Saturday, December 8, 2012

Hijrah KSA 45: Ujian Terbesar ala La Tahzan 2

Tarikh saya berlepas dari Jizan King Abdullah Airport ke Jeddah airport  ialah 8:30 pagi 16 Oktober, utk penerbangan Sri Langkan Airlines dari Jeddah International ke KLIA. Namun pada hari 14 Okt, saya mendapat berita dukacita bahawa cuti saya tidak diluluskan oleh pejabat Vice-Rector. Saya bergegas menemui boss saya Prof Dr Muhammad Aqeel (Dekan) menceritakan saya sudah membeli tiket Jizan-KLIA dan saya akan kerugian ratusan RM jika tiket dibatalkan di saat akhir. Saya memberitahu, flight saya adalah pada lusa (16 Oktober). Beliau merasa simpati dengan saya dan beliau berjanji akan menemui Vice-Rector secepat mungkin utk membuat rayuan khas. Saya menunggu dengan debar...alhamdulillah, pada jam 2:00 ptg 15 Oktober, cuti saya diluluskan! Namun masalah besar pula menyusul iaitu "Exit Visa" yang mesti dicop oleh Pejabat Imigresen Saudi Arabia. Exit Visa diperlukan untuk keluar dari Saudi Arabia dan kembali semula.  Oleh kerana pejabat visa sudah tutup, ini bermakna saya gagal mendapat Visa Exit. Maka hancur berkecailah perancangan balik kampung saya. Maka saya menghubungi Saudi Airlines untuk membatalkan tiket Jizan-Jeddah, namun gagal menghubungi Sri Lanka Online kerana tiada maklumbalas dari pejabat Online mereka. Saya juga menghubungi isteri di Malaysia mengkhabarkan bahawa saya tak dapat baik beraya Haji di Malaysia kerana masalah cuti dan Visa. Seluruh keluarga saya merasa amat sedih dengan berita tsb. Kita merancang, namun Allah menetapkan sebaliknya. La Tahzan.
Allah izin, dua orang pegawai pentadbiran universiti, Muhammad Hindi dan Hamza kata depa akan mencuba mendapatkan exit visa pada jam 7:30  esok pagi (16 Oktober) dan saya masih berpeluang untuk pulang ke Malaysia. Namun saya beritahu mereka, saya sudah membatalkan tiket penerbangan Jizan-Jeddah (pada jam 8:30 pagi). Mereka cakap tidak mengapa kerana saya masih boleh ambil teksi atau bas ekspres Jizan-Jeddah untuk kejar penerbangan Air Sri Lanka. Kata mereka, masih ada harapan tinggi.
Maka dengan perasan berbelah bagi saya mengharapkan keajaiban pada pagi 16 Oktober. Exit Visa saya siap jam 8:30 pagi dan saya mengambil opsen yg dicadangkan oleh mereka, yakni ambil teksi dari Jizan ke Jeddah airport, perjalanan lebuhraya sejauh 650KM, penerbangan Sri Lanka di Jeddan ialah 8:50 malam. Pegawai Universiti yang namanya Hamza, menolong saya dgn menghantar ke pekan Shabia, lebih kurang 30KM dari Jizan untuk mendapatkan teksi ke Jeddah. Saya tiba di pekan Shabia pada jam 10:00 pagi.
http://www.distancesfrom.com/sa/distance-from-Jizan-to-Jeddah-Saudi-Arabia/DistanceHistory/93927.aspx

No comments: