Saturday, December 17, 2011

La Tahdzan 143-1: Sedeqah Melapangkan Dada, الصَّدَقةُ سَعةٌ في الصَّدْر

Memberi Sedeqah akan melapangan hati anda.

ويدخلُ في عمومِ ما يجلبُ السعادة ويزيلُ الهمَّ والكدر : فعلُ الإحسانِ ، من الصدقةِ 
 والبِرُّ ولإسداءِ الخيرِ للناسِ ، فإنَّ هذا منْ أحسنِ ما يُوسَّعُ بهِ الصَّدْرُ  
Terj:
Termasuk dalam perkara umum yang mendatangkan kebahagiaan dan menghilangkan keresahan ialah melakukan perbuatan ihsan. Berbuah ihsan (kebaikan), antaranya sedeqah, berbuat kebajikan dan memberi sesuatu yang baik kepada manusia. Semua itu merupakan sebahagian dari banyak perkara yang mendatangkan kelapangan jiwa.

syarh thtl: Antara kebaikan dan kebajikan yang saya telah lakukan hari ini untuk penduduk AFN misalnya, aku telah meninggalkan laman web tersebut setelah sekian lama di sana dan tindakan tersebut rupa-rupanya telah mendatangkan kebahagian kepada mereka. Apa jua tindakan yang membahagiakan manusia adalah sedeqah, subhanaAllah. Firman Allah swt:
أَنفِقُواْ مِمَّا رَزَقْنَاكُم
AQT 2:254 [Belanjalah sebahagian dari rezki yang telah Kami berikan kepada kalian]

وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ

AQT 33:35 [lelaki dan perempuan yang bersedeqah]

3 comments:

s said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nurul Adni Adnan said...

Alhamdulillah, perkongsian la tahzan ini sangat baik dan bermanfaat, teruskan menulis.

THTL said...

terimakasih puan kerana kesudian melawat teratak saya.