Konvoi kami mengambil keputusan akan bermukim beberapa hari lagi di LA, kami bercadang melawat tempat-tempat menarik sekitar LA sebelum pulang semula ke destinasi masing-masing..
Tempat pertama yang kami lawati ialah jalan-jalan dalam kampus USC atau University of Southern California
Ia adalah university yang amat masyhur kerana jaringan dengan Hollywood. terdapat bagunan steven speilberg dan sony theatre, sebuah panggung experiment utk menguji sistem kesan khas hollywood..
USC juga merupakan university yang terkuat dalam sukan american football, mereka dikenali dgn USC Trojans
Selain itu kami juga melawat kawasan kediaman artis terkenal Hollywood spt Bruce Willis, Tom Cruise, Harrison Ford dsbnya.
Inilah trademark Beverly Hills, syurga bagi bintang Hollywood:
Kami juga melawat Shrine Auditorium, kerana ia benar2 berhampiran dgn kampus USC: di sinilah berlangsungnya saban tahun anugrah akademi perfileman Hollywood.
Kalau kita jalan2 di mall di LA, anda akan rasa seperti di Kuala Lumpur, sebab ia betul2 majmu'. Ini kerana LA berjiran dengan Mexico, maka banyaklah wajah-wajah ala asia. Manakala makanan di LA kebanyakannya dikuasai oleh makanan Mexico spt Taco bell:
Manakala Los Angeles adalah syurga shopping, yang ketara, mall di LA lebih besar dari tempat lain dan antara yg paling menarik shopping di LA ialah keujudan Factory Outlets yang mega. Barangan kegemaran kami ialah barangan sukan Nike.
Kami juga sering ke Islamic center of LA dan ia memang tersergam indah dan ramai komuniti Arab di LA:
Setelah tiga hari melancung di LA, konvoi kami bertolak pulang ke Michigan. Apabila mau pulang, semangatnya agak kendur sedikit memikirkan perjalanan sejauh 2150 KM yang bakal kami tempuhi. Apapun, kami bulatkan tekad dan azam, dengan perasaan sayu, kami meninggalkan ikhwah California dengan 1000 kenangan manis..
No comments:
Post a Comment