Saturday, November 26, 2011

Travelog USA 15: Tamrin Mega California




Selepas Tamrin* Terre Haute Indiana, tahun berikutnya California dipilih sebagai host utk Tamrin Thanawi Usrah UD di USA. Muktamar California adalah bersejarah kerana ia adalah tahun penyatuan semua kumpulan Usrah kerana kesemua naqib (ketua cawangan) telah akur dengan keputusan pucuk pimpinan Malaysia bahawa thtl merupakan ketua umum  bagi seluruh USA. Usrah Malaysia menghantar Naqeeb besar CMA sebagai wakil khas utk menyampaikan ucaptama dan kertas kerja dasar.

Logistik ke California bukanlah mudah kerana jaraknya maksima 3,000 KM. Dari Kalamazoo-Los Angeles ialah  2,150KM. Program Tamrin California akan berlangsung bulan Disember dan kebanyakan lebuhraya USA dijangka akan diliputi salji dan kadangkala ice. Aku begitu teruja kerana ini adalah perjalanan darat yg paling jauh yang pernah ku alami dalam hidupku..Dari Kalamazoo, kami akan berkonvoi dengan kereta Ann Arbor Michigan (letaknya universiti tersohor negeri Michigan, Universiti of Michigan), dari Wisconsin dan Toledo, Ohio. 5 kereta semuanya dan kami di Kalamazoo akan menyewa 1 Caravan dan sebuah kereta untuk akhowat. Sewa kereta di US amatlah berpatutan, misalnya sebuah kereta cuma USD 18.00 sahaja sehari sewanya. Kehebatan sistem sewa kereta pandu sendiri di USA ialah, kita tidak perlu menghantar kereta balik ke pejabat tempat kita menyewa yang asal, kita boleh tinggalkan kereta tersebut di mana-ana cawangan sewa kereta diseluruh USA. Setiap kereta akan dilengkapi sistem walkie Talkie Motorola. Perjalanan dijangka memakan masa hampir 2 hari. bayangkan kami akan memandu kereta 2 hari tanpa henti merentasi benua USA dari Michigan dan akan melalui 8-9 negeri, antaranya Illinois, Missiouri, Arkansas, Oklahoma, Texas, New Mexico, Arizona dan akhirnya California. Seluruh brothers/sisters akan berhimpun termasuk dari New Haven, New York (3000 KM), dari Texas, dari Montana, Illinois, Indiana, Kentucky, Iowa, Missouri dan Colorado.

Inilah caravan yang kami sewa: Buatan Dodge. Ia lengkap dengan dapur, meja makan dan peti ais.




Maka tibalah saatnya kami akan bertolak ke Los Angeles dari Kalamazoo, Michigan, sejauh 2,150KM lebuhraya tanpa toll dan cuaca dilapurkan bersalji dan dan kekadang berais di kebanyakan lebuhraya. (lebuhraya diseliputi salji kurang berbahaya berbanding jalan yang diliputi ais, kerana jalan berais adalah lebih licin. Setelah tiba convoy dari utara (an arbor dan Wisconsin serta Toledo di selatan), kami membuat sedikit taklimat dan ketua perjalanan ialah KM.

next: perjalanan 2,150 KM merentasi benua USA dan peristiwa cemas dikepung oleh Texas Rangers..







--------------------------
*Tamrin = Ijtima' tahunan pergerakan Ikhwan seperti Muktamar untuk membuat muhasabah satu tahun dakwah, melihat pencapaian, memperkemas saf dan merancang aktiviti untuk tahun hadapan.

Dikemas kini oleh ADmin
29/11/2011
0147

2 comments:

Dr Abdullah Ameen said...

assalamu'alaikum,

masa zaman THTL dlm IM dahulu, IM mana yg dimaksudkan?

kalau tak salah sy, masa tu banyak pihak mengaku IM antaranya ABIM, PAS, ISMA, HALUAN dan lain2.

THTL said...

Masa tu, bro anwar baru je join amnu. di USA, PAS mmg tak ngaku IM, depa cuma ada MOU je, sama dgn PAS Malaysia, depa tak pernah mendakwa sbg IM. ABIM masa tu sama dgn PAS, depa mengikut manhaj mereka sendiri. adapun, MISG adalah pergerakan melayu yg terbesar di USA dan depa mmg satu geng dgn IRC kat UK. depa juga ada MOU dgn IM dan depa tak mahu dikatakan sbg IM. IM yg dimaksudkan oleh ana ialah melayu yang bai`ah dgn Dato' Ust Dahlan MZ (rh). Naqib IM USA ARAB ketika itu ialah Dr Tareq Shweidan, phD Texas, mmg satu geng dgn Ust Dahlan. Memang IM USA tidak iktiraf mana-mana IM melayu, sampai sekarang pun, mana IM iktiraf IM Melayu di Malaysia?...Masa tu Isma dan haluan dan yg latest ikram belum ujud. ana claim ana IM, kerana Ust Dahlan mmg IM tapi Iraqi sebab dia belajar kat Iraq. Kemudian selepas tu, ana mmg ada pertemuan dgn Naqib Dr tareq, tapi bukan pasal pengiktirafan. IM USA tu sebenarnya, IM_melayu yang menuntut di USA, yg merupakan pengikut IM Ust Dahlan MZ. Kami claim IM, sebab abim, pas, dan misg, mmg depa tak claim pun depa IM.
harap jelas