Selepas 8 jam perjalanan lebuhraya dari Shabia-Jeddah International Airport, saya telah ketinggalan kapalterbang Sri Lankan Airlines. Dengan keletihan dan longlai saya bergerak menuju kaunter tiket Saudia Airlines dan bertanyakan (jika ada tiket) ke KLIA malam ini. Pegawai Saudia menyatakan, malam ini semua sudah penuh dan esok baru ada. Kemudian saya tanyakan penerbangan Jeddah ke Changi, Singapore. Beliau menekan keyboard komputernya dan sambil senyum dan menyatakan ada satu seat ke Changi, jam 11:30 malam ini. Tetapi ia bukan di terminal ini katanya, ianya di terminal Saudia atau Domestik. Ini kerana Saudia airlines menggunakan terminal khas hanya untuk Saudia sahaja. Maka sekarang saya baru tahu, Jeddah ada tiga terminal, Terminal Domestik untuk Saudia Airlines, Terminal Haji untuk kegunaan musim Haji sahaja dan Terminal Antarabangsa untuk syarikat2 pnerbangan yang lain.
Maka saya segera membayar harga tiket Jeddah-Changi dengan kos SR 1430. Kemudian bergegas keluar ke lobby airport mencari teksi untuk ke Terminal Saudia. Saya dapat satu teksi, drebarnya berbangsa Pakistani dan dia mintak SR 70. Saya negotiate dalam bahasa arab, dan dia setuju dgn SR 50. Perjalanan hanya 30 minit dari Terminal Antarabangsa ke Terminal Domestik dan sejurus tiba, saya bergegas untuk check-in bagi mendapatkan boarding pass dan urusan penyerahan bagasi. Selepas itu saya ke tandas utk membersihkan badan dan menyalin pakaian kerana dah 10 jam tanpa mandi. Saya segera masuk ke balai berlepas selepas melalui pemeriksaan rutin, kastam dan imigresen KSA. Pesawat Saudia, Boeing 777 Dreamliner berlepas jam 11:30 malam menuju Changi.
Dalam penerbangan saya berkenalan dengan beberapa keluarga Melayu yang pulang bercuti aidil adha juga melalui Singapura kerana ketiadaan tiket ke KLIA. Tiba di Changi jam 3 petang. Saya turun di Terminal 1, manakala untuk penerbangan tambang murah, saya kena pergi ke Terminal 2 menggunakan sky train. Sampai di Terminal 2, saya mundar mandir mencari kaunter Air Asia atau Fire Fly. Saya tak jumpa kaunter Air Asia, cuma nampak kaunter FireFly kerana airport lama itu dekat dgn kediaman saya di USJ. Lalu saya tanya tiket, alhamdulillah, tiket ke Subang banyak, ada jam 8:00 malam dan 10:30 malam. Saya tanya yg mana kedua-duanya untuk lihat harga, dia beritahu, jam 8:00 malam, harga Sing Dollar (SD) 250 dan jam 10:30 malam pada harga SD130. Maka saya pilih flight jam 10:30 malam.
Terminal 2 Changi Airport, SG |
Tak lama kemudian, hujan lebat turun mencurah-curah di Changi. Oleh kerana waktu penerbangan saya masih panjang, saya meminta password dari pejabat Singapore Aviation Dept utk laluan internet, ini kerana saya terlalu keletihan untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan airport. Saya menghubungi family (isteri) melalui internet dan mereka akan mnjemput saya di Terminal Subang. Flight 10:30 malam tertunda ke jam 11:00 malam kerana hujan, penrbangan ke Subang agak turbulance kerana musim hujan sekarang, namun semuanya selamat dan saya selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan abdul Aziz jam 12:15 malam. Bila melihat wajah2 keluarga saya, segala keletihan menjadi hilang. Tiada lagi kesusahan dan kerisauan.. ini semua berkat La Tahzan. Pelajaran penting yang saya kutip dari tribulasi ini, antaranya ialah kita kena letakkan segala keyakinan kita kepada Allah dan segala kepayahan yang kita lalui ada hikmahnya serta yang paling penting, jika kita tawakkal, bertekad jitu, maka Allah buka jalan-jalan yang kita tidak sangka. Yang paling penting pengalaman yang saya kutip ialah ketahanan jiwa untuk mencari alternatif bila kita terhalang. Setiap kali saya merasa tertekan, maka saya akan cari surau airport, solat dua rakaat dan bermunajat kepada Allah. Allah telah melimpahkan rahmatnya kepadaku.
No comments:
Post a Comment