Tuesday, November 22, 2011

Ta`bir Mimpi

salam,

Siapa juga ada kemusykilan mimpi boleh ajukan kat sini, saya cuba menta`birnya berdasarkan beberapa encyclopedia Mimpi spt Ibn Qutaibah dan Muhammad bin Sereen

26 comments:

Abu_Zubair said...

dari thread tafsir mimpi AFN
penyoal : qian
Salam,

nak tanya kalau2 ada tafsirannya..

saya tertidur dlm pukul 3:30 ptg, tak pasti sama ada sebelum atau lepas asar..
saya mimpi melihat salji turun di belakang rumah tapi hujan bila toleh ke sisi lain
..hujan dan saliji ni serentak..

terima kasih..

Abu_Zubair said...

Penyoal: albahr

Saya nak tumpang bertanya jugaklah pasal mimpi di sini.

Mimpi saya :-
Berkaitan dengan pengurusan di tempat kerja saya. Yang peliknya mesti ada seorang kawan sekerja bangsa cina (female) dalam mimpi saya tu. Dia tak kamceng dengan saya tapi kami selalu berurusan sbb di HQ saya di branch. Mimpi berkaitan tempat saya bekerja mmg byk kali saya alami dan tiap kali itu juga kawan bangsa cina saya tu mesti ada.

THTL said...

mimpi hujan atau salji yg menimpa rumah kita sahaja bermaksud yg tidak baik, tapi kalau hujan atau salji yg menimpa satu kampung bermaksud rahmat..
Jika ia hanya di belakang rumah saja, bermaksud ahli keluarga perempuan kita. Mintaklah Allah jauhkan dari musibah. (abu sa3id al-Wa3idz, Muntakhab al-Kalam dari Ibn Sirien)

THTL said...

Mimpi al-bahr tu tidaklah mimpi yg signifikan, maksudnya ia adalah mimpi biasa kerana bila kita selalu interaksi dgn seseorang, dan wajah dia asyik masuk ke dalam mimpi kita, ia hanyalah mimpi mainan tidur sahaja. Tidak ada takwil.
mimpi ni simbol2.

minqalbi said...

terima kasih ustaz thtl..

Fairul said...

Assalamu'alaikum Wrmbth Syeikh THTL,
Isteri saya kurang tenteram beberapa hari ini dan baisanya gerak hatinya tepat. Selepas saya selidik, beberapa hari lepas (selepas waktu haji) dia bermimpi melihat keadaan orang yang ramai di kaabah sedang memakai ihram.

Tiba-tiba terdengar laungan suara kuat "Siapa yang rela pergi berjihad" ramai yang menyahut seruan dan meninggal. Hanya orang yang tidak menyahut yang hidup. Dalam mimpi tersebut isteri saya hanya pemerhati dari udara dan tidak terlibat.
Jazakallah

Abu_Zubair said...

penyoal: albahr

Mimpi ini adalah dari kawan saya tentang saya. Sudah lama mimpinya ini. Katanya dia bermimpi saya beli kereta baru warna hijau. Saiznya lebih kurang pesona. Apa maksudnya itu.

Juga jawapan THTL dalam tafsir mimpi pertama saya tadi ada cakap mimpi itu ada simbol2, simbol apa yang dimaksudkan tu?

THTL said...

al-bahr,
simbol kereta ni dalam kitab2 mimpi memang tak aderlah sebab kereta ni baru muncul. cuma di zaman dahulu, ia ada kaitan dgn keldai, kuda, unta dan kapal laut. itu adalah mode transport zaman tsb, itulah yg ada dalam kitab2 mimpi. Jadi saya x berani nak takwil kereta hijau ni apa dia. mintak maaf.

2. mimpi dalam bentuk simbol ni maksudnya spt yg sebutkan tula..keldai, kuda, unta, ia adalah simbol dan haiwan2 ni boleh membawa kpd maksud mimpi. Tapi kalau kita kerja dgn seorang boss China dan boss China ni asyik masuk je dalam mimpi kita, ia bukan simbol tapi objek yg ujud dalam real life, maksudnya, Boss China ni mmg ujud dan dia boss anda, jika dia masuk dalam mimpi anda, maka ia bukan simbol tapi objek sebenar.

THTL said...

said,

kalau melihat org di Kaabah sedang pakai ihram, kemudian melihat seruan jihad, tapi dia dok melayang di langit, maksudnya dia ni duduk atas pagar dan tidak bersama dgn kebaikan.
Mimpi yg bagus ialah dia sendiri melihat Kaabah dan dia yg pakai ihram..bila ada seruan jihad, dia menyertainya, kalau sekadar melihat saja, maksudnya dia melihat kebaikan tapi dia tidak mahu menyertainya...

THTL said...

silap pulak, tadbir mimpi di kaabah tu adalah utk isteri bro Fairul..

Fairul said...

Terima kasih Sheikh THTL. Insyaallah jumpa di Al Fawatih sabtu ni.

THTL said...

fairul, enta a bisnes kat xinjiang juga?

Fairul said...

Saja nak belajar. Nak tahu juga apa yang syarikat saya boleh manfaatkan dari barang-barang dicina

EV CLOTHES (pemborong pakaian) said...

ASSALAMUALAIKUM,
baru2 ni bermimpi bertemu guru ngaji sy (yg sudah dekat setahun tidak berjumpa).dia berpesan didalam mimpi spya masuk pondok dr.basit dan berpesan suruh jadi warak.

THTL said...

ev,
Itu maksud EV kena ngaji kitab pulak selepas tamat Uloom Qur'an. setahun tanpa guru tu maksudnya setahun dah kerugian, maksud ditunjukkan dr basit, supaya cari mursyid yg semisal dr basit...

EV CLOTHES (pemborong pakaian) said...

jazakallahu khairan ya sheikh.mmg ms bangun dari tidur tu,ada rasa touching skit.bile baca komen anta,nak menitis air mata rasa.rindukan guru ana + terkenang diri yg semakin lalai ketika ini.

PAKLONG said...

salam...

saya pernah bermimpi bertemu dengan suara yang mengajak saya pergi ke satu tempat sampai dihujung jalan tersebut dia mengarahkan saya lihat ke atas langit...dan saya terlihat sebuah mahligai yg sangat indah warna kubahnya kehijauan zamrud dengan kerdipan lampu hiasan disekkeliling nya..

suara tersebut berkata...."INILAH TEMPAT BALASAN YANG ALLAH SEDIAKAN DI DALAM SYURGA BAGI ORANG2 YANG BERHATI MULIA YANG SEDIA MEMBALAS KEJAHATAN ORANG PADA DIRINYA DENGAN KEBAIKAN ( KEMAAFAN )."

LALU SAYA BERTANYA LAGI, WAHAI SUARA YANG MULIA BOLEHKAH AKU INGIN MASUK SEKEJAP MELIHAT DI DALAM TEMPAT TERSEBUT...

SUARA ITU BERKATA, KAMU TIDAK BOLEH MASUK LAGI SEBAB BELUM SAMPAI MASANYA LAGI DAN KAMU KENA BALIK DAHULU...TERUS SAYA TERJAGA...

BOLEH SAYA TAHU APAKAH MAKSUD MIMPI TERSEBUT...

PAKLONG said...

mimpi kedua berlaku pada malam ke 16 nuzul quran bulan ramadan jugak tetapi tahun 2003....selepas selesai membaca alquran pada malam tersebut, saya pun meminta izin tidur berasingan dengan isteri....dalam mimpi tersebut saya dibawa ke suatu tempat yang tidak pernah saya pergi...iaitu sebuah jambatan berwarna putih yang sangat kecil ada 5 selekoh yang perlu dilalui oleh semua orang.

saya lihat ramai orang dengan berbagai ragam berjalan di atas jalan tersebut (saya teringat seperti titian sirat berwarna putih) merentangi kawah api dibawanya merentangi di hujungnya ialah mahkamah keadilan...sementara menunggu giliran saya berjalan atas jalan tersebut,saya didatangi seorang lelaki tua sambil meghulurkan saya sedkit makanan sebagai bekalan dalam perjalan yg jauh nanti dan terus berlalu dan hilang...sampai giliran saya saya secara automatik bergerak ..sambil dlm hati dengan debaran hati yg sangat takut tergelincir ke jurang dibawahnya, saya pasrah dan memijak kaki dengan mengucap 2 kalimah sayahadah dn baca apa yg saya pernah belajar...terus saya sampai dipertengahan jalan tersebut dengan pantas...sampai di pertengahan saya didatangi orang tua tadi meminta kembali makanan yang diberi di permulaan tdi, tanpa banyak bicara saya terus beri semua makanan tersebut dengan harapan akan dpt lagi di penghujung jalan itu...pendek cerita saya selamat sampai seberang titian sirat dan berada di sebuah mahkamah keadilan......debaran hati dn jantung saya semakin kencang menanti perbicaraan seterusnya....

tuan syiekh apakah tadbir mimpi ini...

THTL said...

kena pindah soalan2 ni ke Forum kot..kat sini utk yg ringkas2 je

SalamAlaik said...

Salam, saya baru berpindah ke tempat kerja baru, saya terlihat seorang wanita yg muslimah yg agk distinguished perwatakannya berbanding ramai. Selepas melakukan background check (google, tny member), saya sering teringat, dan terbawa2 sampai mimpi. tapi saya agak kuat memerangi perasaan ini, dan selalu memohon petunjuk Allah, tapi malam tadi mimpi tentang dia hadir lagi. Biasa mimpi ni sebelum subuh. apa tandanya? apakah baik atau tidak?

SalamAlaik said...

sikit nak tambah,wallahualam, saya merasakan sy InsyaAllah sudah pun disentuh hidayah Allah yg lembut sejak tahun lepas, walaupun sampai skrg masih bertarung dgn nafsu dan perangai lama. Apa yg saya pernah minta soal jodoh, seolah2 telah ada di depan mata,Wallahua'lam. cuma keberanian belum tiba. Ternyata setelah saya buat background check, dia termasuk dalam keluarga yang baik2 dan sangat terpelihara.

THTL said...

salam,
bila si gadis itu sering muncul dalam mimpi anda, itu petanda anda sudah jatuh hati kepadanya. ini dinamakan mainan akal yang dibawa ke dalam tidur. Ia juga petanda si gadis itu juga perasan anda sedang memerhatikannya.
Go for it man.

Mohd. Ikram said...
This comment has been removed by the author.
Mohd. Ikram said...

ya betol.. go for it man...

THTL said...

dalam istilah bollywood, itu namanya cinta pandang pertama...

قين_هرتيني @ Qin_Hartini said...
This comment has been removed by the author.