Friday, November 25, 2011

La Tahdzan 141-1: Bebanan Jawatan, نَصَب المَنْصِب

[Topik ni menarik kerana ia memberi jawapan kpd kemelut yg aku hadapan sekarang, topik ini benar-benar bermakna untuku...]

Kata Dr Aaidh:
منْ متاعبِ الحياةِ المنصبُ
Terj:
Antara bebanan kehidupan (yang meletihkan) ialah jawatan.

Berkata Ibn al-Wardi*:

قال ابنُ الورديُّ :

نصبُ المنصبِ أوهي جَلَدي يا عنائي منْ مداراةِ السفَلْ


Terj:

Memikul jawatan ternampak nampak saja gah diluar
Wahai penderitaanku, semua itu adalah kerendahan.
والمعنى : انَّ ضريبةَ المنصبِ غاليةٌ ، إنها تأخذُ ماء الوَجْهِ ، والصِّحِّة والراحةَ ، وقليلٌ مَنْ ينجو منْ تلك الضرائبِ التي يدفعُها يوميّاً ، منْ عرقِهِ ، من دِمِ ، منْ سمعتِه ، من راحتِه ، منْ عزتِه ، منْ شرفِه ، منْ كرامتِه

Terj:
Maksud sya3ir Ibn al-Wardi ialah jawatan itu amat mahal harganya, menjejaskan kesihatan dan menghilangkan ketenangan. Hanya segelintir yg berjaya memikul jawatan yang telah dibayar dengan harga saban hari dengan keringatnya, darahnya, ketenangan, kemuliaan dan kehormatannya.

syarah thtl:
Aku telah melalui semua ini dengan memikul bebanan sebagai CEO di AFN, aku telah korbankan segalanya, dan aku merasa begitu penat dan ia telah menjejaskan kesihatanku sendiri.
Maka bila aku melepaskan ia, aku merasa damai dan sya3ir Ibn Wardi telah menjadi bukti akan kebenaran bahawa jawatan itu suatu bebanan. Mereka yg telah menyingkirkan aku akan merasa aku telah kerugian, tapi al-Qarni dan ibn Wardi menyatakan, tidak, engkau telah mendapat kerihatan.

-------------------------
*Ibn Wardi=Umar bin Muzaffar bin Zainuddin al-Wardi, Abu Hafs, w. 749H, Syrian, sejarahawan

No comments: