Tuesday, December 11, 2012

La Tahzan 180-3/akhir: Nilai Dirimu adalah Syurga, ثَمَنُك الجنَّةُ

Kata-kata  Hikmah Hasan al-Basri
ويقولُ الحسنُ البصريُّ: لا تجعلْ لنفسِك ثمناً غير الجنةِ ، فإنَّ نفْس المؤمنِ غاليةٌ، وبعضُهم يبيعها برُخْصٍ.
terj:
Hasan al-Basri (w.110H, Basrah); " Jangan sesekali meletakkan harga atas dirimu selain (harga sebuah) syurga, sebab harga diri seorang mukmin itu amat mahal sekali, meskipun banyak orang yang menjualnya dengan harga yang begitu murah."
Nota: Ya, perhatikan mat rempit dan mat motor atau mereka yang berlumba di jalanraya, nyawa mereka melayang begitu saja atau meninggalkan kesan kecelakaan jalanraya yang merubah fizikal mereka dengan kecacatan yang kekal. Lihat juga penagih dadah di lorong-lorong, nyawa mereka melayang begitu saja di hujung jarum-jarum dadah.
 إنَّ الذين ينوحون على ذهابِ أموالِهمْ وتهدُّمِ بيوتِهم واحتراقِ سياراتِهم، ولا يأسفون ويحزنون على نقْصِ إيمانِهم وعلى أخطائِهم وذنوبِهم، وتقصيرِهم في طاعةِ ربِّهمْ سوف يعلمون أنهمْ كانوا تافهين بقدْرِ ما ناحُوا على تلك، ولم يأسفوا على هذهِ ؛ لأنَّ المسألة مسألةُ قيمٍ ومُثُلٍ ومواقف ورسالةٍ
terj :
Sesungguhnya manusia  meratapi harta mereka yang hilang, rumah mereka yang musnah dan kenderaan mereka yang terbakar, namun mereka tidak merasa terkilan atau sedih lantaran merosotnya iman mereka, atas dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan yang mereka perbuat dan minimanya ketaatan mereka kpd Allah. Sungguh mereka kelak akan tahu bahawa dulu (ketika di dunia), mereka telah melakukan suatu kebodohan yang nyata: mereka meratapi sesuatu yang sepatutnya mereka tidak perlu ratapi atau tidak meratapi sesuatu yang sepatutnya mereka ratapi.
Firman Allah SWT: 
إِنَّ هَؤُلَاء يُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ وَيَذَرُونَ وَرَاءهُمْ يَوْماً ثَقِيلاً
terj:
AQS al-Insaan, 76:27 [Sesungguhnya mereka menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak mempedulikan bagaimana akan kesudahan mereka pada hari yang amat berat]
Nota: Anjakan paradigma untuk hari ini, tangisilah kualiti agama dan amal ibadah yang anda miliki, antaranya, kurangnya ilmu-ilmu agama, kurangnya zikir, kurangnya amalan yang sunat-sunat, kurangnya sedekah dan jihad. manakala itu,  tak usalah banyak bersedih dengan kekurangan harta benda di sisi anda.

No comments: