Thursday, March 1, 2012

Travelog USA 48: Hari-hari Terakhir di Kazoo, Michigan 2.0

downtown Mall, kazoo
Masih lagi dengan senario reaksi komuniti muslim (khususnya komuniti arab) terhadap keputusan penghijrahanku keluar dari Kalamazoo. Sudah hampir setahun aku menjadi Khatib Pusat Islam Kazoo dan aku tidak sangka memiliki beberapa 'secret admirers' dari pak arab. Tajuk Khutbah bersiriku seputar 10 sebab orang Islam diabaikan oleh Allah pun belum habis lagi. Tajuk khutbah itu memang menarik ramai peminat. Pendek cerita, pada suatu petang selepas Zuhur, seorang arab Kuwait (antara pelajar arab terkaya di sini) datang menemuiku, sebaik saja selepas solat sunat. Aku dah lupa namanya, cuma nama pertama saja, Ibrahim.
Dia memberitahu," brother hasan, let's go for a ride to down town Mall with me. Just you and me, I want to make a farewell to you." (saudara Hasan, jom kita jalan-jalan ke Mall Bandar lama Kalamazoo. Kita berdua sahaja, saya mahu kasi sebuah selamat tinggal kepada kamu). Maka dengan sedikit terkezut, aku terima ajela...Sebaik saja kami sampai di sana, beliau belanja makanlah, di sebuah restoren Lebanese. maka apa lagi makan segala makanan arab, lamb maghut, kebab dsbnya. Selepas makan, Ibrahim membawa aku ke sebuah department store atau gudang pakaian berjenama. Kemudian Ibrahim berkata, " sekarang, aku mahu Hassan ambil apa saja dalam kedai ni, pakaian apa yg mahu, dari seluar dalam sampai kasut dan stokin, termasuk full suit (sut lengkap). Ini adalah tanda aku sangat suka dengan sumbangan engkau kpd komuniti Kalamazoo."
Maka aku minta ampun dan maaf dari beliau, bahawa aku tak dapat terima ini semua, aku lakukan itu semua kerana Allah, tidak mahu mengharapkan apa-apa balasan dari manusia. Itulah ujarku kpd Bro Ibrahim. Namun, dia kata, ini adalah hadiah istimewa, tanda persahabatan dari beliau dan komuniti Arab di kalamazoo. Aku masih menolak. Tapi dia merayu sekali lagi, maka, dengan kejujuran pada wajahnya, aku akur dan mulalah aku memilih satu sut lengkap yg dinamakan full business suit atau pakaian sut bisnes lengkap Amerika. Aku memang memerlukan pun untuk persediaan kelas peringkat sarjana MBA nanti, di mana kami akan sentiasa memakainya untuk presentation (persembahan) dan public speaking atau pengucapan awam.  Sungguh menakjubkan akan budaya Arab ni. Orang Arab ni, mengikut ceritanya, jika mereka sudah percaya dan suka kat kita, maka mereka akan betul2 meraikan kita. Maka aku telah benar2 mengalaminya sekarang. Aku rasa budget dia untukku hari tu mungkin dalam seputar USD1000-1,500 dollar amerika
full business suit, US style
Aku memeluk erat beliau. pertama kali aku menitiskan air mata gembira dan amat merasa nikmat dapat memenangi hatibudi bangsa arab. Peristiwa ini membuatku merasa ingin meneruskan pengajianku semula di kalamazoo, tapi apakandaya, hatiku sudah bulat meninggalkan kalamazoo, kerana aku tidak menemui cinta dan perkahwinan di bandar ini. aku ingin mencari sesuatu di tempat lain.
Apabila aku pulang ke rumah, dihantar oleh bro Ibrahim dan membawa pelbagai bag shopping, membuatkan isi rumahku, sahabat2 ku merasa terkejut besar..bagaimana thtl shopping sakan, dari mana dia dapat begitu banyak wang dengan barangan berjenama?  aku cuma tersenyum lebar dengan rezki harimau tsb....

No comments: