Monday, November 28, 2011

Travelog USA 16: Tamrin Mega California 2


Foto USA dengan sistem no lebuhrayanya
Perjalanan sejauh 2150KM

Perjalanan bermula, lima kereta, satu kereta yang dipandu sepenuhnya oleh akhowat. Saya menaiki Caravan Camper Dodge, diiringi oleh dua super station wagon Chevrolet dan dua kereta saloon. Kami bertolak waktu awal pagi dan yang mula-mula memandu Caravan Camper ialah KM. Yang menyeronokkan ialah terdapat adik Hail Amir dalam rombongan tsb, dia menuntut dalam jurusan Business di Wisconsin dan wajahnya mmg kuat persamaan dengan Hail Amir (bintang layar perak era 70'an bersama Uji Rashid, sekarang dia adalah pensyarah UiTM). Lebuhraya USA adalah lurus, sejauh mata memandang, tidak ada corner macam lebuhraya PLUS, sebab ia merentangi benua yg maha luas. Maka tidak hairan jika lori di lebuhrayanya adalah yang terpanjang di dunia, macam LRT dan Monorail panjangnya, sampai 40 tayar dan ia amat menggerunkan kerana berkuasa tinggi, enjin V12. Bahan binaan lebuhraya US ialah konkrit dan trademark lebuhraya US ialah bunyi bising tayar, tap tap tap disepanjang jalan, kerana jalan yang diturap dengan konkrit ada gap antara satu slab dgn slab yang lain kerana untuk sesuaikan dengan dua musim yang ekstrim: summer dan winter (musim panas yg ekstrim dan musim sejuk yang bersalji tebal). itu bunyi yg kami tidak akan lupakan. Ia juga tanpa toll dgn harga petrol yg amat murah, lebih kurang USD 60 sen seliter.

Laluan yang kami ambil ialah Kalamazoo, Indianapolis-Indiana,  St. Louis-Missouri, Oklahoma City, Albuqurque, New Mexico, Pheonix- Arizona dan akhirnya California-Los Angeles menyeberangi banjaran Rocky.

Kawasan rehat dan rawatnya amat canggih sekali, ada kawasan untuk berkhemah dan kemudahan asasnya sama dengan lebuhraya Plus di Malaysia. Apabila kami berhenti di R&R, kami akan parking di kawasan perkhemahan khas, kami memasak, dan solat berjamaah di kawasan lapang. Inilah kali pertama kami mengamalkan solat sambil memakai kasut kerana cuaca sejuk. Banyak fiqh solat musafir yang berjaya kami amalkan, antaranya menyapu sepatu dan berwudhu' dgn air yang minima. Mat saleh yang berhenti di kawasan rehat tsb, nampak hairan juga dengan keujudan kami, khususnya kerana kami membawa akhowat yg berhijab yg agak ramai, termasuk juga kanak2 kecil kerana ada yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak.
Apabila KM sudah agak penat memandu, saya pula yg mengambil alih memandu Caravan tsb. Pemanduannya amat senang dengan gear auto dan ketinggiannya, amat mudah sekali memandunya. Pemandangan sepanjang perjalanan amat menakjubkan, kami melalui ladang-ladang yang seluas mata memandang, laluan kai ialah delta jagung dan soya bean, maka sepanjang jalan kami akan melihat tanaman jagung dan soya bean dan ladang buah-buahan spt apple, strawberry, peach dan cherry. Ladang yang maha luas dan setiap rumah di kawasan tsb ada trek kapalterbang kecil mendarat. Ini kerana semua aktiviti perladangan US menggunakan kapalterbang. Sekali sekala ada tempat rusa dan caribou melintas dan jumlah binatang liar tersebut begitu banyak sekali. Ini kerana sistem penguatkuasaan hidupan liar amerika yg berkesan.

Ada tiga persinggahan yang kami buat untuk membolehkan beberapa buah lagi kereta menyertai Konvoi kami, salah satu hentian kami mengambil mereka ialah di St Loius, Missouri. Bercakap pasal bandar ni, St Loius ialah Pusat perarakan terbesar di USA, itulah HQ bagi syarikat Anheuser Busch, pembuat Beer terbesar USA dan St Louis adalah bandar beer no satu di amerika dan beer budweiser ialah beer no satu di US dan dunia. lebih kurang 10 KM lagi kami memasuki bandar St Loius, sudah tercium aroma beernya..Kami juga berhenti di bandar Wichita, Kansas kerana ada sebuah kereta akhowat yang menyertai konvoi, dan sebuah kereta dari Denver, Colorado yang bertemu di Albuqurque nanti. Maka jumlah kenderaan semuanya menjadi 8 buah..
Kami memandu tanpa henti, drebar bertukar tanpa perlu menghentikan kenderaan, ia dilakukan semasa kenderaan bergerak..setakat ni tiada apa-apa yang berlaku, cuma ada dua insiden yang agak mencemaskan...
Pertama: ketika saya sedang memandu, ianya pemanduan malam, dan KM sebagai co-pilot sedang tidur kerana keletihan memandu sebelah siang. Entah macam mana, KM tiba2 bangkit dari tidur dan dia merebut stereng yang saya sedang pegang. Saya bergelut dengan beliau, mujurlah setelah saya bertakbir dua tiga kali, KM sedar, dan rupa-rupanya dia bermimpi dan dia cuba merampas stereng, kerana dalam mimpinya, dia ingin mengelakkan kemalangan. Kereta di belakang memberi lampu dan hon utk mengetahui apa yg terjadi, lalu saya memberitahu melalui walkie-talkie, tak ada apa-apa, cuma ngantuk je..hehehe
Peristiwa kedua, ini agak cemas, kerana kami dikepung oleh sheriff ketika solat di RnR Arizona. next

2 comments:

yat said...

terbaik syaokh..

PS: sempat lagi perli kerajaan malaysia no...toll dan minyak

Anonymous said...

sepatutnya diteruskan kisah menarik ni