Sunday, March 4, 2012

Hadith Dha'if seputar Seks 2

Hadith no 2: Seks dalam keadaan bogel, Malaikat dan Syaithan
إذا أتى أحدكم أهله فليستتر فإنه إذا لم يستتر استحيت الملائكة و خرجت ، وحضر الشياطين ، فإذا كان بينهما ولد ، كان للشيطان فيه شريك
terj:
"Apabila seseorang di antara kamu mendatangi isterinya (untuk jima') maka hendaklah dia menutup badannya kerana jika dia tidak menutupnya Malaikat akan malu lalu keluar dan syaithan akan datang. Jika mereka mendapat anak maka syaithan akan punya bahagian padanya." 
الطبرانى فى الأوسط عن أبى هريرة ;(1/63 ، رقم 176)  وأخرجه أيضا : البزار كما فى كشف الأستار (2/169 ، رقم 1448))
HR at-Tabrani dalam al-Awsath dari jalur Abu Hurayrah, 1:63, no 176; dikeluarkan juga oleh al-Bazzar dalam Kasyaf al-Astaar, 2:169, no 1448. 
Tahqiq al-Albani, dha`if, silsilah al-Dha`ifah, 4:320 no. 1840 Tahqiq al-Haithami, Majma` al-Zawa'id, no. 7557, tahqiq syaikh Darwish. Dha`if jiddan, kerana tiga perawi dha`if, Abi al-Munib, Yahya bin Ayub dan Abdullah Zuhr
Maka metos jima' dlm keadaan bogel akan melarikan Malaikat dan mengundang setan adalah tidak benar.


----------------------------------
Hadith no 3Aisyah tidak pernah melihat kemaluan Nabi saw

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ سُفْيَانَ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ مُوسَى بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ مَوْلًى لِعَائِشَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ مَا نَظَرْتُ أَوْ مَا رَأَيْتُ فَرْجَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَطُّ; قَالَ أَبُو بَكْرٍ قَالَ أَبُو نُعَيْمٍ عَنْ مَوْلَاةٍ لِعَائِشَةَ
terj:
(HR Ibn Majah, no. 1912) : Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Waki' dari Sufyan dari Manshur dari Musa bin Abdullah bin Yazid dari mantan budak 'Aisyah dari 'Aisyah ia berkata, "Aku tidak pernah melihat kemaluan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sama sekali." Abu Bakr berkata, " Abu Nu'aim berkata; dari mantan budak 'Aisyah." (lidwa). Juga dikeluarkan at-Termidzi dalam Syamail.
Tahqiq Dr Maher Yasin al-Fahl atas Syamail (bab 49: no 359), isnadnya dha`if kerana maula Aisyah itu majhul atau tidak dikenali. Ta`liq al-Albani: “Dan pemerhatian yang benar menunjukkan batilnya hadis ini, ini kerana mengharamkan melihat (kemaluan) pada nisbah perbuatan jima’ termasuk dalam bab mengharamkan jalan-jalan (kepada jimak antara suami dan isteri). Apabila Allah Taala telah mengharuskan suami menyetubuhi isterinya, maka apakah masuk akal, Allah menghalang melihat kemaluannya? Sudah pasti tidak… apabila telah jelas perkara ini, maka tidak ada perbezaan antara melihat kemaluan ketika mandi atau ketika bersetubuh, maka telah pasti tidak sahihnya hadis ini.” (al-Silsilah al-Dha`ifah 1:197)

No comments: