Wednesday, November 23, 2011

Travelog USA 13: Kena Cekup dgn FBI

Seperti biasa setiap pagi kami akan berjalan kaki ke kampus, apartment kami ke kampus cuma 700 meter dari kampus, kampus kami tidak berpagar macam IPT kat Malaysia, maka kami boleh masuk ke kampus dari mana-mana saja sebab kampusnya tak ada gate utama..tak ada 'security guard' macam kat negara kita..anihkan, kenapa negara mereka begitu aman sekali..Saya dan teman saya, KM berjalan ke kampus dan beliau pada hari itu ada kuliah di East Campus (ini kerana Universiti kami (WMU) memiliki dua kampus, kampus utama dan kampus Timur. Untuk ke sana perlu naik bas. Biasanya pada tengah hari kami akan makan di kampus, banyak pilihan makanan, pizza, burger dan ada restoren mamak berhampiran pusat Islam kalamazoo.

Aku berpisah dengan KM, kerana dia naik bas ke kampus Timur, manakala aku ada kuliah di kampus utama. Oleh kerana KM banyak kuliah hari tsb, maka dia dijangka pulang ke apartmen agak lewat sekitar jam 6:00 petang. Biasanya kami akan ke Pusat Islam Kalamazoo bersama-sama untuk solat Maghrib dan duduk di sana sampai Isya', itu memang rutin kami satu apartmen. Cuaca adalah musim Fall atau musim luruh yang sudah bertukar kpd sejuk kerana musim sejuk akan tiba tidak lama lagi.

Namun, jam 7:00 malam KM tidak kunjung tiba, maka kami satu apartmen ke Pusat Islam dan tidak mengesyaki apa-apa. Bila kami pulang ke apartmen dalam jam 8 lebih, KM masih belum tiba. Maka kami keluar mencarinya di East Campus, ronda-ronda di kawasan kampus Timur, tapi tidak kelihatan kelibatnya. Kami juga pusing Kampus Utama meronda dengan kereta..

Begitulah, jam 10:00, mlm, jam 11:00 malam, jam 12:00 malam, KM tiada khabar berita. Kami mula naik cemas, KM tidak muncul-muncul, hinggalah keesokan paginya ketika kami nak pergi solat Subuh berjama`ah di Pusat Islam Kalazoo. Kami satu rumah memang risau dan mula merancang untuk membuat lapuran Polis mengenai kehilangan KM. Macam-macam dalam kepala kami, dia mungkin kena rompak oleh gansgster kulit hitam dsbnya..Keesokan harinya, kami buat lapuran Polis dengan Polis Kampus dan juga membuat lapuran dengan International Student Center (Pusat Pelajar Antarabangsa) mengenai kehilangan KM.

Kami terus menunggu, menunggu hasil siasatan Polis dan panggilan telefon dari KM...kebetulan KM hilang petang Jumaat, maka Sabtu dan Ahad tidak ada kelas, maka kami cuma menunggu dengan penuh debaran di apartment sahaja, kalau nak cari pun diluar kemampuan kami, kami hanya mampu berdoa dan berharap...12 jam berlalu, 24 jam berlalu dan sekitar jam 10 pagi Ahad, kami menerima panggilan telefon dari KM, bahawa beliau berada di Chicago, Ilinois, lebih kurang 3 jam perjalanan dari Kalamazoo. Ini kerana negeri Michigan dan Ilinois adalah berjiran. Dia memberitahu dia berada berhampiran bangunan IBM Chicago dan suaranya amat lemah sekali. Maka kami ambil keputusan untuk memandu ke Chicago menggunakan kereta ikhwah yang menuntut di persekitaran seperti East Lansing dan Ann Arbor. Ini kerana sebaik saja berita kehilangan KM tersibar, maka ikhwah-ikhwah sekitar Michigan datang berkumpul di apartmen aku.
Kami bertolak serta merta dan meminta KM menunggu di lokasi tersebut dan jangan bergerak ke mana-mana. Kami menggunakan Highwah 1-94. Rasanya kereta yang digunakan ialah Chevrolet Impala 3.5 liters V8. Memang berkuasa sungguh kereta tersebut. Ia dipandu oleh ikhwah yg sudah agak lama di US dan amat mahir memandu di lebuhraya USA.

Aku tidak pernah ke Chicago, Ilinois, antara kota metropolitan US yg terbesar, ia merupakan pusat kewangan Amerika yang setanding dgn New York. Di sanalah terdapat pencakar langit yg antara tertinggi di dunia, Sears Tower. Kota Chicago yg begitu sibuk, akhirnya kami berjaya memasukinya, hiway memasuki Chicago adalah 10 lorong sehala. tak pernah ku lihat highway seluas itu..dengan kepadatan kereta yang begitu sesak..

Akhirnya kami sampai ke Bangunan IBM Chicago dan KM dengan lesunya sedang menunggu di situ dalam keadaan lemah. Kami berpelukan, menitiskan air mata dan segera membawa masuk beliau ke dalam kereta dan memecut keluar dari Chicago kembali mengambil 1-94 menuju Kalamazoo.

Sepanjang perjalanan KM tidak bercakap sepatahpun mengenai insiden di chicago, katanya nantilah bila dia dah segar sikit, kami memberinya minum dan bekalan, nampaknya dia kurang selera kerana keletihan dan matanya yg cengkung kerana kekurangan tidur..

TBC..cerita KM di ibupejabat FBI

4 comments:

TMAAR_H66 said...

Syeikh TH,patut benar anta bukukan pengalaman ni..

THTL said...

nak buat preview dulu lihat sambutan

Cik Mar said...

Assalamualaikum wbt.

Saya sokong kalau pak syeikh buat buku.. Mmg best baca travelog ni. Tak sabar tunggu sambungan dia..

I'll be ur silent reader.

ardP said...

pengalaman hebat