Sunday, December 18, 2011

UFB dan Asabiyah siri 1

 Link:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Tahniah kpd al-Fadhil Ustaz Fathul Bari (UFB) kerana memulakan langkah sulong dalam Mingguan Malaysia pada hari ini (18 Dis 2011). Beliau diberi satu ruang yang dulunya dikhaskan utk Dr Maza. Yang hebatnya, kolum UFB cuma berjodol Fathul Bari saja. Ini menunjukkan ulamak muda UMNO itu sudah mula mengorak langkah ke arah membina satu jenama besar dalam politik negara.

Ini adalah maklumbalas saya berupa radd ringan ke atas artikel ybg UFB, di mana saya ingin melihat dari sudut yang lain. 

UFB memulakan posting sulongnya dalam Mingguan M'sia dengan mengupas persoalan asabiah atau perkauman, khususnya kemelayuaan sebagai suatu perjuangan yang cocok dengan sunnah. Benarkan demikian?  Ini kerana tokoh sunnah sebelum ini belum pernah menyentuh asabiyah sebagai landasan perjuangan. Kesemua ulama sunnah baik dari zaman salaf hingga kini masih menetapkan akidah sebagai landasan perjuangan kaum salafiyah.

Mari kita soroti dalil2/nas2 yang digunapakai oleh UFB dalam rangka memperkasa asobiyah sebagai landasan perjuangan parti no satu negara itu:

hadith pertama:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنُ نُمَيْرٍ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ هُرْمُزَ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُرَيْشٌ وَالْأَنْصَارُ وَمُزَيْنَةُ وَجُهَيْنَةُ وَأَسْلَمُ وَغِفَارُ وَأَشْجَعُ مَوَالِيَّ لَيْسَ لَهُمْ مَوْلًى دُونَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ
حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُعَاذٍ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ بِهَذَا الْإِسْنَادِ مِثْلَهُ غَيْرَ أَنَّ فِي الْحَدِيثِ قَالَ سَعْدٌ فِي بَعْضِ هَذَا فِيمَا أَعْلَمُ

ter
(HR Muslim, no.4578) : Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin 'Abdullah bin Numair; Telah menceritakan kepada kami Bapakku; Telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Sa'ad bin Ibrahim dari 'Abdur Rahman bin Hurmuz Al A'raj dari Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Orang-orang Islam dari kaum Quraisyy, Anshar, Muzainah, Juhainah, Aslam, Ghifar, dan Asyja' adalah para hamba yang tidak mempunyai tuan (majikan) selain Allah dan Rasul-Nya. Telah menceritakan kepada kami 'Ubaidullah bin Mu'adz; Telah menceritakan kepada kami Bapakku; Telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Sa'ad bin Ibrahim melalui jalur ini dengan Hadits yang serupa. Namun sepengetahuanku, di dalam Haditsnya Sa'ad hanya menyebutkan sebagian saja dari nama-nama suku tersebut.

fiqh hadith: Nabi saw memuji kelebihan 7 kabilah arab kerana di atas bantuan merekalah Islam berjaya ditegakkan di Madinah, mendahului senarainya ialah kaum Muhajirin dari Bani Quraish, kaum Ansar (aus dan khazraj). kemudian Bani Muzainah, Juhainah, Aslam, Ghifar dan asyja'.  Namun, ketujuh-tujuh tribes atau kabilah tsb tidaklah memperjuangkan kabilah mereka kerana selepas itu Nabi mengadun mereka menjadi bangsa 1Muslim, 1Aqidah,1Madinah. Tidak ada lagi selepas itu setiap kabilah memperjuangkan nasib mereka, melainkan Islam telah memenuhi dan menjamin hak2 setiap kaum dengan adil di atas neraca Islam. TBC

No comments: