Monday, March 26, 2012

Membedah otak Poligamis 1

TD bermadah dalam jiran sebelah:

keluhan hati si poligamis 1:
Rata-rata bila membaca artikel mengenai poligami, suami terlalu kerap diletakkan di kandang orang salah untuk diadili dan dihukum perlakuannya oleh isteri-isteri.
Jawapan: khusus utk poligami hardcore kat jiran sebelah.

Wahyu memang membela wanita dalam semua sudut. Sebab tu ada surah wanita (an-Nisa') tapi tak ada surah lelaki. Maka isu poligami adalah isu yang menyentuh kepentingan wanita, menyentuh hati mereka, menyentuh ibu TD sendiri, kakak-kakak dan adik-adik perempuan TD sendiri. Maka bila berlaku poligami, wahyu dan sistem pemerintahan atau negara akan melihat wanita dulu dan bukannya lelaki poligamis. Maka keluhan poligamis, kenapa dalam isu aku mahu kawin lagi, kenapa aku diletak dalam kandang org salah? Kenapa? jawabnya, apa yg anda nak buat tu akan menyusahkan kaum wanita dan anak-anak, maka kenapa lelaki dengan sifat kejantanannya tidak sanggup menempuh dugaan diletak dalam kandang orang salah.

kedua: TD dan poligamis berada dalam zaman moden abad 21. Ini bukan zaman lelaki berkuda yang keluar berburu dan memancung kepala musuh dan kaum wanita adalah penghuni rumah sepenuh masa. Ini zaman wanita dikeluarkan dari rumah, bersaing dgn lelaki bermula dari jalan raya, dalam LRT, tempat belajar di IPT dan peluang2 kerjaya di kilang dan kantor.

ketiga: sejak zaman Jepun 1945, perang tidak meletus lagi, bukan saja ATM kita boroi kerana tak pernah perang, malah lelaki Malaysia pun tidak pernah memegang senapang dan tidak akan ada peluang utk berperang kerana urusan perang akan digalas oleh ATM dan wathaniah...
Bila perang sudah dihapuskan, dunia dah aman damai, maka statistik gender adalah kekal 50:50, bilangan lelaki dan wanita adalah sama banyak. Zaman dulu, sekali perang, average akan ada 50 janda, perang Uhud saja ada 60 janda bayangkan 18 kali Nabi saw berperang dan tidak terkira banyaknya di zaman khulafa ar-rashidin. Maka ketika itu poligami adalah sunat bahkan wajib dan monogami akan diletak di kandang orang salah. Kenapa TD tidak menuntut utk hidup 1400 tahun dulu. menjeritlah pada Tuhan kenapa aku hidup zaman Datuk Najib dan Rosmah, bukan di zaman khalifah Umar al-Khattab.

sekian dulu.

No comments: