Monday, December 19, 2011

UFB dan Ashabiyah siri 6/Akhir

Apakah metod yg sah untuk Menyertai amnu?

Metod menyertai partai Pemerintah ialah dengan memiliki senaskhah kitab syaikh AbdusSalam bin Barjas Ali Abdul Kareem yg bertajuk Mu`amalat al-Hukkam fii Dhaw' al-Kitab wa as-Sunnah, terjemahan at-Tazkia dengan jodol Bagaimana bila Penguasa Zhalim-Hubungan Rakyat dan pemerintah Menurut Syariat Islam.

Didalamnya dihidangkan kaedah-kaedah kaum sunnah bagaimana berinteraksi dengan penguasa, kepentingan menyokong mereka dan memberi baiah kpd mereka demi perpaduan ummah. Maka jika golongan sunnah ingin menyertai Pemerintah, maka ikutilah kaedah-kaedah dalam kitab ini, yang dijelaskan secara terperinci.
Kaedah utama: Tidak perlu menggunakan kaedah Ashabiah (kesukuan/nasionalisma/kebangsaan)  untuk menyertai amnu. Ini kerana ashabiah tidak memiliki dua makna, yakni ashabiyah sunnah dan ashabiyah bid`ah, ini kerana ashobiyah adalah semuanya bid`ah dan tertolak kerana ia adalah amalan kaum jahiliyah arab dan amalan kebanyakan manusia hari ini.

Kitab ni memang popular di kalangan pendokong sunnah...ini covernya



TAMAT
[dengan rasa penuh hormat kpd Ustaz FB (hz), radd ini tak ada langsung rasa ingin menfitnah beliau, melainkan pandangan saya dari sudut yg lain. ana terbuka kpd teguran dan radd atas radd dari pihak ustaz atau wakil ustaz]

14 comments:

pendekartua said...

Asalamualaikum!

Bagaimana dengan negeri Kelantan yang masih mengamalkan peraturan British tahun 1926 mengenakan pelbagai sekatan bagi orang Melayu/Islam luar Kelantan membeli hartanah di Kelantan? Adakah ashobiah juga?

THTL said...

pendekartua,

itu saya tak boleh komen sebab ianya kontrak sosial tahun 1926 dan kemudian menjadi Kanun Tanah Negara yg mengecualikan kelantan dgn Enakmen Tanah Rezab melayu kelantan 1938. Kelantan dikecualikan kerana ia tidak termasuk dalam negeri2 melayu bersekutu. macam kanun tanah mekah madinah ler, bukan warga saudi mmg tak boleh memiliki tanah di mekah dan madinah tu.
kenapa ada sekatan warga bukan kelantan memiliki tanah dikelantan, dan samada ia ashobiah atau tidak kena sama-sama lihat balik enakmen tanah rizab melayu kelantan 1936 dulu. saya bukanlah org yg tahu dlm bidang ni walaupun saya rakyat kelantan.

pendekartua said...

Di bawah ada ditulis blog pasal orang luar kelantan tak boleh beli tanah kat kelantan,

http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=1271357

Kalau KL atau Selangor buat undang-undang yang sama, susah le kita semua.

THTL said...

zaman british dulu, kelantan ni negeri paling miskin,bahkan sekarang pun, maka british pun kesian, maka depa wartakan tanah negeri kelantan ni semuanya rezab melayu, macam red Indian di USA la, atau tanah rezab org asli. kalau open macam negeri selangor, maka abislah tanah2 tsb kena sapu bersih sebab ore kelantan perlukan wang.

yat said...

ni memang kolum tetap UFB ke?

saya rasa ok radd macam ni...hopefully lepas ni artikel bidah2 nusantara, koh koh....

alang thtl duduk usj, ada saya tgk iklan ceramah dia (bukan politik) di meru klang:

http://gerakantimur.blogspot.com/2011/12/edisi-sebar-ustaz-fathul-bari-bakal.html

THTL said...

meru-USJ tu jauh juga...

itu mmg kolum tetap UFB kat Mingguan amnu..menggantikan slot DS harussani, mufti perak

Ardisyam said...

Salaam seikh THTL. Salut dengan tulisan-tulisan ini. Saya pun merasa tak kena juga dengan artikel UFB tersebut. Tapi saya diam saja karena ketiadaan ilmu.

Pada kebanyakan tempat baik di AAN maupun AFN saya banyak bersetuju dengan pendapat-pendapat THTL. Hanya ada beberapa perkara kecil saja yang saya tidak berapa setuju dengan tuan.

Keep writing. I always visit this blog.

Amir Yugi said...

Salam, terima kasih atas takhrij hadis. Lebih jelas dan bertambah ilmu ttg hadis walau sedikit.

Saya tk anti mana2 parti politik, cuma kalo parti tu sendiri yg keliru dgn perjuangan dia, mcm mana kita nk beri mandat pemerintahan? (Situasi ni dh apply kat semua parti, masih lagi tk nampak parti yg ada prinsip perjuangan yg solid...)

Anonymous said...

Syeikhul Kabir Anuwar bin Ibrohim dulu guna kitab mana ? Dengar cerita dia dapat nasihat 25% dari seorang tokoh pemikiran Islam ...

THTL said...

ardisyam, tak setuju dalam beberapa perkara tu ana kira biasa laa tu. namanya khilaf kecil..kohkoh

frankie,
syaikh kabir dulu guna kitab Dr Hasan Abdullah al-Turabi dari Sudan. Dr Hasan pun menerima nasib yg sama spt syaikh Kabir, ulang alik masuk jel, tapi tuduhan meliwat dan melanggani pelacur tak derlaa...

yat said...

bersangak baik dengan UFB...

THTL said...

sangak ke sangka? hehehe

yat,

tidak ada sapa yg berhak menghalang UFB dari menyertai amnu. Tapi kita persoalkan untuk menyertai amnu, tidak perlu memasuki pintu ashobiyah, tapi masuklah melalui pintu yg dilalui Ibn Umar dan Abu Hurairah, yakni berbaiah dan berkhidmat dgn Penguasa yg berkuasa, pemerintah yg memenangi PRU dan diberi mandat oleh rakyat utk menerajui politik Malaysia. itu adalah pintu masuk yg halal.

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor said...

sangat pening bila UFB main isu ashabiyyah... mungkin kena panggil wan ji sekali lagi ni...

THTL said...

bukan wan ji, tapi sessi wacana interogasi ilmiah yg dikendalikan oleh xifu naser.