Tuesday, March 27, 2012

La Tahzan 160-2: Ijmak Mereka atas Tiga Hal , أجمعُوا على ثلاثةٍ

Cendikiawan dari era salaf, khalaf, juga Ilmuan dari Barat dan Timur telah  ijmak bahawa penyakit kesedihan akan sembuh dengan tiga pekara:
الثاني : إغلاقُ ملفِّ الماضي ، بمآسيهِ ودموعِه ، وأحزانِه ومصائِبِه ، وآلامِه وهمومِه ، والبدءِ بحياةٍ جديدةٍ مع يومٍ جديدٍ

terj: Yang Kedua: Menutup semua fail-fail lama (peristiwa yang sudah berlalu), dengan segala airmata dan kepedihan, kesedihan dan musibahnya, segala kepahitan dan keresahannya. Dan mulai sebuah kehidupan baru dengan hari yang baru dan semangat yang baru.

Nota hidup: Itulah yang telah aku lakukan, aku akan menutup semua fail-fail lama, aku akan berhijrah, akan melupakan semuanya, akan membina sebuah kehidupan yang serba baru, lokaliti yang baru yang tidak pernah aku impikan sebelumnya, sahabat-sahabat yang baru dan semangat yang baru. Itulah yang dilakukan oleh  RasuluLlah saw, baginda menutup fail-fail Mekah yang dipenuhi kepedihan dan musibah, permusuhan dan kebencian, lantas baginda berhijrah ke Yathrib dan membina sebuah kehidupan yang serba baru.

No comments: