Wednesday, November 23, 2011

Travelog USA 12: Ketibaan Aaron

Tanpa disangka-sangka, aku mendapat panggilan telefon dari Kepimpinan Usrah Malaysia, bahawa aku akan menerima pembantu kanan. Seorang orangkuat kumpulan Usrah UD dari UKM akan tiba untuk melanjutkan pelajarannya di Kalamazoo dalam jurusan Sains Komputer. Nama beliau ialah KM, sekarang profesor madya di UiTM shah alam. Aku difahamkan dia menerima tarbiyah di UKM Bangi.

Beliau tiba di lapangan terbang Kalamazoo dan aku menyambutnya, pertama kali aku bertemu dengannya. Orangnya sangat hensem, berkulit putih dan berasal dari Pahang. Masih single dan selepas itu ku dapat tahu dia memiliki tunang di UKM.

Dia menyatakan, beliau adalah laksana Nabi Harun datang membantu thtl, yg beliau anggap seperti Musa. Maka aku cakap, alhamdulillah! Memang aku merasa amat berat sekali memimpin IM USA dan memerlukan seorang pembantu. Maka dengan izin Allah, telah diutus seorang pembantu khas yang memiliki fikrah yg mantop dan aku amat senang dengan perwatakannya yg serius, tenang dan pendiam.

Aku menempatkan KM bersama ku dan beliau tinggal sebilik denganku dan brothers MISG (teman se apartment) (MISG=malaysian Islamic study group) tiada masalah menerima seorang lagi penghuni tambahan.

Setelah KM settled down dgn pendaftaran kuliah dan menbeli beberapa barang keperluan,
Aku membawa KM menyertai usrah mingguan MISG. Dalam usrah bersama MISG, setiap kali KM bercakap, brothers MISG akan tercengang dan mereka mulai mengesan bahawa KM dan thtl ni bukanlah brothers yg sealiran dengan mereka. Fikrah KM ni agak flet dan keras, kerana aku dapat tahu Naqeeb Lembah Kelang yg dikenali dgn CD, mmg keras dan strict tarbiyanya. sedangkan aku yg menerima tarbiyah dari Perlis, mmg terkenal dengan kelembutan dan lebih relax pendekatannya. Maka kepimpinan MISG membuat keputusan aku dan KM tidak boleh lagi menyertai usrah mereka, mereka bimbang warga MISG kalamazoo akan terpengaruh dgn pembawakan kami berdua. Kami akur dgn keputusan tersebut.

Tugas utama KM ialah mengendalikan usrah2  seluruh USA menggunakan talian telefon. sistem telefon USA yg canggih di mana sistem panggilan multi-party atau membuat hubungan talian serentak utk beberapa lokasi memungkinan program usrah mingguan dijalankan melalui talian telefon. Maka KM aku amanahkah mengendalikan usrah2 ke seluruh amerika, secara langsung ke Los Angeles, New haven di connecticut, Montana, North Carolina, Iowa dan Nebraska Lincoln. Brothers MISG agak kehairanan dengan usrah melalui telefon ni kerana mereka tidak pernah menggunakan teknologi tsb sebelum ni dan begitu juga dgn peningkatan mendadak bill telefon untuk apartment kami, namun, kami membiayainya kerana bill telefon adalah bil terperinci.

Usrah melalui telefon ini mengundang bala. Kerana ia sudah dikesan oleh FBI. FBI adalah badan perisikan Polis Kebangsaan USA bahagian teroris.


Ikuti bagaimana KM ditangkap oleh FBI dan dibawa ke FBI HQ di Chicago, 6 jam perjalanan kereta dari Kalamazoo.

6 comments:

Anonymous said...

Dari dulu sampai sekarang isi blog ni yg paling ana suka adalah travelog

THTL said...

ini real story, bakal dinovelkan, saya cuma kasi preview, alaf 21 dah book utk dibukukan...ini pengalaman hidup dalam madrasah albanna atau muslim brotherhood

mr Alien said...

THTL dah bukukan jgn lupa bgtau kat sini, mudah nak cari n beli :)

Mazni Azmi said...

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Menarik2. Teruskan berkarya.

Anonymous said...

Semoga tuan hasan boleh sertakan sekali travelog ini sampai la masa indimaj 1990.

Secara jujurnya, ramai sngat generasi muda nak tahu versi cerita tu.

Banyak daripada email yang saya dapat, pemuda2 ikhlas ini ingin tahu sejarah dan apa yang berlaku pada 1990an itu.

Semoga dengan sejarah yang betul, mereka dapat tahu hakikat sebenar kenapa IM di Malaysia berbeza dan banyak sekali kumpulannya.

yat said...

thtl...cepat sikit tulias buku tu kasi siap, hehe....ana pressure nak baca...