Thursday, December 20, 2012

La Tahzan 181-3/Akhir: Cinta Sebenar, الحبُّ الحقيقيُّ

Cinta Laila Majnun vs Cintakan Allah

ما أعجب بيتين كنتُ أقرؤهما قديماً ، في ترجمةٍ لأحدِ العلماءِ ، يقول :

إذا كان حُبُّ الهائِمين من الورى  بليلى وسلمى يسلُبُ اللُّبَّ والعقْلا
فماذا عسى أن يفعل الهائِمُ الذي   سَرَى قلبُه شوقاً على العالمِ الأعلى
terj:
Sungguh indah dua bait syair yang pernah saya (Aidh al-Qarni) baca dalam sebuah biografi seorang ulama Islam:
"Jika kecintaan seseorang yang jatuh asyik kepada Laila dan Salma yang mampu melumpuhkan hati dan akalnya;
Maka apakah pula yang mampu dilakukan oleh seseorang yang amat mendalam rasa getaran cintanya kepada Dzat yang Maha Mengetahui lagi Maha Tinggi?"
Nota: Kisah cinta yang masyhur di kalangan bangsa Arab ialah kisah Laila dan Majnun, manakala di kalangan bangsa Eropah ialah Romeo dan Juliet, Antony and Cleopatra, manakala di kalangan bangsa India ialah Shah Jehan dan Mumtaz Mahal. Manakala di Malaysia ialah Uda dan Dara. Kisah cinta agung mereka begitu mengasyikkan namun, apakah cinta agung itu dapat mengalahkan cinta seorang hamba kepada Tuhannya?
Cinta agung selain kepada Allah akhirnya binasa jua 
إنَّ مجنون ليلى قتلهُ حبُّ امرأةٍ ، وقارون حبُّ مالٍ ، وفرعون حبُّ منصبٍ ، وقُتل حمزةُ وجعفرُ وحنظلةُ حبّاً لله ولرسوله ، فيا لبُعْدِ ما بين الفريقين
terj:
Kisah cinta Majnun terhadap Laila yg membuatkan Majnun terbunuh kerananya; Qarun (terbunuh) kerana cinta (obses) kepada hartabenda; Fir'aun (terbunuh) kerana cinta kepada takhta; akan tetapi terbunuhnya Hamzah (bin Abdul Mutthalib), Ja'afar (bin Abi Thalib) dan Handzalah demi cintanya kepada Allah. Alangkah jauhnya jarak yang memisahkan dua kelompok manusia ini (pencinta wanita, pencinta harta, pencinta jawatan VS pencinta Allah SWT).
Kepalsuan cinta bangsa Yahudi dan Kristian kepada Allah
وَقَالَتِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى نَحْنُ أَبْنَاء اللّهِ وَأَحِبَّاؤُهُ قُلْ فَلِمَ يُعَذِّبُكُم بِذُنُوبِكُم
terj:
AQS al-Ma'idah, 05:18 [ Orang-orang Yahudi dan Nasrani mengatakan, " Kami adalah anak-anak Allah (sons of God) dan kekasih-Nya. Katakanlah," maka, mengapa Allah menyiksa kamu kerana dosa-dosamu?
Tafsir:
Yahudi mendakwa mereka adalah anak2 Tuhan kerana mereka mendakwa Nabi Yaacob adalah anak Tuhan dan mereka semua adalah keturunan Nabi Yaacob. Manakala kaum Nasrani mendakwa Jesus adalah anak Tuhan dan mereka mendakwa beriman dengan anak Tuhan, Jesus. Tapi dalam ayat ini, Allah menempelak mereka, walaupun mereka mendakwa mereka kekasih Allah, tapi Allah menyediakan neraka jahannam untuk mereka. ini suatu penafian Allah yang telus di atas cinta palsu yahudi dan nasrani.

No comments: