Tempoh 10 hari menginap di resort hotel, al-Jory (atas ihsan dari Universiti) sudah tamat dan pada hari Khamis, 27 Sept saya check-out dari hotel jam 11 pagi. Buat masa ini saya masih belum menemui apartment yang sesuai, ada satu dua yang saya book, tapi masih dalam proses finishing atau penyudahan seperti kemaskini atau pendawaian elektrik.
Masalah saya skarang ialah di mana nak menginap buat sementara waktu sebelum apartment tsb siap?. Universiti Jizan tidak lagi bertanggungjawab memberi penginapan percuma kpd saya kerana saya sudah lama tiba di Jizan. Masalah utama Jizan ialah bilik hotel atau motel yg murah tidak ada, manakala apartment juga tidak banyak.
Asim Beig
Saya call teksi regular saya di Jizan untuk membantu saya check-out, nama drebarnya ialah Asim Beig warga Pakistan. Dulu, saya juga ada drebar lain bernama Said Khan Akbar Khan, juga dari Pakistan. Namun, sejak akhir-akhir ini Said Khan agak sibuk dan saya banyak bergantung kpd Asim Beig. Asim, sudah 3 tahun menetap di Jizan dan ada seorang isteri dan seorang anak lelaki, nama Asir. Saya minta dia tanya-tanyakan dengan komuniti Pakistan, kalau-kalau ada mereka ada bilik nak sewa utk 1 bulan. Pada hari Khamis 27 Sep, saya meronda satu bandar Jizan dgn Asim mencari motel murah. Namun, samada ianya mahal sangat atau penuh. Jizan antara tempat/kota termahal di Saudi Arabia kerana kekurangan bilik hotel atau penginapan (memandangkan ia bandar baru di KSA). Saya sudah risau, di manakah akan tidur pada malam ini, jam sudah pun mnunjukkan 10:00 malam. Akhirnya Asim mendapat satu idea dan membawa saya ke syarikat courier DHL Jizan menemui salah sorang staff DHL, Mohd Imtiyaz dari Bangalore, India. Ini kerana Imtiyaz menetap di apartmen dua bilik, tapi dia cuma tinggal sorang diri (Sebelum membawa teksi, Asim Beig juga kerja di DHL bersama Imtiyaz dan agak rapat dengan Imtiyaz). Mohd Imtiyaz sudah beristeri dan bercadang membawa isterinya ke Jazan selepas Raya Haji nanti. Saya bertemu dgn Imtiyaz dan Imtiyaz dengan senang hati menerima saya tinggal bersamanya selama 1 bulan. Dari pertemuan ringkas itu, saya merasakan dia mmg seorang yang baik. Apartment beliau di seksyen 5, betul2 di belakang istana Gabenur Jizan, Prince Mohammad bin Nasir bin abdul Aziz al-Saud. Saya sungguh bersyukur kerana macam mana Allah membuka pintu hati kepada dua bangsa, Pakistan dan India untuk berbuat kebaikan kepadaku dari bangsa Melayu yang tidak pernah dikenali sebelum ini? Ini semua adalah nikmat Islam dan iman dan saya betul-betul dapat rasakan kita semua 1Muslim ummah tanpa mengira warnakulit dan bangsa...Maka pada malam Jumaat itu, saya pun berpindahlah dari Resort al-Jory ke apartmen Imtiyaz. Apartmennya agak selesa, dua bilik, cuma satu bilik air, tapi lengkap dgn peti ais besar, dapur dan mesin basuh.
apartmnt milik bro Imtiyaz |
apartment kami di tingkat bawah sekali |
suasana di sekitar apartmen yg agak lengang |
No comments:
Post a Comment