Friday, December 7, 2012

La Tahzan 180-1: Nilai Dirimu adalah Syurga, ثَمَنُك الجنَّةُ

Sebuah syair Arab:


يقولُ للشاعرُ:
نفسْي التي تملِكُ الأشياء ذاهبةٌ   فكيف أبكي على شيءٍ إذا ذهبا
terj:
"Diriku yang memiliki segala sesuatu (di dunia) pasti akan pergi (mati);
Kerana itu kenapa harus aku tangisi sesuatu yang telah hilang?"

إنَّ الدنْيا بذهبِها وفضَّتِها ومناصبِها ودُورِها وقصورِها لا تستأهلُ قطرة دمعٍ ، فعند الترمذيِّ أنَّ الرسول - صلى الله عليه وسلم - قال: (الدنيا ملعونةٌ ، ملعونٌ ما فيها إلا ذكْر اللهِ ، وما والاه، وعالماً ومتعلَّماً)
terj:
Bahawa dunia dengan segala emas peraknya, pangkat kebesaran, bangunan dan istananya, tidaklah layak untuk ditangisi (jika ia hilang). HR at-Termizi bahawa Rasulullah saw bersabda: "Dunia itu terkutuk, semua yang ada di dalamnya adalah (juga) terkutuk, kecuali zikrullah dan apa yang semisalnya, ilmuan dan penuntut ilmu."
Takhrij:
 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمٍ الْمُكْتِبُ حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ ثَابِتٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ ثَابِتِ بْنِ ثَوْبَانَ قَال سَمِعْتُ عَطَاءَ بْنَ قُرَّةَ قَال سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ ضَمْرَةَ قَال سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَلَا إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلَّا ذِكْرُ اللَّهِ وَمَا وَالَاهُ وَعَالِمٌ أَوْ مُتَعَلِّمٌ .قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ
(TIRMIDZI - 2244) : Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Hatim Al Muktib telah menceritakan kepada kami 'Ali bin Tsabit telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Tsabit bin Tsauban berkata: Aku telah mendengar 'Atho` bin Qurroh berkata: aku telah mendengar 'Abdullah bin Dlamrah berkata: aku telah mendengar Abu Hurairah berkata: aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa salam bersabda: " Ketahuilah sesungguhnya dunia itu terlaknat dan segala isinya pun juga terlaknat, kecuali dzikir kepada Allah dan apa yang berkaitan dengannya, dan orang yang alim atau orang yang belajar." Abu Isa berkata: Hadits ini hasan gharib. (ihsan Lidwa.Ina)
Tahqiq:
Hasan gharib itu ada indikasi dha`if.
Piawaian al-Albani: hadis hasan

الراوي: أبو هريرة المحدث: الألباني - المصدر: صحيح الترمذي - الصفحة أو الرقم: 2322
خلاصة حكم المحدث:
حسن

No comments: