Thursday, July 5, 2012

Hijrah ke KSA 39: Umrah 04

Pulang ke Jizan
Rehlah Umrah tiga sudah sampai ke penghujungnya...amat sedih kerana masih belum puas, saya rasa jangka waktu yang terbaik utk berada di Mekah paling baik ialah seminggu, saya cuma 3 hari kerana ketiadaan cuti. Namun begitu, afdhalnya sekali datang ke Mekkah, sekali sahaja Umrahnya. Tidak ada umrah berulang dari Miqat Mekah spt di Hudaibiah, Ji'ranah atau  Tana'im. Yang disunnahkan ialah perbanyakkan tawaf, ia lebih afdhal dari solat sunat tahiatul mesjid. Itulah yang saya lakukan dalam meladani amalan salafus soleh kita...org melayu kita kalau datang buat Umrah, depa akan umrah setiap hari dari Tanaim.
Close-up di dataran Tawaf
 Perbanyakkan tawaf lebih baik dari perbanyakkan umrah dalam satu perjalanan.

Projek pembesaran al-Haram di jalan mesjid Kucing
Kawasan mesjid kucing, menuju ke perkuburan Ma'la, sedang mengalami pembanguna mega. Ia bakal merubah skyline Mekkah dan merubah sistem kasta dan kelas pengunjungnya kelak.
View di hadapan Gate King Fahd

Gate King Fahd sedang diselenggara
Kisah lucu no 3: Drebar Mekah yang agresif
Saya pulang ke Jeddah sekitar jam 6:15 ptg. Kawasan mencari pengangkutan ke Jeddah airport ialah di sekitar Dar at-Tawhid Grand Continental Hotel di hadapan Gate King Fahd. Semua ada, teksi, SR 150 (direct ke Jeddah Airport), prebet sapu, van, coaster dan juga Bas. Akhirnya saya mengambil van Innova juga dgn tambang SR10 dari Mekah ke Jeddah. saya amat terkejut kerana ia begitu murah. Penumpang semua tujuh orang, saya duduk last row bersama dua bangla. Semasa dalam van, saya bertanya drebar, apakah van ini akan ke airport.  Dia habaq, tidak, ia hanya menuju pusat bandar Jeddah. saya tanya, apa ada kemungkinan dia boleh hantar saya ke airport..dia cakap boleh dgn tambang SR100. saya pun kata wow, kenapa bedza sangat, ke Jeddah cuma SR 10.00 tapi ke airport SR 100. dia jawab itu mmg standard rate dari Mekah. Maka saya pun OKla..
Kemudian, mat Bangla kat sebelah saya cakap (dalam bahasa Inggeris, sebab dia tak mahu drebar tu tahu), " kawan, saya nak ajar cara camna kamu boleh jimat wang. " camna saya tanya. Dia cakap, "awak turun kat Jeddah city centre dan selepas tu ambil teksi tempatan di Jeddah, ia cuma SR 35 sahaja satu teksi." Maka saya pun bercadang bila tiba di jeddah nanti akan ikut saranan mat bangla tadi (mat bangla ni dah lama kerja di Jeddah).
OK la, tak lama sekitar jam 7:45 malam sampailah ke Jeddah. Maka saya pun ingin turun di bandar Jeddah bersama semua penumpang yang lain, tapi tiba2 drebar arab van Innova tadi naik marah," kawan, mana boleh, you sudah janji kat Mekah tadi nak suruh saya teruskan ke airport. Kau ingat aku tak faham bahasa Inggeriska?  Bangla tadi dah ajar awak kan camna nak jimat. Di Saudi, kalau dah janji, awak kena kotakan. Kalau tidak saya akan bawa awak ke balai Polis Jeddah". saya pun terkedu, "alamak, sikit punya hal pun balai polis ka. Mintak maaflah syaikh, saya tak tahu budaya di Saudi lagi sebab saya masih baru kat sini, kalau kat negara saya, kami ada hak pengguna, jawab saya, sebagai pengguna kami ada hak utk dapat tambang lebih murah. dia jawab, kat Saudi tak ada semua hak tu, melainkan kita diikat dgn janji.
Okla saya kata, kalau SR100 tu amat bermakna buat awak, maka jomlah ke airport. sepanjang perjalanan ke airport dia meluahkan rasa marahnya kpd Bangla tadi...dia airport, dia memeluk saya dan minta halal...
Pelajaran: Kat Saudi, kita jangan terlepas cakap, sebab semua cakap kita adalah janji dan janji di negara saudi tidak boleh ditarik balik. Manaka Jeddah ke Jeddah airport ni macam KL ke Sepang KLIA sebab tu tambangnya jauh berbedza, antara Mekah-Jeddah atau Mekah-Jeddah airport. Maka next time saya dah tahu cara nak jimat tambang dari Mekah ke Jeddah airport. Tapi pengunjung dari Malaysia tidak perlu khuatir sebab semua pengangkutan mereka sudah di urus oleh Travel agent dan termasuk dalam pakej umrah. Ini utk mereka yang travel sendirian tanpa pakej.
Saya tiba di Jizan 1:30 pagi, kerana last flight Jeddah-Jizan.

2 comments:

Doc said...

Tahniah diatas keluaran buku terbaru.

Gambar kt sini: http://s10.postimage.org/44ww7gdnt/THTL.jpg

Btw, ana teringin nak pergi Makkah sekali lagi tapi kali ni tanpa travel agent..hehe.

THTL said...

TQ Doc..

Pergi sendiri tanpa travel agent lebih adventureous...hehehe

kalau tidak kita manja aje dgn travel agent dan kita tak dapat rasa budaya bangsa arab kat sana..