Peristiwa lucu yg kedua:
Lunch pertama saya di Mekah, saya bertanyakan receptionist apartment India, di mana saya boleh dapatkan nasi berdekatan? Maka dia pun kasi tahulah, keluar hotel, ambil kiri, jalan 500 meter, belok kiri, maka nampaklah restoren tsb, restoren pakistan.
Saya pun mintaklah dari cashier "ruz ma`a dajjaj" (nasi + chicken), dia pun tanya ayam panggang (roasted) atau grill, maka saya cakap grilled. bila saya bawa balik hotel dan dalam keadaan 12 jam tak jumpa nasi, (harga, satu pack, SR 13.00); bawa naik hotel, bila buka nak santap, nasi saja, ayamnya tak ada, saya ingat, ayam dah ada dalam plastik. So, terpaksalah pakai balik jubah, turun semula (saya duk tingkat 6) dan bergegas ke restoren tsb, tanya mana ayam? dia selamba cakap, ayam kena ambik kat tempat ayam. saya nampak kitchen depa macam ada link rupanya, tidak, bahagian nasi dan roti, cuma kasi nasi dan roti, bahagian ayam, ayam sahaja...rasanya ramai org first time akan terkena macam saya....hehehe
|
kedamaia melihat merpati Mekah |
Burung merpati yg jumlahnya ribuan di sekitar Makkah, hati2 nanti kena tahinya...
seni bina Ottoman turks masih utuh dan terpelihara, dalam Mesjidil-Haram
|
posing di rooftop mesjid al-haram |
Sebelah malam, saya memilih solat di rooftop atau atas bumbung utk melihat keindahan kaabah dari atas..
|
Hilton clock towel |
|
bumbung Kaabah |
|
ruangan saiy antara safa dan marwah yang semakin selesa dan lapang |
Ibadah Sa`iy (antara bukit safa dan marwah) yg tidak sesak lagi, 4 tingkat, plus basement.
No comments:
Post a Comment