Perjalanan Umrah Jizan-Mekkah.
Ujian Pertama:
Kebiasaan harga tiket pergi-balik Jazan-Jeddah (penerbangan 1 jam 15 minit) ialah SR 400. Tapi tanpa disangka-sangka, harganya melonjak ke SR 700 kerana musim cuti musim panas di Saudi. Saya menggunakan syarikat penerbangan tambang murah pertama Saudi, NAS Air.
Ujian kedua:
Pada hari penerbangan saya membuka bagasi besar saya untuk mencari kain Ihram. Saya ingin mencuba cara memakainya kerana dah 6 tahun saya tak memakainya. Saya terkejut kerana ianya hanya ada sehelai sahaja (kain ihram ni sepatutnya sepasang). Lalu saya SMS kpd isteri di Malaysia, bertanya kenapa kain ihram saya hanya ada sehelai. Beliau menjawab, "semasa I pack dulu kan saya dah tanya u, kain Ihram ni nak bawa berapa, u jawab 1 sahaja sebab tak mahu memberatkan luggage." saya balas balik," yang, maksud 1 tu, ialah 1 pair bukan 1 helai, kain Ihram ni mana ada org jual satu helai. "sabor ajela....hehehe
Maknanya, ujian seterus ialah samada kena bergegas ke Bazar Suq Dakhili atau Bazaar Yemen atau last option, beli di airport Jizan. Mulanya saya dah panik sebab saya tersilap membaca waktu flight, saya ingatkan flight saya 8:30 mlm, rupanya, jam 10:30 malam. Sebab waktu flight menggunakan 24 hour format.
Maka saya ada masa lagi, lalu ambil teksi dan bergegas ke pasar Yaman utk mencari kain ihram. Alhamdulillah, jumpa dan harganya SR50 (made in KSA).. Selepas solat Maghrib, saya mandi, pakai pakaian ihram dan solat sunat Ihram dua rakaat. Saya ke airport menggunakan teksi biasa saya, milik warga pakistan, Saeed Khan Akbar Khan. Flight NAS air menggunakan kapalterbang Embrae (tak pernah dengar nama pesawat ini (biasanya Boeing atau airbus) dan ketika pilot mengumumkan sekarang dah melepasi Miqat (Yalamlam adalah miqat makani utk kawasan Selatan KSA), maka saya pun berniat dan bertalbiah sebanyaknya...
Sampai di airport Jeddah jam 12:00 malam. Sebaik saya keluar airport, ulat teksi dan prebet sapu menyerbu saya kerana bila mereka tengok kita dalam pakaian Ihram, maka ini pasti nak ke Mekah. Saya memilih prebet sapu yang ada van sebab naik secara jamaah lebih murah, tapi kerana dah midnight, maka saya kena caj kadar midnight caj, yaitu SR100 dgn Van Innova Toyota 2.7 liter. Kesemua penumpang ialah 7 orang dari pelbagai bangsa. Saya tak banyak sembang, melainkan cuba tidur utk bersiap sedia mengerjakan umrah awal pagi. Perjalanan lancar dan dalam dua jam sudah sampai di kota Makkah kerana pemandu memandu macam juara Rally...maka sukar utk melelapkan mata. Kemeriahan dan kegermelapan kota Mekah sudah dapat dirasakan.
Walaupun jam 2 pagi, benar seperti yg dikatakan, Mecca never sleeps (Mekah tidak pernah tidur), orang ramai berligar di pekarangan mesjid seperti suasana siang hari. Oleh kerana saya tidak menempah hotel, maka saya terus ke Locker Room yang disediakan di sekitar al-Haram utk menyimpan beg saya, sewanya SR 5 utk 5 jam.
Saya mengambil wudhu' dan terus mengerjakan Tawaf, keadaan jam 2 pagi penuh sesak dgn orang ramai...pada pusingan yang ke 4, entah macam mana saya berada betul-betul di hadapan Hajarul Aswad, namun ditolak oleh ombak manusia, gagal menciumnya tapi saya sempat bergayut di Multazam (pintu Kaabah), itulah yang paling hampir saya dgn Kaaba, selepas itu tak dapat lagi menghampirinya.
Jam 2:45 pagi, saya memulakan Sa'iy pula antara Safa dan Marwah. Sa'iy lebih mencabar dari Tawaf. Tapi jam 3:45, kesemuanya selesai 7 pusingan Tawaf dan 7 pusingan Sa'iy dan saya ingin keluar dari ihram dgn bercukur, tapi tempat gunting yang kebiasaannya ada di Marwah, sudah hilang kerana projek pembesaran al-Haram...maka saya batalkan hasrat itu kerana azan pertama sudah berkumandang, lalu saya solat dan membaca al-Qur'an hingga solat Subuh (dlm keadaan Ihram), solat subuh masuk jam 4:15 dan solat jam 4:35 pagi (sayang sekali suara syaikh al-Sudais kegemaran saya sudah tiada lagi). Selepas solat Subuh, saya keluar mencari tempat bercukur utk keluar dari keadaan Ihram. Kena jalan kaki 700 meter (dr mesjid), barulah jumpa kedai gunting dan selepas bercukur, maka saya pun merdeka. Kos bercukur ialah SR10. Alhmudillah selesailah Umrah.
Sempat menegur sapa beberapa jamaah umrah Malaysia yang berselisih, namun tak ada yang saya kenal. Tamat bahagian umrah, objektif utama saya ke Mekkah sudah tercapai, alhamdulillah.
Flashback
Kali terakhir saya berada di Tanah Suci Makkah al-Mukarramah ialah Januari 2007. Enam tahun berlalu dan kini saya berpeluang pula menjejakinya semula dan saya mendapat kezutan yg besar dengan perubahan mendadak di sekitar kompleks al-Haram yang baru dinaiktaraf sebagai i-City atau Mecca i-City project yang baru dilancarkan bulan lepas. Segala bangunan yang saya familiar dahulu, yaitu jalan Zeng (bazar rakyat atau zinc) atau bazaar mesjid Kucing sudah ghaib. Kesemua sudah dirobohkan dan mega kompleks sedang didirikan.
Keadaan di dataran Tawaf |
Inilah panorama di sekeliling al-Haram, hotel-hotel mega bertaraf 5 dan 6 bintang seperti: Hilton, Sheraton, Hyatt, Intercontinental, Pullman, Fairmont, Raffles, dsbnya, semua milik kapitalis Barat yang rasanya mengaliba-babakan warga Saudi. Memang menyedihkan kenapa ini semua boleh berlaku...
al-Haram tenggelam dengan bangunan mega |
Saya menjangkakan 3-4 tahun lagi kesemua hotel yang mengelilingi mesjidil Haram semuanya bertaraf 5-6 bintang dan 50m-300 meter hotel dari al-Haram adalah utk mereka yang berduit sahaja dan akan berlakukan perbedzaan kelas antara orang Islam. Orang miskin kemungkinan akan berjalan kaki minima 1 KM utk menginap di hotel 1-2 bintang. Hotel2 mewah disekitar al-Haram adalah untuk golongan hartawan sahaja.
Posing di beranda Tawaf |
Cabaran seterusnya: Mencari hotel budget secara walk-in...
4 comments:
haish....memang USA tembus KSA sikit2 daa...
Assalamualaikum Sheikh,
Memang banyak perubahan, ana pergi dulu 9 tahun yang lepas, hotel yg ana duduk pun telah diruntuhkan. Betul jugak mcm enta cakap, seakan2 pembahagian darjat... yang miskin duduk jauh, yang kaya duduk dekat.. Allahu a'lam.
Eh, tapi kan, yang miskin duduk lagi dekat sebab depa tidur kat aircond underground masjidil haram tu.. ehehe.
Doc,
mmg betul ler, ana nampak segenap ruang penuh dgn orang tidur bergelimpangan..nak cari tempat solat pun susah...selepas zuhur sampai waktu asar, mmg segenap ruang di kawasan air-cond bergelimpangan dgn orang tidur...
Nampaknya orang kurang pendapatan akan menjadikan mesjidla sbg tempat tidur...tapi laun Polis mesjid akan menguatkuasakan Larangan X dibenarkan Tidur dalam mesjid...
Post a Comment