Wednesday, November 23, 2011

20 Hadith Maqlubah (Siri 1)

Hadith Maqlubah ialah hadith2 yang difahami secara terbalik oleh orang awam kerana kejahilan atau terkadang juga kepada ustaz-ustaz dan ulama'.



20-1: Amal Bergantung Kepada Niat

Matan:


إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ

"Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niatnya" HR Bukhari-Muslim, Lidwa:Bukhari no 1)



Hadith ni masyhur, sahih dan menjadi sepertiga dasar agama Islam. Apa contoh maqlubah atau difahami secara songsang?

Contoh orang yang memahami hadith ini secara maqlubah:

  • Apabila diajak mereka kepada mengerjakan kebaikan (ma'ruf) atau menyeru mereka meninggalkan kemungkaran, mereka akan jawab "amal itu memadai dengan hati bersih, hati kami baik aje"
  • Apabila dia ditanya kenapa tidak solat, jawabnya, hatinya bersih, putih kerana amal itu bergantung kepada hati.
  • apabila dia solat tapi dilaksanakan dengan cincai sahaja, enggan bersolat dengan fiqh solat Nabi, jawabnya, setiap amal itu tergantung kepada niatnya
  • apabila dia melanggar hukum Islam, seperti mencium kekasihnya, dia berkata, niatnya suci, dia tidak bermaksud apa-apa
  • ada wanita yang enggan berhijab dengan alasan penampilan diri bukan ukuran, Islam melihat kpd hati seseorang.
Pemahaman yg sahih:

"sesungguhnya setiap amal bergantung kpd Niat" maksudnya setiap amal itu mesti dikaitkan dengan Niat, Niatnya menyertai amal, amal perbuatan itu harus benar dan niat harus ikhlas.

Maka jika wanita enggan berhijab, maka amalnya sudah salah, maka mana mungkin niatnya menyertai amal?
Orang yang solat dengan cincai, lebihkurang tanpa belajar dgn betul, maka katakan dia melakukan kesalahan fatal dalam solat, tapi dia tidak tahu, maka solatnya rusak, walaupun dia menyatakan niatnya ikhlas ingin solat.
Gitu juga jika anda mengerjakan Haji tanpa kursus haji, maka katakan dia melakukan perkara2 yang dilarang ketika dalam Ihram, maka hajinya rusak, niat haji saja tidak memadai.
Kemudian, setiap amal dgn niat itu juga merujuk kpd Ikhlas.

Maka amal yg diterima ialah amal yg ikhlas. jika amal yg benar tapi tak ikhlas pun ditolak juga.
Maksud hadith ni: setiap amal itu mesti benar dan disertai dengan Niat yang ikhlas.
Hadith ni maqlubah juga amalannya salah tapi niatnya ikhlas. atau Niat tak ikhlas, tapi amalnya betul. itupun Maqlubah juga.

[Ref: Prof Umar al-Quraishi, ahaadith Maqlubah, Darul adib, KSA

Dikemas kini oleh ADmin
29/11/2011
0114


إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ

5 comments:

al Baghani said...

Alhamdulillah, best kuliah macam nih

Ahmad Kamil said...

MasyaAllah mantop! menanti 19 hadis berikutnya :)

ummu durrah said...

Jazakallahu khairan kathiran syeikh thtl..

Dahagakan ilmu dari syeikh.. Alhamdulillah, ada di sini =)

THTL said...

Selamat membaca entri dan mengutip ilmu, insyaAllah


-ADmin-

ardP said...

JzklLahu khairan kathira..