Majalah i, edisi Bil: 107, Sept 2011
-----------------------------------
Isu Semasa
Isu Aleesya Farhana berakhir dengan tragedi
Klip Berita:
KUALA TERENGGANU (31 Julai 2011) – Kisah kontroversi yang menyelubungi seorang lelaki, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz selepas permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini dua minggu lalu berakhir apabila dia menghembuskan nafas terakhir pagi semalam.Lelaki berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 4.55 pagi, iaitu hanya sehari selepas mendapatkan rawatan.
Bapa mangsa, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika mengesahkan kematian Ashraf menjelaskan, anaknya itu dimasukkan ke HSNZ pukul 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah yang teruk.
Jelasnya, pihak keluarga juga akur dengan keputusan mahkamah dan telah bersetuju untuk menguruskan serta mengebumikan jasad arwah sebagai Ashraf dan bukannya Aleesya Farhan
Tukar jantina perlu pengesahan
KUALA TERENGGANU (1 Ogos 11) – Golongan ‘khunsa musykil’ atau mereka yang mengalami kecelaruan jantina perlu mengesahkan jantina mereka dengan pakar perubatan terlebih dahulu sebelum mendapatkan perintah mahkamah bagi memudahkan penukaran jantina dilakukan.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Terengganu Khazan Che Mat berkata, kecelaruan jantina terjadi disebabkan sesetengah individu mempunyai dua alat kelamin sejak dilahirkan.
"Disebabkan hal ini, mereka akan keliru tentang jantina sebenar mereka dan pembedahan penukaran jantina akan berlaku disebabkan mereka tidak pasti mereka adalah wanita mahupun lelaki.
"Namun, sebelum melakukan pembedahan jantina, mereka seharusnya memohon kepada mahkamah untuk menukar jantina agar pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah dengan mudah tanpa berlaku sebarang kemusykilan kemudian hari,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian dana Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah di sini semalam.
Sumber Bernama:
Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz, 25, selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu
kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.
Beliau yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama
di dalam Mykadnya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan
pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.
Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti
tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan
sebagai seorang wanita.
Sementara itu, bapanya berkata beliau telah dihubungi Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung
permohonan anaknya untuk ditempatkan di asrama wanita sekiranya permohonannya
memasuki universiti tempatan, diterima.
Katanya, perkara itu masih dalam pertimbangan kementerian berkenaan. – BERNAMA
kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.
Beliau yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama
di dalam Mykadnya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan
pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.
Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti
tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan
sebagai seorang wanita.
Sementara itu, bapanya berkata beliau telah dihubungi Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung
permohonan anaknya untuk ditempatkan di asrama wanita sekiranya permohonannya
memasuki universiti tempatan, diterima.
Katanya, perkara itu masih dalam pertimbangan kementerian berkenaan. – BERNAMA
-----------------------------------------------
Ulasan:
Ia suatu tragedi yang mendapat perhatian ramai, mengenai seorang pemuda dari Terengganu yang telah membuat tindakan sendiri atau mungkin kerana tidak sanggup menghadapi karenah birokrasi dengan pihak berkuasa tempatan telah mengambil tindakan sendiri dengan mendapatkan khidmat penukaran jantina di negara jiran hingga beliau telah menjadi wanita sepenuhnya. Namun, tindakan beliau tidak diiktiraf oleh sistem mahkamah Malaysia dan pejabat agama negeri, hingga berakhir dengan kematian akibat dari kemurungan atau depression.
Kita akan melihat isu ini dari dua sudut:
1. Pandangan Islam terhadap khunsa
2. Proses penukaran jantina yang dipersetujui oleh fuqaha’.
1. Pandangan Islam terhadap Khuntha
Ada dua istilah yang penting untuk diketahui, iaitu apakah Allahyarham Muhd Ashraf (Aleesha) seorang khuntha atau Mak Nyah?
Khuntha dari kalimah arab “al-khanthu” yang bermaksud lemah atau pecah (Ibn Mandzur, Lisan al-Arab, 2:451) Dalam bahasa Inggeris, khunsa ialah “hermaphrodite”, iaitu haiwan atau tumbuhan yang memiliki ciri-ciri kedua-dua gender (jantan dan betina). Mengikut kamus Oxford, hermaphrodite ialah seseorang yang memiliki dua organ jantina (A.S.Hornby, Oxford Dictionary, 292). Khunsa juga bermaksud seseorang yang tidak jelas jantinanya (Dr Harun Sheikh, Sexual Issues in Modern Era, ms 263). Secara ringkasnya, khuntha ialah seseorang yang tidak dapat dikenalpasti akan gendernya kerana memiliki kedua-dua genatalia atau alat kelamin. Ini bertentangan dengan fitrah kejadian manusia, mesti jelas samada lelaki atau wanita.
Firrman Allah SWT:
AQT 75:39 [lalu Allah menjadikan daripadanya sepasang: laki-laki dan perempuan.]
Manakala Mak Nyah atau Pondan atau dalam bahasa Indonesianya ‘banci” atau dalam bahasa Inggeris sebagai `transvestite’ atau `transexual’ atau dalam bahasa arab disebut ‘mukhannath’. Jika khuntha merujuk kepada aspek fizikal, mak nyah atau pondan merujuk kepada sikap atau kelakuan manusia dalam menzahirkan jantinanya kepada umum. Jika dia sebenarnya lelaki sejak lahir, tetapi ingin menjadi wanita atau dia seorang perempuan sejak lahir, atau seseorang yang sempurna sifatnya sebagai perempuan, tetapi dia ingin menjadi lelaki, lalu mereka ini berpakaian dan berkelakuan secara kontra dengan gender asalnya. Lelaki yang berpakaian dan bergaya seperti perempuan dinamakan pondan atau maknyah atau lelaki lembut; dengan kata lain lelaki dengan penampilan feminin. Jika perempuan yang menyerupai lelaki dinamakan fenomena penkid atau wanita dengan penampilan maskulin.
Isu maknyah ni sudah ujud di zaman Nabi saw lagi, di mana baginda melahirkan rasa tidak senang dengan keujudan golongan maknyah, melalui sabdanya:
Dari Ummu Salamah bahwasanya; Suatu ketika Nabi saw berada di rumahnya. Sementara di dalam rumah ada Mukhannath (seorang laki-laki yang bertingkah laku seperti perempuan, waria). Si Mukhannath berkata kepada saudara laki-laki Ummu Salamah yakni Abdullah bin Abu Umayyah, "Jika Allah memberi kekuatan pada kalian untuk menaklukkan Tha`if esok hari, maka aku akan menunjukkan padamu anak wanita Ghailan, sesungguhnya ia akan menerima dengan empat dan akan berpaling dengan delapan." Maka Nabi saw pun bersabda: "Janganlah sekali-kali orang ini (pondan) menemui kepada kalian." HR al-Bukhori, no. 4834, kod Lidwa.pustaka, Ina)
Juga dalam hadith yang lain:
Dari Ibnu Abbas ra dia berkata; "Allah melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki." HR al-Bukhori, no.5435, kod Lidwa)
Rumusan:
Maka dari segi istilah fiqh, jelaslah kepada kita bahawa di sana ada dua kes, pertama: kes yang benar di mana terdapat khuntha yang benar-benar tidak jelas jantinanya sejak kecil, maka setelah dewasa, baru nampak jelas nampak ciri-ciri gender yang ketara pada dirinya (samada lelaki atau perempuan), maka dia ingin mematikan salah satu gendernya samada ingin menjadi lelaki tulin atau wanita tulin. Jika kesnya adalah khuntha (jantina yang tidak pasti), maka Islam membenarkan operasi jantina dilakukan keatasnya.
Kedua: seseorang yang jelas jantinanya sejak kecil, samada lelaki atau perempuan, tiba-tiba ingin menukar jantinanya, dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya, maka dalam kes adalah jelas, Islam menegahnya dan begitu juga sistem perundangan di Malaysia.
Maka kes Mohd Ashraf atau Aleesha perlu dipastikan, apakah beliau termasuk dalam kes khunsa (seseorang yang diragui jantinanya) atau mukhannas (seseorang yang ingin menukar status jantinanya sebagai pilihan).
Proses Penukaran jantina Menurut Syarak:
Jika seseorang adalah khuntha atau seksualnya diragui kerana memiliki dua alat kelamin, atau pada asalnya dia lahir sebagai bayi lelaki, tetapi selepas proses pendewasaan, tumbuh sifat kewanitaan yang sebenar, maka Islam membenarkan kes-kes seperti ini diiktiraf sebagai kes yang tulin dan pembedahan jantina diharuskan ke atas mereka.
Akademi Fiqh Islam, Rabitah al-Alam al-Islami, yang berpusat di Makkah memutuskan harus melakukan pembedahan jantina untuk menghilangkan syubhah atau keraguan kepada sifat kelelakian atau kewanitaannya. (Muhd Khalid Mansur, ahkam at-Tibbiyah, ms 208)
Dr Basri Ibrahim, pensyarah, Universiti Darul Iman, merumuskan, pembedahan penukaran jantina tanpa sebab-sebab yang diharuskan syara’ adalah haram kerana ia adalah percubaan untuk merubah ciptaan Allah.
Pengharaman ini terdapat dalam al-Qur’an:
AQT 4:119 [dan akan aku (syaitan) suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya]
Pembedahan jantina hanya dikhususkan kepada kaum khuntha sahaja kerana tujuan perubatan yang jelas dan bertujuan menghilangkan kemudharatan dan mendatangkan kebaikan kepada golongan tersebut serta memudahkan masyarakat menentukan bentuk pergaulan atau muamalat dengan khuntha yang musykil tersebut. (Dr Basri Ibrahim, Rawatan dalam Islam, Jahabersa, ms 123)
Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan 1982, melalui mesyuarat majlis Raja-Raja Melayu, 24 Februari, 1983, memutuskan:
1. penukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya (perempuan kepada lelaki) adalah haram dari segi syarak.
2. Seseorang yang dilahirkan khuntha musykil (khuntha yang diragui), iaitu manusia yang dilahirkan mempunyai dua alat kemaluan lelaki dan wanita, diharuskan menjalani pembedahan bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi (Zaleha Tak, Khuntha dan Mukhannath menurut Perspektif Islam, Jakim, ms 44)
Apa yang telah berlaku ke atas Allahyarham Muhd Ashraf?
Beliau sepatutnya mematuhi prosedur majlis fatwa kebangsaan dan berusaha keras memenuhi segala syarat yang telah dinyatakan sebelum ingin membuat pembedahan jantina serta bersabar menunggu kesnya selesai di mahkamah. Apa yang berlaku ialah beliau telah melakukan pembedahan jantina terlebih dahulu di negara jiran dan setelah menjadi seorang wanita, barulah dia membuat permohonan untuk menukar jantina dari lelaki kepada wanita.
Tindakan beliau akan menyulitkan pihak berwajib kerana kes ini tidak sama dengan kes pasangan bernikah di negara jiran dan kemudian pasangan terbabit ingin mendaftarkan semula di Malaysia. Tetapi isu pertukaran gender adalah isu yang lebih sulit dan sensitif kepada negara dan agama, maka beliau sepatutnya menyelesaikan isu-isu pengesahan jantina dalam negara terlebih dahulu dengan mendapat kebenaran dari mahkamah syariah Terengganu dan pengesahan pakar perubatan dalam negara. SEKIAN
No comments:
Post a Comment