Sunday, November 27, 2011

Bedah Buku ar-Ruh Ibn Qayyim


 Buku yang sama-sama kita bedah ialah kitab ar-Ruh karya al-hafidz Ibn Qayyim rh (Syrian, wafat 751 H di kota Damsyiq). Ada 22 Isu besar yang dikemukakan oleh Ibn Qayyim dan kita akan teliti satu persatu. Mengenai kontroversi buku ni ada ada dua isu besar:
1. Apakah betul buku ni hasil karya autentik Ibn Qayyyim?
2. Kenapa manhaj dalam kitab ar-Ruh begitu berbedza dgn kitab2 lain, seolah-olah Kitab ar-Ruh tidak melambangkan manhaj sebenar Ibn Qayyim. (manhaj=dasar pemikiran dan akidah)

Kata Syaikh Bakar Abu Zaid, KSA dalam kitabnya al-Taqrib li Fiqh Ibn Qayyim al-Jauzia , 210, menjelaskan:
1. ar-Ruh memang karya autentik Ibn Qayyim tanpa syak. Turut disahkan oleh az-Zahabi (Mu'jam Muhaddithin), al-Hafidz Ibn Kathir (al-Bidayah, jld 14), al-hafidz Ibn Rajab al-Hanbali (dzil Tabaqat al-Hanaabilah, jld 2) dan al-Hafidz Ibn Hajar dalam Durar al-Kaamina (Jld 3).
2. Manhaj Ibn Qayyim mmg jelas di atas manhaj salaf dalam bab akidah salaf,dan ibadah dan tasawwuf, tapi dalam isu2 selepas kematian, beliau longgarkan, kemungkinan untuk generasi selepas beliau membuat kajian lanjut. Apa yang disajikan dalam ar-Ruh cuma perintis sahaja.

Ada 22 isu Ruh dalam kitab ni dan setengah edisi menyebut 21. dan kita akan terus bermula dengan isu pertama: apakah ruh tahu kita menziarahinya ketika kita mengunjungi kubur-kubur mereka atau apakah ruh masih dapat mengikuti perkembangan kita yg masih hidup?

No comments: