Saturday, March 10, 2012

Kuliah Maghrib Dr Basit Abu Anas al-Madani di USJ

Fadhilatu Syaikh Dr Abd Basit Abu Anas al-Madani hfz

Sempat hadir kuliah Maghrib Dr Basit di USJ4 sebentar tadi (10 Mac). Turut hadir ialah Tn Hj Kamin al-Ahkami, bro Bin Bahar dan Faisal dari afn 2.0. Ust Lan Tantawi juga dijangka hadir tapi tak muncul-muncul. Dr Basit tiada membawa tajuk khusus melainkan tajuk yang santai kerana ianya kuliah Maghrib. Ia menyentuh pasal keperluan membaca al-Qur'an setiap hari, bukan sekadar membaca tapi dengan tadabbur dan tafsirnya. Beliau juga memperingati agar sentiasa istiqamah dengan menghadiri kuliah ilmu di mesjid, kerana mendapatkan ilmu agama dari U-tube dan web atau TV tidaklah sama dengan hadir kuliah secara live. Kemudian beliau memperingati akan keadaan dunia hari ini yang diliputi kesuraman, banyaknya perpecahan, kejahilan, bid'ah. Akhirnya beliau menceritakan pasal keistimewaan menjadi ummat Muhammad akhir zaman. Beliau turut memberi setiap orang risalah percuma, 12 Fadilat  4 kalimah (subhanaLlah, Alhamdulillah, La ilaha illa Llah dan Allahu Akbar.
Habis majlis, borak-borak dgn Dr Basit, Hj kamin, Faisal dan ben Bahar. Tidak sempat minum2 dengan mereka kerana ana ada tamu dari Kelantan.

9 comments:

ICT IISKD said...
This comment has been removed by the author.
Abu Yusuf said...

Nanti sebelum berangkat, kita minum2 dulu pak, ان شاء الله . Ana hutang sate kambing tak settle lagi :)

-binbahar-

Mohd Faisal Naim said...

Saya rasa Dr. Abdul Basit tak puashati pada sahabat Tuan Hasan yang telekom tu..Bila Dr. patah balik dan bertanya kembali, that is something..Nasib baik Dr. sibuk sikit... :)

Apapun, kalau Dr. Abdul basit dapat buat kuliah secara berterusan area Subang Jaya especially kat Al-Falah pasti bagus & sangat berkesan... Dr. Abdul Basit bukan bagi sebarang kuliah, juga nasihat menasihati antara kemelampauan sufism & kejumudan penuntut ilmu..Wallahua'lam..

THTL said...

sedang tunggu medical report, siap pada 20 Mac..lepas tu submit ke saudi embassy utk cop visa kalau medical report OK, lepas tu depa akan kasi tentative flight ke jeddah.

Mohd Faisal Naim said...

Tapi malam kuliah ni, rasanya Dr. ABdul Basit macam tak puashati dengan member Telekom syaikh tu... Hehehe... Manakan tidak, Dr. patah balik dan tanya sekali lagi apa masalah... Kalau Dr. tak sibuk malam tu, rasanya tak keluar statement "nanti bilas dengan THTL".. tapi Dr. sendiri yang bilas... :) ~

Apa pun andai Dr. Abdul Basit dapat beri kuliah seperti malam tu secara berkala kat al-Falah, mesti mantoppzz punya...

THTL said...

akhi faisal,

member TM tu dah pencen tahun lepas. dia tu satu Division dengan ana laa..mmg hardore asya'irah, dengan ana pun dia anti juga..kes wahabi ler...sebab tu ana malas nak layan mamat tu..

Ad-Dien said...

ana tak dapat mai pun..rugi..rugi

THTL said...

Alahai, ini kuliah maghrib ajelaa..

tak kan sanggup datang dr Temerloh utk dengar kuliah Maghrib..

lebih baik start motor jumpa ust alamghiri je utk usrah bertalaqqi

Ad-Dien said...

hehe..yang tu wajib lerr...

mana tau nanti ke pondok sungai durian pulak?? hehe