Sudah lapan hari menginap di aparmen milik DHL Jizan atas ihsan staffnya, Imtiyaz. Namun berlaku sesuatu yang diluar dugaan, di mana boss DHL Jeddah akan datang membuat lawatan ke Jizan pada bila-bila masa. Maka saya terpaksa mengosongkan apartmen tersebut kerana orang luar tidak boleh menginap di apartmen milik DHL. Imtiyaz dan Asim (drebar teksi) merasa sedih ini berlaku tanpa diduga. Saya katakan "La Tahzan, bumi Allah luas". Maka saya kemaskan barang-barang saya dan bersama Asim saya menuju hotel budget Sahari yang pernah saya diami pada Jun yang lalu, di mana saya pernah duduk di hotel ini selama satu bulan sebelum pulang untuk Ramadhan dan Beraya.
Motel Sahari, downtown Jizan |
Saya akan menetap di motel ini sehingga apartment saya di Mukhattat Khamsah (area Lima) siap dalam 2 minggu lagi. Kembalinya ke motel ini adalah satu rahmat dan nostalgia juga kerana ia paling dekat dengan mesjid, restoren yang banyak, dobi dan pelbagai kemudahan spt minimarket dan kawasan shopping. Para pekerja Motel masih mengenali saya, dan mereka mencarikan saya bilik yang terbaik dan saya kasi tip SR50 kpd salah seorang pekerjanya kerana dia berjumpa boss hotel untuk mendapatkan diskaun special untuk saya.
Hari, ini 10 Oktober, saya akan pergi melihat apartment yang saya dah book di Mukhattat Khamsah, kerana tuan punya sudah call mngatakan ia 95% siap. Bila jadi menyewa di apartment tsb, maka selesailah masalah penempatan saya di Jizan.
No comments:
Post a Comment