Bayangkan jika dunia memberikan segala (isinya) kepada anda, anda nak bawa ke manakah semua itu? (Bahkan) ia semua menuju kpd kefanaan (kebinasaan), Firman Allah:
وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ terj:
AQT 55: 27 [Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan].
Maksudnya, semua akan binasa kecuali wajah Allah SWT
قال أحدُ الصالحين لابنه : لا تكنْ يا بُنيَّ رأساً ، فإنَّ الرأس كثيرُ الأوجاعِ .
والمعنى : لا تُحِبَّ التصدُّرَ دائماً والتَّرؤُّس ، فإنَّ الانتقاداتِ والشتائمِ والإحراجاتِ والضرائبِ لا تصلُ إلا إلى هؤلاء المقدَّمين terj:Seorang yang soleh berkata kepada anaknya," jangan anakku menjadi kepala (CEO), sebab nanti kepala engkau akan sentiasa migrain."
Syarah: Maksud pesanan sang ayah itu ialah jangan impikan jawatan ketua/CEO kerana kritikan, umpatan, perlecehan, serangan peribadi, character assassination banyak ditalakan kepada yang berada dibaris paling depan (ketua).
thtl: inilah suatu penawar yang paling mujarab kenapa aku ambik keputusan melepaskan jawatan ketua di sebuah website popular sunnah...mmg tepat sekali apa kata Dr `Aaidh.
Penutup dengan sebuah sya3ir arab:
إنَّ نصف الناسِ أعداءٌ لمِنْ ولي السلْطة هذا إنْ عدلْ
terj:
Separuh manusa adalah musuh bagi Penguasa
sekalipun dia adalah seorang yang adil.
No comments:
Post a Comment