Tuesday, November 22, 2011

Radd ke atas idea pelik

Xifu N ada memberi tips kepada orang bujang di AFN.net
-------------------
Ada banyak sebab mengapa some lelaki tak nak kahwin. bukan tak nak, tapi TAK BERANI. takut salah pilih, lalu cerai. TAK ADA FORMULA 'PASTI' dimana satu nikah itu PASTI bahagia. kahwin dengan yang seksi? Yang bertudung labuh? Yang salafi? Yang khalafi? SORRY NO FORMULA PASTI.,

How to overcome fobia then? nasihat saya ialah YOU HAVE TO TAKE THE RISK OF MARRIAGE. Dalam dunia, mana ada yang pasti. you pandu kereta, tak pasti you boleh sampai umah! tp mengapa you amik risiko pandu kereta?

LIFE IS ABOUT TAKING RISK. My nasihat ialah JANGAN FIKIR SANGAT DENGAN POTENSI CERAI. Kahwin je dulu. you tak mungkin BENAR2 KENAL perempuan itu SELAGI YOU BELUM "FEEL" DIA. Wlpn dia baik, maybe ada masalah COMPATIBILITY. Wlpn compatible, mungkin ada masalah seks. kalau tak ada masalah seks, mungkin masalah diri you yang satu hari bangun dan mula tertanya: SAYA MAMPU SEKARANG DAN SAYA NAK RASA 'YANG LAIN'!

Bila you pandu kereta, ,you tak fikir wat if I kena langgar steamroller, kalau tak kena steamrolller, mungkin lori balak. kalau tak kena lori balak, mungkin bus sekolah...... bila you nak pandu kereta????

MAKA PANDU JE KERETA TU. KAHWIN JE. JANGAN BANYAK HAFAL FORMULA. KALAU ACCIDENT, TERIMALAH TAQDIR. KALAU CERAI, TERIMALAH TAQDIR UNTUKMEMBANGUNKAN HIDUP YANG LEBIH DIREDHAI.
------------------------

Radd:

Ini kerana Nabi saw tidak akan meninggalkan umatnya terumbang ambing tanpa panduan.

Tips ni agak pelik kerana Islam telah memberi tips yang agak detail untuk mengurangkan risiko kegagalan perkahwinan, antaranya:

Utamakan nilai taqwa mengatasi segalanya:

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ

AQT 49:13 [Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu]

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّهُ

AQT 4:34 [Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang ta'at kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)]

Tips hadith:

تنكح المرأة لأربع : لمالها ولحسبها وجمالها ولدينها ، فاظفر بذات الدين تربت يداك
الراوي:أبو هريرة المحدث:البخاري - المصدر:صحيح البخاري- الصفحة أو الرقم:5090
"Wanita dinikahi kerana empat perkara:
hartanya
keturunan
kecantikan
aagamanya
Maka (aku syorkan), pilihlah yang beragama, niscaya engkau akan beruntung." HR Bukhari-Muslim

Risiko dapat dikurangkan lagi dengan prosedur adat:
merisik
meminang

dan dalam tempoh risikan dan bertunang, ada masa yang mencukupi utk anda meneliti kesesuaian antara satu sama lain.

Perkahwinan bukan murah sekarang, maka seperti juga pembelian kereta dan hartanah, di mana manusia mampu mengurangkan risiko dalam pembelian kereta (model dan spex terbaik), dan hartanah (lokasi dan spekulasi), maka memilih calon isteri dapat diminimakan risiko dengan mengikuti tatacara syariat.

langkah seterusnya mengurangkan risiko perkahwinan ialah mempunyai MENTOR dalam hidup anda, carilah orang yg berpengalaman dalam hidup dan anda nampak dia benar2 bahagia dalam keluarganya, soleh, beragama dan bertaqwa dan dekati dia utk mendapat tips macam mana mengenali perempuan atau lelaki yg soleh.

Dengan mintak maaf dari xifoo, di mana dia mmg org yg terbuka mindanya, dan besar jiwanya, saya merasa tips beliau tidak menepati kehendak agama.
Risiko perkahwinan sudah diminimakan dalam Islam. Tipsnya ada dalam banyak kitab, antaranya Adab Zifaf oleh al-Albani, Tanya Jawab Nikah dari A sampai Z oleh syaikh Mustafa Adawi, Selamat Datang isteri Impian oleh syaikh Isham Muhammad Syarif, bahkan ratusan jodol dalam isu ini di pasaran buku. Jangan lupa, dekatilah tokoh2 yg anda percayai utk mendapatkan tips berharga. Penyudahnya, risiko dihapuskan dengan solat istikharah.
sekian

3 comments:

'Abdullah said...

pak thtl, saya buat kesimpulan di sini:

usaha berjaga-jaga dengan risk factors = suatu ibadah yang berpahala (1) kerana disuruh oleh Rasulullah SAW

kalau terkena jugak bahaya tersebut = sudah ketetapan Allah. dapat pahala (2) kalau bersabar

dan dapat lagi pahala (3) kalau berusaha menyelesaikannya.

# Ada tiga pahala di sini insya Allah.

THTL said...

kenapa terhadad kpd 3 pahala je?

Pahala di sisi Tuhanmu tidak terbatas

'Abdullah said...

Sebab pada pandangan mata manusia yg x seberapa ni, saya nampak tiga kali yg berpotensi. (bukan 3 pahala actually). Hehehe.
Betul, Allah sajalah yg tahu brapa byk pahala yg sebenarnya.