Monday, March 26, 2012

Membedah otak Poligamis 2

Isu kedua: isu besar dan kecik (mono vs Poli)
Hal-hal yang sedikitpun tidak menjadi isu dalam monogami, boleh menjadi isu besar dalam poligami. Umpamanya, suami yang meninggalkan rumah seminggu dua kerana pergi main golf di pulau Phuket, sedikitpun isteri tidak memendam rasa akibat ketiadaan suami di rumah. Malah, ada isteri yang bangga dengan kehebatan suaminya. TAPI, jika suami meninggalkan rumah WALAU HANYA SATU MALAM kerana menggiliri isterinya yang lain, ada juga isteri yang menyimpan dendam terhadap suami dan tengoklah apa akan jadi bila suami pulang nanti.
Jawapan utk Poligamis:

Memang betul, isu yang tidak ada apa-apa dalam monogami, tapi dalam poligami semuanya menjadi besar. Ingat tak isu Nabi saw singgah makan madu setiap petang selepas asar di rumah Zainab menyebabkan isu  besar kepada isteri2 Nabi terutama kem Aisyah dan Habshah.
padahal ia cuma isu minum madu lebah je.
Maka suami monogami keluar utk main golf di phuket, isteri tahu suami akan mendapatikan khidmat tukang urut phuket, bahkan GRO thailand yg terkenal kecantikannya. tapi ia tidak sama dengan isu giliran dan nafkah di kalangan madu-madu.
Ini kerana isu ke phuket, GRO dan tukang urut thai adalah tanggungan atas suaminya, suaminya yg kena pikul dosa dan pahala. Manakala isu nafkah dan giliran adalah isu keadilan dan menyentuh kepentingan dan kebajikan wanita.
itu isunya.
Kedua: wanita yg dipoligami di Malaysia adalah wanita malang dan sial. wanita yang tidak tahu menjaga suaminya, semua umpatan masyarakat akan ditimpakan kepada isone dan selebihnya kpd Istwo . Maka sebab itu isu ini menjadi besar dan geger di malaysia berbanding dgn suami yang pergi main golf di Phuket atau Batam. itu adalah kebanggan wanita kerana bila balik nanti, suami akan membawa sesuatu.

No comments: