[Dipendekkan cerita, kami semua selamat sampai ke mukim masing-masing dari perjalanan sejauh 4,400 KM (pergibalik) dari Fresno dan LA, California. Oleh kerana usia masih muda, bujang, maka kami tidak memerlukan masa yang lama untuk pulih sepenuhnya dari keletihan. Tapi kami memang rasa bangga dapat melakukan musafir yang begitu jauh dan tidak mungkin aku mampu melakukannya sekali lagi pada usia sekarang.]
Keujudan Akhowat Muslimat di WMU
Tanpa aku sedari, rupa-rupanya ada beberapa orang akhowat (Usrah wanita) di universitiku, mereka telah berhijrah dari universiti dan negeri-negeri berhampiran ke Western Michigan University (WMU), kemungkinan mereka ingin bersama dengan aku dan KM, mungkin..hehehe. Masalahnya, mereka mengenali aku, tapi aku tidak mengenali mereka. memang aku perasan dalam beberapa kelas, ada beberapa perempuan bertudung labuh yang senyum-senyum bila berselisih denganku. Aku pun tidak pasti kenapa..dan sekarang aku tahu kenapa..
Aku kemudian menghubungi Naqib Terre Haute, Indiana mengenai maklumat keujudan akhowat di MWU. Brother SA memang sudah beristeri dan isterinya sedang hamil sekarang. akhi SA memaklumkan memang ada, lalu memberi senarai nama-nama mereka, ada yang pindah dari Wisconsin (Negeri yg berjiran dengan Canada). Aku berkata kpd KM, orang kananku,"alamak KM, kita dah ada tanggungjawab sekarang, yakni kita kena menjaga halehwal akhowat mulai sekarang". KM kata, "agak sulit syaikh, sebab kita berdua masih bujang, masalah ana dah bertunang di Malaysia, nak break memang tak boleh, nanti munafik sebab mungkir janji. Yang kena fikir ialah enta"...hahaha , KM ketawa sakan, dia ni memang susah nak ketawa. "Bila lagi syaikh. Ini suatu keperluan, Naqeeb Besar USA mesti ada isteri."
Ana kata," ish, camna nak kawin KM, ana ni duit simpanan pun tak ada. Jawab KM, apa susah, kawin kat US, jangan buat kat Malaysia, kita kawin cowboy ajelaa"..hahaha, kami ketawa.
Tak lama selepas itu, kami berdua digemparkan dengan khabar, salah seorang akhowat kami telah dirisik oleh seorang Naqeeb dari MISG (MISG adalah gerakan Pelajar Malaysia terbesar di USA, ia dipengaruhi oleh jemaah Islam dunia). Naqeeb MISG ni namanya Y memang seorang yang hebat dan genius. Ia bukan saja seorang pelajar tapi juga kerja sebagai tutor dengan WMU. Maka dia memang seorang yang boleh membuatkan mana-mana akhowat akan cair kerana menjawat jawatan tutor, dahlah tinggi dan hensem, kerja pulak dengan university US(gaji dalam USD$), dia adalah seorang yang hebat.
Kami bermusyawarah dengan Naqeeb dari Terre Haute, macam mana nak selesaikan masalah ni. Ini kerana dalam manhaj tarbiyah Usrah jamaah Islam, perkahwinan yang ideal ialah sesama brothers dan sisters sesama usrah dan bukan dengan yang luar Usrah. Inilah tujuan usrah tarbiyah, bila kami diasuh dan ditarbiah, maka selepas mencapai tahap kefahaman yang baik, sudah mampu memikulm manhaj Usrah jamaah, maka kami sepatutnya berkahwin sesama ahli usrah untuk meneruskan tarbiyah dalam keluarga, seterusnya utk berdepan dgn masyarakat di luar sana.
Masalahnya, akhowat tsb juga sudah terpikat dgn brother MISG. Sebab baginya, brother MISG pun fikrahnya lebih kurang juga. Tapi kami tidak berputus asa. Kami suruh akhowat lain yang menjadi temannya supaya memujuk beliau, namun kami tidak mampu untuk memberi penggantinya buat masa ini. Ini kerana ana pun tidak mengenali akhowat tsb dan ana ketika itu belum bersedia utk melangkah ke alam rumahtangga lagi.
Ia berlaku dengan pantas, brother Y agak marah kerana beliau dapat tahu, kami (ana dan KM) cuba menghalang cinta mereka. Dia datang menemui kami dan bertanya kenapa antum berdua cuba menghalang hajat dia. Apakah salah dia, apakah kerana berlainan jama`ah tidak boleh untuk berkahwin antara ahli jama'ah yang lain, sedangkan ahli kitab pun kita boleh kawin. Tergamam juga kami dibuatnya.
Akhirnya kami terpaksa melepaskan dan merestui akhowat tersebut dan tak lama kemudian dia berkahwin dgn brother Y. Mereka berkahwin di Kalamazoo, tapi kami berdua tidak dijemput. Sedih juga. Ini kerana hubungan kami dengan brothers MISG sudah agak tegang..Dalam hati kami, satu akhowat sudah terlepas, maka macam mana dengan yang berbaki..ini kerana brothers dari jamaah lain mmg sentiasa mengintai peluang...
No comments:
Post a Comment