Thursday, March 22, 2012

Travelog USA 54: Program MBA dan pelajar Arab

Pengiktirafan kpd Bandaraya Des Moines (Demoy)
Program MBA (masters in Business Adminsitration, sarjana Pengurusan perniagaan)  di US sebenarnya ditujukan untuk pelajar-pelajar yang sudah bekerja. Menjadi tradisi di amerika, selepas ijazah pertama, pelajar amerika akan bekerja beberapa tahun, selepas itu, barulah mereka melanjutkan pelajaran untuk paska ijazah seperti MBA. Apabila aku menyertai tiga kelas utk semester pertama, aku adalah 5-6 orang yang belum pernah bekerja di sektur korporat, sedangkan pelajar amerika semuanya adalah pernah bekerja. Maka bila mereka berbincang dengan Profesor, maka nampak kematangan dan pengalaman mereka. Ini membuatkan aku merasa kecut perut juga untuk bersaing dengan pelajar sedemikian. Ini kerana format pengajian peringkat MBA adalah sesi perbincangan dengan profesor dan kajian kasus untuk suasana korporat amerika. Ini sudah tentu memberi kelebihan kepada pelajar2 amerika berbanding dengan pelajar asing khususnya Malaysia yang tiada pengalaman pekerjaan. Maka aku sarankan sesiapa yang bercadang ingin mengambil ijazah sarjana MBA, aku syorkan kalian bekerja dulu 4-5 tahun, maka lepas tu barulah ambil ijazah ni.
Minggu orientasi pelajar baru Drake University
Semasa di kampus, aku berkesempatan menemui pelajar-pelajar Arab. Lalu aku bertanyakan mereka, di mana mereka solat khususnya Jumaat, sebab di musyalla berdekatan Drake, langsung tak kelihatan warga Arab. mereka jawab, komuniti arab memiliki sebuah Pusat Islam yang berasingan di 42nd street. Mereka menceritakan ada perpecahan komuniti Islam di Des Moines antara komuniti Indo-Pakistani dan Komuniti Arab. Isu ini aku ajukan kepada Dr Waheed Khan. Beliau mengakuinya memang ada perpecahan dan ujudnya dua mesjid untuk setiap komuniti serta ada usaha-usaha sedang dilakukan untuk menyatukan kembali komuniti Muslim di DSM dengan tertubuhnya Muslim Community Association of Des Moines yang sedang menunggu kelulusan pendaftaran dari Pendaftar Pertubuhan Iowa. Dr Hameed Beig adalah pengerusi interim persatuan penduduk Islam DSM. Aku mmg berharap sangat agar dua komuniti terbesar arab dan Indo-Pak dapat disatukan.

2 comments:

pendekartua said...

Orang Melayu kat situ masuk geng Arab atau Indo-Pakistan?

THTL said...

melayu masuk geng indo-pakistan sebab tiga faktur:

1. drake kuat JT
2. indo-paki banyak tolong melayu khususnya penginapan
3. musyalla milik Indo-paki sangat dekat dengan kampus berbanding mesjid pak arab kena naik kereta utk kesana