Sunday, December 18, 2011

Travelog USA 19: Tamrin California 5





Naqeeb Malaysia dan tamrin di Fresno State

Tamrin California berlangsung di Fresno, lebih kurang 200 KM ke Utara Los Angeles. Mas'ul (ketua unit) unit Usrah di Fresno State Universiti ialah Bro KS, juga anak buah CR, bekas penuntut MRSM Negri Sembilan.
Wakil Usrah Malaysia ialah al-akh al-Kabiir MAI. MAI yang bertubuh kecil adalah salah seorang pembantu khas Mursyid al Am Malaysia. Ia telah menjadi pembantu Mursyid al-Am selama hampir 10 tahun. Walaupun hanya berkelulusan Maktab Perguruan, mengajar sekolah rendah, tapi beliau dianggap antara murid-murid Mursyid yang paling faqih dan kelebihan penyampaian beliau ialah beliau banyak menceritakan kisah-kisah Mursyid ketika menuntut di Timur Tengah, bagaimana Mursyid membina Jamaah Islamiah di Malaysia dan suka duka bersama Mursyid dalam kehidupan peribadinya. Ini membuatkan MAI antara penceramah Jamaah yang paling top dan disegani dalam dakwah harakah Malaysia. Ini merupakan perjalanan terjauh beliau di atas tiket Jamaah. Semua kos penerbangan beliau ditaja sepenuhnya oleh kumpulan Usrah USA. Beliau mengambil laluan Subang-Narita-Los Angeles.
Aku amat seronok bertemu MAI setelah satu tahun setengah berpisah dengannya. Ketika di Malaysia, MAI merupakan guru nombor One aku, banyak aku meminjam nota2 peribadi beliau  kerana MAI merupakan antara as-sabiqun awwalun atau salaf brotherhood Malaysia. Nota-nota beliau merupakan intipati manhaj dakwah jamaah Islam dan sukar menemuinya dalam mana-mana kitab. Ketika di Malaysia dulu, aku dan MAI memang kamcing sekali walaupun ada perbedzaan umur kerana dia sudahpun berkawin dan mempunyai anak pinak. Orangnya petah bercakap dan banyaik humor serta sentiasa bercakap dalam loghat Peghlih yg kuat.

Keesokan harinya, convoy Usrah yg berkumpul di Los Angeles bergerak beramai-ramai menuju Fresno, perjalanan lebuhraya yang luas dan lurus yg mengambil masa kira2 2 jam sambil menikmati pemandangan lautan Pasifik yang sungguk cantik. Bila melihat Lautan Pasifik, aku teringatkan keluarga dan Mursyid di Malaysia.



Tamrin California at Fresno begitu meriah sekali, kerana ini adalah tahun Penyatuan kumpulan usrah dan kedatangan wakil Mursyidul Am menjadikan semua anggota usrah USA amat gembira dan ramai ahl usrah USA yang belum pernah mengenali mana-mana Qiyadah (kepimpinan) Malaysia yang top spt MAI.  Kehadiran dalam jumlah 100++.  rumah sewa usrah di Fresno memang luas dan selesa dan sewanya amat berpatutan. Salah satu perkara yang menyeronokkan di California ialah buah-buahannya. Tidak ada mana-mana tempat yang paling mewah buah-buahannya melainkan California. Oren sunkistnya yg besar dan manis, begitu juga buah2 anggurnya, murah dan ikhwah membelinya dalm kuantiti yang banyak.

MAI menyampaikan beberapa siri kuliah menyentuh Usyul Asyreen (asas 20 perkara Ustaz Hasan al-Banna), Fiqh Dakwah dari syaikh Muhammad al-Rasyid dan usyul Dakwah dari Dr Abd Karim Zaidan. Kemudian diselangi dgn aktiviti bersukan dan sukan yg dipilih ialah basketball atau bolakeranjang dan american footbal (sukan ragbi USA), kami bermain di padang university. Sessi yg paling menarik ialah sesi soaljawab bersama Naqeeb besar Malaysia, spt MAI sudah pasti amat memuaskan kerana dia merupakan antara org yg awal dalam dakwah gerakan Islam. Tamrin berjalan selama 3 hari. aku juga turut menyampaikan beberapa slot kuliah untuk melengkapkan penyampaian MAI.  TBC

8 comments:

Ummuyaser said...

Salam, Sheikh, masih ke berhubung lagi dengan Akh Mai tu. Apa perkembangan beliau sekarang?

THTL said...

Ya, bahkan akh MAI kerap juga ziarah thtl. saya berani kata, beliau adalah satu-satunya geng IM yang masih ada kontek dgn thtl. sebab hubungan kami yg amat mendalam.

abu muhammad walid ilias said...

akum th. apasal negeri califonia disebut fresno state? ada sejarah ker atau nick name dia jer? larat ker main american football utk orang malaysian ni? nampak macam ganas jer permainan tu. really ambo tak pernah merasa pakai topi n baju dada kembang macam permainan tu. seronok baca

THTL said...

abu,
fresno state tu merujuk kpd sistem IPT di USA. Kalau universiti tsb ada State, spt Fresno State University, maksudnya ia adalah IPTA (universiti yg mendapat bantuan kerajaan amerika), kalau nama university tu tarak sebut state, maka ia adalah IPT swasta, spt Harvard University, ia swasta, Stanford University.

Main american footbal tu tak ader pakai full uniform, mahal woo. Kami pakai biasa saja, T-shirt dan seluar track, main suka2 sambil nak belajar macam mana nak kira scoring sukan tsb..selepas dah main, barulah kami boleh appreciate sukan american footbal ni dan cara mengira markah scoringnya, berapa point kalau touchdown dan berapa point utk conversion (tendang masuk goal)

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor said...

brotherhood malaysia ni secara rasmi nyer aper?

PAS?
IKRAM?
ISMA?

atau ada lain?

THTL said...

secara resmi tak ada...IM ni mmg style dia, dia tak akan buat keputusan selagi kumpulan2 IM ni tak mahu bersatu..
yg pegang manhaj IM ni tiga: ikram, isma dan haluan. PAS ni dah masuk kategori ally atau rakan kongsi IM sebab mereka bersatu di atas pentas gerakan Islam sedunia, dalam kesatuan Gerakan sedunia tu, syi'ah pun ada sekali..hehehe

Dr Abdullah Ameen said...

MAI stand for?

THTL said...

doc,
MAI tu kena rahsiakan. macam THTL laa..hanya org yg tahu je tau apa benda MAI dan THTL tu..kohkoh.
Ingat tak dulu, ana dah buat travelog ni dengan menggunakan nama sebenar, maka IM Malaysia protes dan saya padamkan semua siri tsb...
MAI tu kalau Doc aa jumpa geng abim perlis depa taulaa sapa...tapi tak usah heboh pasal blog ni lagi bagus kat depa, sebab depa tu mmg sensitif kerana depa suka lebih suka bergerak secara low profile.