IBM Chicago.
Setelah KM sudah pulih semangatnya, dia mula menceritakan:
Pada petang Jumaat, sebaik sahaja dia habis kuliah, dia bercadang nak berjalan kaki ke Pusat Islam Kalamazoo menggunakan jalan shortcut. KM seorang diri tanpa ada pelajar Melayu lain yg menemaninya. Dia mengambil keputusan utk berjalan kaki kerana sambil nak exercise ke Pusat Islam (jarak dari kampus Timur lebih kurang 1 KM) dan akan pulang bersama kami kerana kami memang setiap hari akan ke sana untuk Maghrib dan Isya'. Cuaca sudah gelap ketika itu kerana hampir masuk waktu Maghrib.
Sebaik saja KM melewati parking lot university, suasana agak lengang, cuma ada mat saleh tiga orang berpakaian biasa berdiri di tepi kereta mereka sedang bersembang. Sebaik saja KM melewati mereka, salah seorang menegurnya, manakala seorang lagi memberi satu pukulan karate ke tengkok KM dengan pantas sekali, membuatkan KM terus pengsan. Mereka kemudian memapah KM ke dalam kereta dan memecut laju menuju hala Chicago.
Bila KM sedar dalam kereta, matanya ditutup dgn kain hitam dan tangannya digari. Bila KM bertanya," where am I?" (Di manakah saya? Apa salah saya? saya tak ada duit), mereka menyuruhnya supaya diam.
Mereka membawanya ke ibupejabat FBI di Chicago dan KM ditempatkan dalam sebuah bilik interogasi, ada meja dan beberapa kerusi. Kemudian masuk pegawai penyiasat. Mereka memulakan soalan dengan bertanyakan latarbelakang dan apa yg KM buat di Kalamazoo. Selepas tu mereka direct bertanyakan kenapa KM banyak membuat panggilan telefon multi-party (maksudnya perhubungan telefon secara serentak ke beberapa lokasi), mereka mengemukakan bill dan juga menyiarkan petikan rakaman usrah. Maksudnya usrah telefon tsb sudah kena tap atau dicuri taliannya oleh pihak FBI. Ini kerana ia sudah masuk dalam pengintipan FBI yg membuat perisikan bahagian teroris Islam.
24 jam KM kena soalsiasat bertali arus, tanpa cukup makan dan tidur. Mereka bertanyakan beberapa nama org arab di USA dan ingin tahun apakah KM mengenali dan menghubunginya. KM menafikan dan mmg betul, kami belum lagi berhubungan dgn IM USA. Nasib baik KM menyatakan ia tiada sebarang kaitan dengan pak arab, ia cuma aktiviti rutin biasa pelajar Malaysia dan orang Malaysia semuanya baik-baik belaka. Mereka juga bertanyakan siapakah yg kerap dihubungi di Malaysia, KM kata ia cuma ibubapa, kawan2 dan guru2 agama yg biasa dia belajar darinya. KM memberikan nama-nama yg mereka kehendaki.
Setelah mereka berpuas hati dengan soalsiat tsb dan mendapat pelepasan dari ketua mereka, mereka membuat keputusan melepaskan KM dan KM dengar arahan ketua mereka," tutup matanya dan lepaskan malaysian ni di bangunan IBM."
Pengajaran:
Maka dengan ini, kami dapati usrah melalui telefon pelbagai lokasi ni sudah tidak selamat lagi dan kami akan lebih berhati-hati kerana sudah diintip oleh FBI
next: Tamrin California
* Dikemaskini oleh ADmin
No comments:
Post a Comment