Friday, November 25, 2011

La Tahdzan 141-2: Bebanan Jawatan, نَصَب المَنْصِب

Pesan Nabawi dalam isu Jawatan dan Bebanan:



Hadith Abdul Rahman bin Samurah ra:
لا تسألِ الإمارةَ



terjemahan: "Jangan meminta jawatan"

Takhrij:

حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ مُحَمَّدُ بْنُ الْفَضْلِ حَدَّثَنَا جَرِيرُ بْنُ حَازِمٍ حَدَّثَنَا الْحَسَنُ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ سَمُرَةَ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ سَمُرَةَ لَا تَسْأَلْ الْإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُوتِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوتِيتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا وَإِذَا حَلَفْتَ عَلَى يَمِينٍ فَرَأَيْتَ غَيْرَهَا خَيْرًا مِنْهَا فَكَفِّرْ عَنْ يَمِينِكَ وَأْتِ الَّذِي هُوَ خَيْرٌ


Terjemahan:


(HR Bukhari no. 6132) : Telah menceritakan kepada kami Abu Nu'man Muhammad bin Fadhl telah menceritakan kepada kami Jarir bin Hazim telah menceritakan kepada kami Al Hasan telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Samurah mengatakan, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Wahai Abdurrahman bin Samurah, Janganlah kamu meminta jabatan, sebab jika engkau diberi (jabatan) karena meminta, kamu akan ditelantarkan, dan jika kamu diberi dengan tidak meminta, kamu akan ditolong, dan jika kamu melakukan sumpah, kemudian kamu melihat suatu yang lebih baik, bayarlah kaffarat sumpahmu dan lakukanlah yang lebih baik." [HR Bukhari-Muslim, ihsan Lidwa. Ina]


Syarah:

Abd Rahman Samurah adalah sahabat dari Bani Abdus Syam, memeluk Islam ketika Fathul Makkah. Beliau menjadi penglima perang yang membuka negara Balkan dan afghanistan ketika era khalifah Othman. ketika dia dilantik menjadi Gabnur Sijistan, dia menyebut hadith ini. Beliau wafat tahun 50H.
Mesej hadith: Jangan kita meminta-minta jawatan, kerana jika kita meminta jawatan, seseorang tidak akan ditolong, tapi jika kita diberi jawatan, kita akan ditolong.

Selingan hiburan:
saya alami sendiri dua kali, setiap kali saya dicantas dari jawatan dari dua buah laman web, pasti ada syabab atau pemuda-pemuda yang sanggup bersekengkang mata utk membangunkan laman web utk saya. saya yakin ini kerana saya tidak pernah meminta jawatan...jika tidak, mana mungkin mereka dengan rela hati menolong saya....Terimakasih duhai pemuda,
Kamulah pemuda beriman yg dinyatakan dalam surah al-Kahfi ayat 13.

Memang terbukti, jika kita tidak pernah menagih jawatan, kita akan ditolong oleh orang.

sesungguhnya, La Tahzan benar2 telah menjadi penawar kepadaku, masyaAllah!

*Dikemas kini oleh ADmin 25/11/2011  0913

No comments: