Mencari tempat menginap:
Selepas merdeka dari Ihram dan selepas berehat seketika, dalam jam 7:30 pagi, Khamis, saya keluar meronda-ronda utk mencari hotel secara walk-in. Ini kerana saya perlu mandi dan tidur secara proper. Saya menjengok ke tandas awam bawah tanah mesjidil haram, mmg ramai orang dan kena que utk menggunakan bilik air dan shower.
Saya keluar meninjau melalui pintu King Abdul Aziz (kawasan Hilton Tower Clock).. hotel pertama yang saya tanya kadar satu bilik sehari ialah SR 450. saya pergi ke hotel seterusnya semua dalam kadar SR400 sehari. Akhirnya dalam keadaan hampir kecewa, saya tidak putus-putus berdoa kepada Ilahi agar memberi perlindungan kepadaku...maka terpandanglah saya kepada apartment milik Yayasan Tabung Haji India. Maka saya memberanikan diri dan masuk bertanya, alhamdulillah, penjaga apartment tsb menyatakan ada kosong, pada kadar SR100 sehari. Maka duduklah saya dengan komuniti India yang kebanyakannya bercakap bahasa urdu dan Hindi. Penjaga apartment kata, apartment ni mmg khusus kpd warga India ketika musim Haji tapi di luar musim haji mmg depa akan sewakan. Saya pun tanpa melengahkan masa, segera mengambilnya kerana ia cuma lima minit sahaja dengan mesjidil haram. Ini suatu rezki yang tidak disangka-sangka. Biliknya besar, dalamnya ada tiga katil. Saya menjangkakan, tak lama lagi apartment inipun akan dirobohkan untuk didirikan hotel 6 bintang. Wallahi, selesai masalah penginapan saya dgn harga yang amat murah ketika musim Umrah yang amat sibuk (umrah musim panas). Ia di laluan utama ke mesjidil Haram, maka segala kemudahan ada, bazaar shopping, kedai makan dan kedai runcit.
Ramainya manusia
|
suasana selepas solat Zuhur, King Abd Aziz gate |
|
lagi suasana selepas solat Zuhur di King abd Aziz gate |
Peristiwa lucu yang pertama: hilang selipar sebanyak 3X
Walaupun saya sudah ada pengalaman mengenai selipar hilang ketika 6 tahun yang dulu, kali ini saya merasa yakin selipar saya tidak akan hilang dengan tektik menyimpan selipar di rak menyimpan kasut yang berlainan. Di dalam mesjid al-Haram, mmg disediakan rak2 menyimpan kasut dan setiap rak ada nombor. Teknik saya ialah, sebelah selipar, saya simpan di rak no 218, sebelah lagi saya simpan di rak no 219. hari pertama, tektik itu menjadi, selipar saya tak hilang. Tapi pada hari kedua, tektik yang sama, saya dapati selipar saya hilang! Mmg kena diambil orang yg mmg profesional. Maka apa lagi keluar mesjid berkaki ayamlaa...sebaik saja saya keluar dari gate King Abd Aziz, perempuan kulit hitam datang, cakap Melayu lagi, "selipar bang", selipar jepun dan terbang SR 5. Selipar yang hilang adalah selipar berjenama mahal yang saya bawa dari Malaysia. Maka saya yakin, dengan selipar Jepun, tak ada lagi masalah kecurian...saya masih menggunakan tektik yang sama, sebelah kanan selipar jepun saya letak di rak no 78, sebelah kiri letak di rak no 79. Apa yang mengejutkan, selipar jepun SR5 pun hilang juga...lagi sekali saya berkaki ayam, tapi kali ni ialah selepas waktu Jumaat, dan jalan amat panas, kaki saya hampir melecur..sebaik saja keluar dari gate besar mesjid, pekerja penyelenggara mesjidil Haram (Bangla) mendekati saya, "mahu selipar second-hand?" cakap melayu lagi..hehehe, macam tau je. Rupanya mat bangla ni ada satu karung selipar yg dipungutnya di kawasan mesjidil haram, dia re-cycle dgn menjualnya semula...hahaha
Maka saya belilah selipar re-cycle (yg dah season) dgn harga SR 5... Lepas tu, masuk solat lagi, guna tektik yang sama, sebelah kanan letak kat rak 80 satu lagi saya letak rak 85, jauh sikit, dgn keyakinan, tak akan kena curi lagi sebab selipar re-cond. Tapi masyaAllah, keluar solat, mmg hilang lagi...saya pun berfikir, macam mana aku boleh kena sampai tiga kali...saya tergelak kesaorangan, maka nampaknya teknik yg paling baik ialah bawalah selipar anda kemana saja anda berada dalam Mesjidil Haram, itulah antara harta paling berharga...selipar anda...jika anda simpan di rak, apa jua tektik sekalipun ia tetap akan hilang jua...saya dok pikir inilah keadaan umat Islam, selipar pun masih belum mampu nak beli...hatta di mesjid paling mulia, selipar menjadi benda yang paling utama yg kena kebas...macam mana kita nak maju...aduhai umat Islam.
|
suasana meriah di luar pintu mesjid |
|
inilah suasana tawaf 24 jam, kesesakannya sama saja |
|
suasana berhempas pulas di Hajarul Aswad |
7 comments:
Asalamualaikum!
Macam mana nak contact Yayasan Tabung Haji India? Ada no. tel?
wsm,
alamak, saya tak ambilla ph no dia...tapi rasanya macam susah nak deal over the phone, kena walk-in dan bayar baru dulu baru depa layan...
senang aje, keluar Gate King abdul Aziz, ada tiga pilihan, kanan, kiri atau straight..
ambil kiri, jalan 700 meter. jumpalah apartment tu, 6 tingkat.
patutunya seorang Muslim tak jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali.ehehe.. :D
itulah pasal. kehilangan selipar pertama tu terasa jugaklah, tapi kehilangan selipar jepun dan selipar re-cond tu membuka mata saya, macam ada sindiket pencurian selipar di mesjidil haram..ia macam experimentlaa..Maka dapatlah saya nasihat kpd yg pertama kali nak ke Mekah, bawalah selipar bersama anda sepanjang masa dlm mesjid. macam saya tak apa, saya tahu nak dapatkan selipar kat mana...hehehe
cuma next time, saya pun dah serik, akan bawa selipar sepanjang masa di Haram. sebab tu Tabung Haji mmg kasi bag selipar khas
Alhamdulillah, ana sewaktu kat sana tidak hilang sepatu Croc ana. Taktiknya, ana akan masuk ikut pintu King Fahd yang underground ber aircond dan ana letak dekat rak kat situ. Lepas tu ana pergi solat depan kaabah atau kat area lain2. So, bila nak balik ana akan masuk balik ke underground utk amik sepatu tu.
Rasanya bukan sindiket tetapi orang2 yang dah terdesak kehilangan selipar diorang lalu di'pau' selipar orang lain. Kalau sindiket, mmg kasut Croc ana kena pau sebab kdg2 ana tak letak dlm karung/plastik & main letak kt rak tu jer.
Ana pakai selipar jepun masa buat umrah jer, yakni 1 kali. Selainnya selama 7 hari solat 5 waktu di Haram, ana pakai Croc tu.
doc,
ana masuk ikut Gate King Abd Aziz. Gate Malik Fahd bersetentangla..tapi basement dia tutup mungkin tengah up-grading works atau ramai sangat yg tido kat situ...hehehe
tapi masalah selipar ni, nasihat saya, kena bawa setiap masa...letak kat kita solat, itu 90% x hilang.
Post a Comment