Tuesday, July 24, 2012

La Tahzan 173-3/akhir: Ilmu yang Bermanfaat vs Ilmu yang Berbahaya, العِلْمُ النافعُ والعلمُ الضَّارّ

Gedung Ilmu di Library of Congress, USA
رأيتُ مئاتِ الألوفِ من الكتبِ الهائلةِ المذهلةِ في مكتبةِ الكونجرس بواشنطن، في كلِّ فنٍّ ، وفي كلِّ تخصُّصٍ، عنْ كلِّ جيلٍ وشعبٍ وأُمةٍ وحضارةٍ وثقافةٍ، ولكنَّ الأمة التي تحتضنُ هذه المكتبة العظمى، أُمَّةٌ كافرةٌ بربِّها، إنها لا تعلمُ إلا العالم المنظور المشهود، وأمّا ما وراء ذلك فلا سمْع ولا بَصَرَ ولا قلْبَ ولا وَعْيَ
terj: (al-Qarni mengulas akan lawatannya ke Perpustakaan Terbesar dunia, Library of Congress di Washington DC, USA). Aku melihat begitu banyak buku, ribuan, malah mungkin jutaan naskhah (* jumlah sebenar ialah 33 juta naskhah, wikipedia) yang merangkumi pelbagai jodol dalam apa jua bidang dan genre semuanya ada di sana. Namun, umat yang memiliki gedung ilmu sebesar  itu adalah umat yang kafir terhadap Allah. Mereka hanya mengetahui ilmu zahir sahaja tapi buta akan apa yang ghaib (akhirat). Tempelak Allah SWT:
وَجَعَلْنَا لَهُمْ سَمْعاً وَأَبْصَاراً وَأَفْئِدَةً فَمَا أَغْنَى عَنْهُمْ سَمْعُهُمْ وَلَا أَبْصَارُهُمْ وَلَا أَفْئِدَتُهُم مِّن شَيْءٍ
AQS al-Ahqaf, 46:26 [dan Kami telah memberikan kepada mereka pendengaran, penglihatan dan hati; tetapi pendengaran, penglihatan dan hati mereka itu tidak berguna sedikit juapun bagi mereka]
Nota: Ini menggambarkan tragedi umat Amerika, walaupun sebuah umat yang maju, memiliki universiti2 terbaik dunia dan perpustakaan terbesar dunia dengan 33 juta naskhah, tapi mereka adalah sebuah tamaddun yang kufur akan Tuhan dan ia dibina di atas material semata-mata tanpa ada ruh akhirat.
Penutup: sebuah madah dari al-Qarni
 إن الرَّوضَ أخْضَرُ، ولكنَّ العنْزَ مريضةٌ، وإنَّ التَّمْرَ مقفزيٌّ، ولكنّ البُخل مرْوزِيٌّ، وإن الماء عذْبٌ زُلالٌ، ولكن في الفم مرارةً
ter: sebuah taman nan hijau, tapi kambing di dalamnya sakit; buah kurma yang begitu lazat, namun kebakhilan masih mengekang, air yang sangat segar, namun terasa pahit di mulut.
Nota: walaupun ada ilmu yang banyak tapi pemilik ilmu tidak meraih manfaat sebenar ilmu itu sendiri.
كَمْ آتَيْنَاهُم مِّنْ آيَةٍ بَيِّنَةٍ 
AQS al-Baqarah, 2:211 [Berapa banyaknya tanda-tanda (kebenaran)  yang nyata]
 وَمَا تَأْتِيهِم مِّنْ آيَةٍ مِّنْ آيَاتِ رَبِّهِمْ إِلاَّ كَانُواْ عَنْهَا مُعْرِضِينَ
AQS al-An'am, 06:04 [Dan tidak ada suatu ayatpun dari ayat-ayat Tuhan sampai kepada mereka, melainkan mereka selalu berpaling dari padanya (mendustakannya)].
 

No comments: