محبَّةُ للناسِ موهبةٌ ربَّانيَّةٌ، وعطاءٌ مباركٌ من الفتَّاحِ العليمِ
terj: menyintai manusia (senang berbuat kebaktian) merupakan suatu anugrah Tuhan.
Ibn Abbas ra ketika menceritakan tentang anugrah Allah ke atasnya, bahawa dalam diri beliau ada tiga keistimewaan:
يقول ابنُ عباسٍ متحدِّثاً بنعمةِ اللهِ عزَّ وجلَّ: فيَّ ثلاثُ خصالٍ: ما نزل غيثٌ بأرضٍ، إلاَّ حمدتُ الله وسُررتُ بذلك ، وليس لي فيها شاةٌ ولا بعير. ولا سمعتُ بقاضٍ عادلٍ، إلاَّ دعوتُ الله له، وليس عنده لي قضيَّةٌ. ولا عَرَفتُ آيةً منْ كتابِ اللهِ، إلاَّ ودِدتُ أنَّ الناس يعرفون منها ما أعرفُ
terj: Tiga kualiti unik Ibn Abbas:- Ketika turunnya hujan, aku pasti memuji akan Allah dan merasa gembira walaupun aku tidak memiliki ternakan kambing atau unta;
- ketika aku mendengar seorang Hakim yang adil (dalam memutuskan kes), pasti aku akan mendoakan untuknya walaupun aku tak pernah ada kes yang perlu dia hakimi;
- dan tidaklah ketika aku memahami suatu ayat dalam Kitabullah, melainkan aku berharap sangat orang lain turut mengetahui maksud ayat tsb sebagaimana aku memahaminya.
No comments:
Post a Comment