Sunday, December 4, 2011

The Fourth Waves utk UMNO/BN

Pembentangan oleh wakil amnu Arau pada terakhir Persidangan agung amnu ke 62 kali ini menyaksikan gelombang ke 4 golongan agama menyertai amnu utk meluruskan perjalanan parti kebangsaan melayu yg terbesar di Malaysia.
Imbas kembali 60 tahun sejarah parti kebangsaan nomor satu malaya: gelombang pertama ialah penglibatan ulama' tradisional/asya'irah, antaranya syaikh abdullah fahim. gelombang kedua ialah pergabungan parti Islam semalaysia (pas), kemudian gelombang ketiga ialah penyertaan gerakan Islam melayu abim yang dikepalai oleh DSAI. Kali ini ialah penyertaan gerakan sunnah/manhaj salafiyah menyertai amnu dengan gagasan Imam al-albani , tasyfiyah dan tarbiyah atau 2T ke dalam amnu.  Antara syarat yang diberikan kpd amnu ialah peluang dan wadah utk ustaz sunnah menyumbang  dalam amnu. samada anda memberi harapan tinggi atau meleset kpd sahabat2 kita yang tlh menyertai dan akan menyertai amnu...apa yangkita boleh katakan, tidak salah mencuba kerana pengalaman dari percubaan adalah suatu yang amat mahal sekali. Bila anda mencuba sesuatu, anda akan mendapat suatu pengalaman berharga. Trial n error (cuba dan silap) adalah metod syaikhul Islam Muhammad bin abdul wahab (model kpd gerakan sunnah) utk mencuba dan terus mencoba dalam proses menerapkan manhaj sunnah ke dalam politik negara. sejauh mana, ilmuan-ilmuan sunnah akan menyahut seruan UFB utk melakukan the fourth waves dalam amnu....termasuk memberi bai`ah Kubra kepada pimpinan amnu utk PRU ke 13 nanti.

Slogan keramat amnu: utk agama, bangsa dan tanahair mmg membuka ruang kpd agamawan menyertai amnu. Namun sejauh mana amnu akan membuka ruang utk tasyfiyah dan tarbiyah ahlinya dari pucuk pimpinan hingga ke grassroot.

5 comments:

All About life said...

Mereka yang berjiwa pendakwah sentiasa tabah meneruskan jejak para ambiya untuk islah ummat. Usaha ini adalah salah satu daripadanya. Andainya tidak ada agamawan yang sudi turun padang join Amno dan bentangkan proposal, siapa yang nak buat kerja tu? Allah swt pun dah beri pengajaran tentang kisah Dzun Nuun yang berpaling dari berdakwah kepada kaumnya.....WA

yat said...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

komen ni syaikh

THTL said...

yat, link tsb tak boleh click

yat said...

Tubuh segera Majlis Ulama

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyarankan UMNO supaya segera menubuhkan Majlis Ulama dalam usaha membuktikan parti itu amat relevan dengan perjuangan Islam dan orang Melayu.

Dalam hal itu, Mohd. Asri tidak menolak sekiranya terdapat tawaran untuk melantik beliau sebagai ketua majlis itu jika entiti tersebut benar-benar ditubuhkan pada masa depan.

"UMNO perlu ada Majlis Ulama dan tidak bergantung kepada ulama di dalam kerajaan sahaja supaya suara golongan itu lebih terarah dan ia baik untuk organisasi.

"Yang ini (tawaran) saya serahkan kepada pimpinan UMNO, kalau tidak pegang apa-apa jawatan pun saya tetap penuhi jemputan UMNO. Saya ramai kawan dalam UMNO," katanya ketika melawat bilik operasi Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini, hari ini.

Sementara itu katanya, wakil-wakil UMNO negeri yang diberi tanggungjawab membahaskan sesuatu usul perlu mengutarakan idea baharu demi memenuhi serta menguruskan harapan rakyat.

Menurutnya, tindakan sesetengah pembahas yang hanya mengulangi jasa UMNO serta Barisan Nasional (BN) dilihat kurang efektif dalam memenangi hati dan minda rakyat.

"Harapan rakyat berbeza mengikut zaman, jadi parti yang paling berjaya adalah parti yang dilihat boleh diharap, kerana harapan generasi muda tidak sama dengan generasi lama. Begitu juga harapan penganut agama lain sudah tentu berbeza dengan harapan penganut Islam," tegasnya.

THTL said...

Majlis Ulama ni akan digunakan utk PRU ke 13 je, lepas habis PRU, depa akan masuk cold storage..kohkoh