, post-Islamism emphasizes religiosity and rights'.
Terj: Satu usaha utk menggabungkan Islam dengan pilihan individu dan kebebasan, dengan demokrasi dan kemodenan, utk mencapai kemodenan alternatif. Pos-Islamisma mengiktiraf keujudan sekular, kebebasan dari kejumudan dan memecahkan cengkaman kebenaran agama (di tangan ulamak sahaja).  Rumusan, Jika Islamisma didefinasikan pencantuman antara agama dan kewajipan, pos-Islamisma menekankan aspek keagamaan dan hak-hak.
Trend Pos-Islamis bermula dengan meletusnya perang Iran-Iraq 1988 dan kematian Khomeini, 1988. Iran menjadi perhatian Islamis kerana berlaku perubahan dasar yang dilakukan oleh PM Hashemi Rafsanjani kerana sudah ada arus dalam masyarakat Iran bahawa mereka mahukan ketebukaan dan tidak mahu dikongkong oleh pentadbiran wilayatu faqih. Ini terbukti dengan ledakan dan protes rakyat Iran dengan kegagalan sistem ekonomi dan kendurnya semangat beragama di kalangan generasi muda Iran. Ini kerana rakyat sudah melihat kelemahan pada dasar Islamis yang dibawa oleh Khomeini dan Pengawal Revolusi atau para Mullah.

Empat: Pos-Islamisma telah merebak ke seluruh negara Arab.
 Tahrir Square, Cairo
Refolusi Pos-Islamis
Asef Bayat kemudian berkata, semangat pos-Islamis Iran akhirnya merebak ke dunia Arab, kebangkitan di Turki, Tunisia, Algeria, KSA, kemudian mendapat momentum di Egypt dan Syria. Di Egypt, parti al-Wasat nampak lebih progresif dari Brotherhood


Ini rumusan dari Dr Asef Bayat:
Saya mencadangkan bahawa pengalaman Revolusi Iran akan merupakan revolusi pertama dan terakhir di masa kita ini. Kerana percambahan pemikiran dan gerakan demokrasi [di Timur Tengah] berkemungkinan besar akan menerjah Islamisme kepada haluan Pasca Islamisme. Ia juga merintis jalan bagi perubahan demokratik di mana Islam yang lebih inklusif akan mempunyai peranan yang lebih bermakna. Akibat yang terhasil dapat dinamakan “Refo-lusi Pasca Islamisme” iaitu gabungan antara Reformasi dan Revolusi)
Tahqiq: jika benar apa yg dikemukakan oleh tokoh syi`ah ini, trend di Malaysia juga menampakkan trend Pos-Islamisma ni juga sudah sampai ke Malaysia, di mana PAS sedang bertembung sekarang ni antara golongan Pre-Islamis (Idealis, islamic State, Hudud) vs geng Pos-Islamis, yang bekerjasama dengan parti-parti lain yang berideologi sekuler-Liberal. tapi apakah trend Refo-lusi akan diamalkan di Malaysia?
Memang ada setakat ni dengan percubaan Bersih 1.0 dan Bersih 2.0, tapi saya melihat ada kebenaran juga dengan teori Pos-Islamisma Asef Bayat ni, di mana Gerakan Islam semakin mengendurkan Idealisme Islam (Pre-Islamis), gagasan syed Qutb-Maudoodi dan menjalin lebih banyak kerjasama dengan demokrasi dan sekuler. WA

7 comments:

yat said...

cam tu UMNO dah lama dah buat....apa beza dengan PAS yg baru ni? cuma mana yg bagus (meaning kurang corrupt, kurang menyalahgunakan kuasa dsbgnya)....itu jek saya rasa...

yat said...

dan tanya non muslim sekrang di malaysia, mereka tidak selesa dengan meningkatnya 'islamisation' dari semua segi, dari doa pembuka majlis apa2 pun, peruntukan utk masjid sampai ke pengetua sekolah convent....

Frankie said...

Tertarik dengan artikel berkenaan IKRAM ... maaf jika komen ini tak bersesuaian dengan entry, tapi rasanya elok komen di entry yang paling up to date ...

sejak sekian lama Institut Kerja Raya Malaysia bertukar ke KLIUC, maka ruang kosong penggunaan abbreviation IKRAM itu telah diambil oleh golongan IM ...

Sepanjang ditarbiyah dalam PMI, kami didoktrinkan dengan kesyumulan jemaah PAS sebagai satu-satunya wadah gerakan yang memperjuangkan Islam dari segenap aspek ... ABIM dilihat sebagai proksi Brader Anuwar (masa tu sebagai org no 2 dalam Malaysia) ... manakala JIM pula adalah budak nakal (atau dalam ayat kasar .. 'jahat') yang suka kacau dan masuk sana sini ... dalam kepala saya masa tu melihat JIM sebagai jemaah yang paling bahaya dan paling tidak saya gemari kerana lebih mensasarkan golongan profesional dan meminggirkan insan-2 marhaen ... begitulah kedangkalan minda pada ketika itu yang hanya menganga mulut tunggu disuap oleh abang-2 naqib tanpa mengorek maklumat lebih mendalam .... pernah seketika saya mula melihat JIM sebagai wadah yang 'murni' .. namun itu hanya seketika setelah saya percaya terdapat wadah lain yang lebih meyakinkan ...

Saya merasakan usaha membubarkan JIM lebih kepada 'rebranding' setelah sekian ramai tokoh-2 besar JIM terjun ke partai-2 politik pembangkang ... JIM sebelum itu yang dilihat sebagai 'boleh belaka' kalau dalam bab berpartai, kini sudah sebati dengan geng-2 'kerajaan semua tak betul' ...

Jadi untuk membersihkan kembali daki-2 politik yang telah melekat pada tubuhnya, maka diwar-warkan IKRAM sebagai pengganti JIM ... bagi saya tiada istilah siapa makan siapa .. cuma yang ada hanya baju baru apa yang hendak dipakai bagi menggantikan yang lama ....

WaAllahua'lam ... bersambung di lain masa ... komen tentang penubuhan partai dokongan IM pulak ...

whamka said...

Dr.Maszlee ada sentuh tentang post-Islamism ni dalam Sudut Pandang di Astro Awani semalam. Menarik juga.

THTL said...

Komen ttg artikel Asef:
whamka, kasilah rumusan sikit apa kata Doc Maszlee

Frankie,
rasanya enta komen kat thread yg salah. sepatutnya enta komen kat thread IKRAM...namun komen enta tu ada kebenarannya.TQ

isyraqi73 said...

Salam.

Saya sangat gembira bila thtl ikuti perkembangan wacana yang saya cadangkan tempoh hari. Saya berharap thtl juga akan melalaui fasa-fasa pasca-islamisme. Kajian tentang pasca-islamisme dalam konteks Malaysia harus dimulakan.
Di sini saya kongsikan sebuah tesis yang sangat menarik untuk ditelaah bersama.

From Islamism to Post-Islamism: A Study of a New Intellectual Discourse

http://repub.eur.nl/res/pub/19340/

Sekian

The Reading Group Malaysia.

THTL said...

Welcome, ahlan Li dari Reading Group.
saya mestilah ikuti, sebab saya ni membesar dalam era Pre-Islamisme, era pemikiran al-Mawdoodi, syed qutb dan saieed Hawwa.
Tapi org yg paling layak membuat kajian pasca-Islamisme di M'sia ialah Dr Maszlee Malik