Sunday, May 12, 2013

Travelog KSA 67: Rehlah Madina 2: Perkuburan al-Baqi'.

Madinah Munawarah, 25 April 2013
Pagi hingga Asar: urusan kerja
Laluan dari hotel Minaret al-Aqsa tersergam bangunan yang menempatkan pejabat pengurusan Madinah sebagai Ibukota kebudayaan Islam.
Pusat Pameran artifak Ibukota Budaya Islam 2013
Madinah baru saja di isytiharkan oleh Crown Prince Salman bin Abdul Aziz al-Saud sbg Ibukota Budaya Islam pada akhir Mac, 2013 yg lalu. Di bangunan ini akan beropersi pejabat yang akan mengendalikan projek menjadikan Madinah sebagai pusat kegiatan kebudayaan dan ketamadunan Islam Sedunia sebagaimana 1400 tahun yang lalu.
Bazzar terbuka ke hotel Minaret al-Aqsa
Terdapat juga bazaar dari hotel saya sebelum sampai ke kompleks al-Haram an-Nabawi.
Aktiviti petang: Mengiringi jenazah ke perkuburan Baqi'
Sudah lama saya nak kenal kubur perkuburan Baqi', yg berada bersebelahan Mesjid Nabawi (di situlah banyak para sahabat yg awal dimakamkan, antaranya ibunda Aisyah, Uthman al-Affan, Imam Malik bin Anas, dll) . lalu saya bertanyakan pelajar Universiti Islam Madinah (melalui telefon), sdr Ibn Zubair atau Daniel, bila waktu terbaik nak masuk kubur Baqi'. Beliau menjawab selepas setiap solat, pasti ada solat Jenazah, maka lepas tu mayat-mayat itu akan dibawa ke Kubur Baqi', masa tu kita kenaikut sekali mengusung dan melihat proses penyelenggeraan jenazah. terdapat maqam Aisyah, Uthman al-Affan, Imam Malik bin Anas, dll
6 jenazah dikeluarkan dari bilik mayat Mesjid Nabawi
Sebaik saja solat Asar, saya sudah menunggu di luar bilik mayat dan kemudian keluarlah 6 keranda terbuka yang diusung secara bergilir-gilir
Jenazah diusung oleh orang ramai
Keranda diusung laju sekali berlari anak, amat sukar kita mengejarnya. Saya pun tak pasti apakah sunnah mengusung jenazah dalam keadaan berlari anak...rasanya ini tradisi org arab saja. Di Mekah pun sama, keranda diusung dalam keadaan berlari anak.
Orang ramai mengikuti keranda

Mayat sedang disemadikan
Kuburnya tidak dalam, ia cetek sahaja dan ditutup dgn batu, batu, utk memprcepatkan proses pereputan mayat, kerana ia akan di kitar semula
Kubah Hijau dari kubur Baqi'

Kedamaian persemadian al-Baqi'
Kawasan perkuburan al-Baqi' agak luas, saya jangka dalam 10 hektar dan hampir 90% sudah digunakan.
Bangunan TH Madinah di pinggir baqi'.
Begitu sayu bila berada dalam perkuburan al-Baqi' bila ruh kita bertaut dgn generasi awal Islam, rasa kekuatan kita bila kita menghubungkan jiwa kita dgn ruh2 para sahabat dan tabi'in yang bersemadi disini. Bayangkan jika anda hidup 1400 tahun dulu bersama mereka. Bertuahlah mereka yang wafat di Madinah dan jenazahnya dikebumikan bersama arwah salafu-soleh di sini.

1 comment:

ardP said...

syahdu sekali perkuburan Baqi'