Saturday, December 29, 2012

La Tahzan 183-1: Faktur2 Ketenangan Jiwa, أُسُسٌ للرّاحةِ

20 Tips menghindari Kegelisahan - Dr Hassan Syamsi Baasya


في مجلّةِ ( أهلاً وسهلاً ) بتاريخ 3 / 4 / 1415هـ مقالةٌ بعنوان « عشرون وصفةٍ لتجنُّبِ القلق » بقلم د . حسان شمسي باشا 
terj:
Dalam majalah "Ahlan wa Sahlan"* edisi 3 Rabi'ul Akhir 1415H terdapat satu artikel bertajuk "20 Cara Menghindari Kegelisahan" oleh Dr Hassan Syamsi Baasha**, dipaparkan secara ringkas:


من معاني هذه المقالةِ :
إنَّ الأجلَ قد فُرِغ منهُ ، وإنَّ كلَّ شيءٍ بقضاءٍ وقدرٍ ، فلا يأْسفِ العبدُ ، ولا يحزنْ على ما يجري .

terj:
Gelisah dengan ajal dan kematian:
1. Ajal sudah ditentukan, segala sesuatu terjadi menurut Qadha' dan QadarNya. Oleh itu, si hamba tidak boleh menyesal dan bersedih atas apa yang terjadi

إنَّ رزق المخلوقِ عند الخالقِ في السماءِ ، فلا يملكُه أحدٌ ، ولا يتصرَّفُ فيه قومٌ ، ولا يمنعُه إنسانٌ
terj:
 Gelisah seputar rezki yang sedikit
2. Sesungguhnya rezki semua makhluk sudah diatur dilangit, tiada siapa yang mampu mentadbirnya, tiada siapa yang mampu mengagihkan kpd orang lain dan tiada siapa yang mampu mngambilnya dari manusia.
Nota: Inilah dua kegelisahan utama yang mencengkam jiwa manusia: isu kematian dan isu rezki. Rawatannya: kematian sudah tertulis di sisi Allah dan setiap yang bernyawa pasti akan mati; manakala rezki, juga sudah ditulis, janganlah kita mengharap kpd manusia, kerana semua rezki ada di sisi Allah serta pengagihan rezki sudah direncanakan oleh Dia sahaja.
---------------------------------
* Majalah Ahlan wa sahlan adalah majalan yang diterbitkan oleh Saudia Airlines
** Dr Hasan Syamsi Basya, kelahiran Syria, 1951, doktor pakar jantung, sekarang bertugas di Hospital al-Malik Fahd di Jeddah

No comments: