20-3: Imam kena solat dengan solat yang ringan
Takhrij hadith:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ قَالَ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ عَنْ ابْنِ أَبِي خَالِدٍ عَنْ قَيْسِ بْنِ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيِّ قَالَ
قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَا أَكَادُ أُدْرِكُ الصَّلَاةَ مِمَّا يُطَوِّلُ بِنَا فُلَانٌ فَمَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَوْعِظَةٍ أَشَدَّ غَضَبًا مِنْ يَوْمِئِذٍ فَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّكُمْ مُنَفِّرُونَ فَمَنْ صَلَّى بِالنَّاسِ فَلْيُخَفِّفْ فَإِنَّ فِيهِمْ الْمَرِيضَ وَالضَّعِيفَ وَذَا الْحَاجَةِ
terjemahan:
(HR Bukhari, no. 88. Lidwa) : Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Katsir berkata, telah mengabarkan kepada kami Sufyan dari Ibnu Abu Khalid dari Qais bin Abu Hazim dari Abu Al Mas'ud Al Anshari berkata, seorang sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, aku hampir tidak sanggup shalat yang dipimpin seseorang dengan bacaannya yang panjang." Maka aku belum pernah melihat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memberi peringatan dengan lebih marah dari yang disampaikannya hari itu seraya bersabda: "Wahai manusia, kalian membuat orang lari menjauh. Maka barangsiapa shalat mengimami orang-orang ringankanlah. Karena diantara mereka ada orang sakit, orang lemah dan orang yang punya keperluan". HR al-Bukhari & Muslim, ini lafaz al-Bukhori
Kesalahan memahami hadith (Maqlubah):
Sebahagian orang memahami Imam hendaklah solat "express" atau membaca seringkas mungkin, membaca ayat yg paling sedikit atau surah yang paling pendek, hingga dinamakan mematuk ayam dalam solat tanpa mempedulikan thuma'ninah dalam solat.
Koreksi: Hadith ni memiliki asbab wurud al-hadith (sebab kenapa ia dikeluarkan), mengenai peristiwa Mu`adz bin Jabal ra yang kebiasaannya solat dua kali. Beliau solat bersama Nabi saw di mesjid nabawi dan kemudian pulang ka musalla kaumnya dan menjadi Imam pulak utk mereka. Pada suatu malam,Nabi saw menta'khirkan solat Isya' pada waktu afdhal, yakni waktu lewat malam. Nabi pulak baca agak panjang. Maka selepas itu Mu`adz bergegas kembali kepada kaumnya yg sedang menunggu dan dia mengimami mereka dengan membaca surah al-Baqarah pada rakaat pertama. Oleh kerana tidak tahan dengan mengantuk dan lamanya bacaan Mu`adz, maka keesokan harinya salah seorang dari mereka datang berjumpa Nabi dan mengadukan perihal Mu`adz yg membaca terlalu panjang pada solat Isya' malam tadi, lalu Nabi saw marah dan mengeluarkan hadith di atas.
Hadith ni bukanlah dalil utk meringkaskan dan mengekspresskan solat kerana kes Muadz itu adalah kes terpencil di mana Muadz solat terlalu lewat malam dan sepatutnya dia membaca sederhana untuk memberi peluang makmum tidur awal.
Solat berjama`ah yang sebenarnya tidaklah ringkas kerana Nabi membaca dalam satu rakaat apukulrata 60-100 ayat bahkan ada ketika sampai 200 ayat.
Inilah gambaran sebenar solat bersama nabi di mesjid Nabawi:
حَدَّثَنَا دَاوُدُ بْنُ رُشَيْدٍ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ يَعْنِي ابْنَ مُسْلِمٍ عَنْ سَعِيدٍ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ العَزِيزِ عَنْ عَطِيَّةَ بْنِ قَيْسٍ عَنْ قَزْعَةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ
لَقَدْ كَانَتْ صَلَاةُ الظُّهْرِ تُقَامُ فَيَذْهَبُ الذَّاهِبُ إِلَى الْبَقِيعِ فَيَقْضِي حَاجَتَهُ ثُمَّ يَتَوَضَّأُ ثُمَّ يَأْتِي وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الرَّكْعَةِ الْأُولَى مِمَّا يُطَوِّلُهَا
(HR Muslim no.691 Lidwa.Ina) : Telah menceritakan kepada kami Dawud bin Rusyaid telah menceritakan kepada kami al-Walid, yaitu Ibnu Muslim dari Sa'id yaitu Ibnu Abdul Aziz dari Athiyyah bin Qais dari Qaz'ah dari Abu Sa'id al-Khudri dia berkata, "Sungguh shalat zhuhur dikumandangkan iqamah, maka seseorang pergi ke al-Baqi', lalu menunaikan hajatnya, kemudian berwudhu, kemudian dia mendatangi (shalat jama'ah) sedangkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam masih pada raka'at pertama yang beliau panjangkan."
Itu baru solat Zuhur, di mana sahabat Abu Sa3id berkata, jika seeseorang pergi toilet (ketika Iqamat) utk buang air, kemudian ambil wudhu' dia masih sempat bersama Nabi saw pada rakaat pertama. Ini menunjukkan solat yang ringkas bersama Nabi saw masih lagi panjang di zaman kita.
Rumusan: Tidak ada solat cepat dan express dalam ibadah terpenting, yakni solat; panjang dan lamanya solat jama3ah, mestilah menepati apa yg Nabi saw praktikkan, yg menepati hadith masyhur, " solatlah kalian sebagaimana aku solat." HR Bukhari-Muslim. Jika anda menjadi Imam, tidak menepati sunnah jika hanya membaca ayat2 terpendek dalam Juz Amma, tapi sekurang-kurangnya dalam lingkungan 50 ayat.
[ahaadith Maqlubah adalah karya Prof Dr Umar al-Quraisyi, KSA]
Dikemas kini oleh ADmin
29/11/2011
0120
No comments:
Post a Comment