Thursday, June 10, 2010
Membedah salahfaham salafi: geocentricity
Geocentric v Heliocentric
Baru-baru ni dalam laman web AFN (al-fikrah.net) berlaku suatu perdebatan yg hangat sekali mengenai susunan jagat raya... majoriti warga AFN menerima hakikat bahawa jagatraya (universe) adalah Heliocentric atau solar system sebagaimana yg tercetak dalam buku2 teks sains, di mana planet2 termasuk bumi mengelilingi matahari. Ia dinamakan solar system. Manakala geng salafi jalur keras, antaranya yg bernama Nawi dan Talhah meyakini alam ni adalah geocentric atau semua planet termasuk matahari mengelilingi BUMI. Yang lucunya, geng salafi hardcore menyatakan geocentric adalah berdasarkan nas. Berdasarkan nas maksudnya susunan jagatraya ni telah diterangkan melalui wahyu samada terdapat dalam ayat2 AQ atau juga as-Sunnah. Mereka turut mempromosikan sebuah buku dari Indonesia, karya Ahmad Sabiq yg begitu bersemangat menegakkan teori geocentric sebagai yg selari dgn AQ!!
Bagaimana kita nak mendamaikan dua aliran ini dan manakah teori yg lebih hampir kepada keyakinan?
---------------------al-Jawab:
Dr Zakir Naik (45 tahun, founder dan CEO IRF (Islamic Research Foundation, Mumbai, India) menjelaskan isu ini. Ia menjelaskan isu geo vs helio dalam bukunya yg berjodol, "the Qur'an & Modern Science: Compatible or Incompatible?" (AQ dan Sains Moden: Selari atau bercanggah?), terbitan Adam Publisher, Delhi:2008)
Ia memetik kata2 Einstein: "sains tanpa agama adalah kedunguan, manakala agama tanpa sains adalah kebutaan." inilah yg berlaku kpd salafi jalur keras, mereka berpegang kpd nas tanpa sains, maka jatuhlah mereka kepada kebutaan..
Dr Zakir juga berkata," AQ bukanlah kitab sains tapi kitab tanda2 (kebebesaran-Nya)". Ini juga kesilapan kaum salafi tegar, bahawa mereka melihat AQ sbg sebah kitab sains, lalu mereka mentakwil beberapa ayat tanda2 dan menetapkan itulah sains!
Geocentric atau kepercayaan bumi sebagai pusat jagatraya merupakan kepercayaan kuno sejak abad ke 2 BC yaang dikaitkan dgn Ptolemy. Hinggalah pada tahun 1512 bila Copernicus mengemukakan teori solar system dan pada tahun 1609, Kepler menerbitkan penemuannyaAsronomia Nova yang menetapkan teori Solar System yang digunapakai sekarang. Solar system adalah basis untuk pengiraan pelbagai standard yg digunapakai dalam keidupan harian kita...
kita ambik beberapa contoh ayat yg ditakwil oleh salafi tegar:
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ (٣٣)
AQ 21:33. [dan Dia lah (Tuhan) Yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).]
Salafi mentakwil, ini adalah ayat yg menjadi bukti geocentric, yakni matahari dan bulan beredar mengelilingi Bumi. Sebenarnya ia adalah ayat menjelaskan matahari mmg berputar tapi bukan mengelilingi bumi, tapi ia berputar dalam orbitnya dalam sistem galaksi. Maksudnya planet2 berputar mengelilingi matahari, di waktu yg sama, matahari juga berputar.
Prof Ali al-Syabuni, KSA dalam kitabnya "Harakat al-ardh wa dauranuha: Haqiqatun Ilmiyatun Atsbataha al-Qur:an" (Gerak dan Kitaran Bumi: Hakikat Ilmiah dalam AQ)
menjelaskan ayat ni ditujukan kpd banyak planet bukan matahari dan bulan sahaja, Jika ia ditujukan kpd dua objek, maka AQ akan menggunakan lafaz dua, "yasbahaani". Tapi ayat ni menggunakan lafaz "yasbahuun" yakni merangkumi juga bumi, yg juga berputar dan beredar.
inilah bukti kesalahan kaum salafi moden dalam memahami sains. Dr Zakir dan Prof Syabooni menetapkan Sains dan AQ sentiasa releven dan tidak saling bercanggah, AQ adalah kitab tanda2, manakala sains adalah alat untuk menjelaskan tanda2 tsb..Tanda2 dalam AQ yg berjumlah 1000 ayat bersifat sains umum, Ilmu sains dan pakar2 sainslah yg akan merincikan dan ia mungkin berubah sesuai dgn zaman dan teknologi. sekian
Labels:
Manhaj
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
but syeikh, u missed a few major points then...it was not about A vs B
nak diskas, kena cari masa (lain) sikit lah:-)
alias,
diskusi panjang lebar dah ada kat AFN. apa yg ana nak kasi tahu kasi tahu kat sini secara ringkas, dalam AQ tak memperincikan sains, sedangkan geng salafi ultra telah mentakwil ayat2 dan menjadikan AQ sbg kitab Sains
as-Salaamu 'alaikum... Thtl beriman dengan buku teks Sains sekolah. Kami pula mengambil dari teks para ulama generasi awal seperti Ibnu Taimiyah, Ibnul Qayyim, Ibnu Hazm, Ibnu Katsir, dan ramai lagi ulama ahlus sunnah waj-Jama'ah lainnya.
Dan yg lebih utama, kami meyakini teks al-Qur'an dan hadis-hadis sahih, sama ada dalam konteks literal/zahir, mahupun kontekstual. Dan kami tidak mentakwil. Sebaliknya, thtl-lah yg mentakwil.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
غَزَا نَبِيٌّ مِنْ الْأَنْبِيَاءِ فَقَالَ لِقَوْمِهِ لَا يَتْبَعْنِي رَجُلٌ مَلَكَ بُضْعَ امْرَأَةٍ وَهُوَ يُرِيدُ أَنْ يَبْنِيَ بِهَا وَلَمَّا يَبْنِ بِهَا وَلَا أَحَدٌ بَنَى بُيُوتًا وَلَمْ يَرْفَعْ سُقُوفَهَا وَلَا أَحَدٌ اشْتَرَى غَنَمًا أَوْ خَلِفَاتٍ وَهُوَ يَنْتَظِرُ وِلَادَهَا فَغَزَا فَدَنَا مِنْ الْقَرْيَةِ صَلَاةَ الْعَصْرِ أَوْ قَرِيبًا مِنْ ذَلِكَ فَقَالَ لِلشَّمْسِ إِنَّكِ مَأْمُورَةٌ وَأَنَا مَأْمُورٌ اللَّهُمَّ احْبِسْهَا عَلَيْنَا فَحُبِسَتْ حَتَّى فَتَحَ اللَّهُ عَلَيْهِ
Ada seorang nabi dari Bani Isra’il yang berperang, maka dia berkata kepada kaumnya, “Jangan ada sesiapa pun yang mengikuti sedangkan dia telah memiliki isteri dan dia ingin berkumpul dengannya namun belum sempat berkumpul, dan jangan pula seseorang yang telah membina rumah namun belum memasang atapnya, juga jangan seseorang yang telah membeli kambing sedangkan dia sedang menunggu kelahiran anaknya.”
Maka nabi itu pun pergi berperang, dan dia menghampiri sebuah desa yang dituju ketika waktu solat ashar, maka dia berkata kepada matahari:
“Engkau adalah makhluk yang diperintah dan aku pun diperintah, Ya Allah, tahanlah sebentar matahari itu untukku.”
Maka matahari itu pun ditahan sehingga Allah memberikan kemenangan baginya. (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat al-Hakim:
أيتها الشمس إنك مأمورة وأنا مأمور بحرمتي عليك ، إلا ركدت ساعة من النهار
Wahai matahari, engkau diperintah dan aku diperintah dengan kehormatanku atasmu, engkau perlu berhenti sejenak dalam hari ini... (al-Mustadrak)
Hadis ni menunjukkan persoalan perjalanan masa/waktu dengan berjalannya matahari. Dan apabila matahari berhenti, waktu turut berhenti/delay.
Sekiranya perjalanan masa dikira berdasarkan putaran bumi, maka yg perlu berhenti adalah bumi, bukan matahari.
Daripada Abu Dzarr radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:
أَتَدْرُونَ أَيْنَ تَذْهَبُ هَذِهِ الشَّمْسُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ إِنَّ هَذِهِ تَجْرِي حَتَّى تَنْتَهِيَ إِلَى مُسْتَقَرِّهَا تَحْتَ الْعَرْشِ فَتَخِرُّ سَاجِدَةً فَلَا تَزَالُ كَذَلِكَ حَتَّى يُقَالَ لَهَا ارْتَفِعِي ارْجِعِي مِنْ حَيْثُ جِئْتِ فَتَرْجِعُ فَتُصْبِحُ طَالِعَةً مِنْ مَطْلِعِهَا ثُمَّ تَجْرِي حَتَّى تَنْتَهِيَ إِلَى مُسْتَقَرِّهَا تَحْتَ الْعَرْشِ فَتَخِرُّ سَاجِدَةً وَلَا تَزَالُ كَذَلِكَ حَتَّى يُقَالَ لَهَا ارْتَفِعِي ارْجِعِي مِنْ حَيْثُ جِئْتِ فَتَرْجِعُ فَتُصْبِحُ طَالِعَةً مِنْ مَطْلِعِهَا ثُمَّ تَجْرِي لَا يَسْتَنْكِرُ النَّاسَ مِنْهَا شَيْئًا حَتَّى تَنْتَهِيَ إِلَى مُسْتَقَرِّهَا ذَاكَ تَحْتَ الْعَرْشِ فَيُقَالُ لَهَا ارْتَفِعِي أَصْبِحِي طَالِعَةً مِنْ مَغْرِبِكِ فَتُصْبِحُ طَالِعَةً مِنْ مَغْرِبِهَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَدْرُونَ مَتَى ذَاكُمْ ذَاكَ حِينَ
{ لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا }
Tahukah kamu ke manakah matahari itu pergi? Mereka berkata, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”
Beliau bersabda: “Sesungguhnya matahari itu berjalan sehingga sampai ke tempat peredarannya di bawah ‘Arsy, lalu dia bersujud. Dia tetap selalu seperti itu sehingga dikatakan kepadanya:
“Bangunlah! Kembalilah seperti asal engkau datang.” Maka dia pun kembali dan terbit dari tempat terbitnya, kemudian dia berjalan sehingga sampai ke tempat peredarannya di bawah ‘Arsy, lalu dia bersujud. Dia tetap selalu seperti itu sehingga dikatakan kepadanya:
Bangunlah! Kembalilah sebagaimana asal engkau datang.” Maka dia pun kembali dan terbit dari tempat terbitnya, kemudian berjalan sedangkan manusia tidak menganggapnya aneh sedikitpun darinya sehingga sampai ke tempat peredarannya di bawah ‘Arsy, lalu dikatakan kepadanya:
“Bangunlah! Terbitlah dari barat.” Maka dia pun terbit dari barat. Rasulullah bersabda:
Tahukah kamu bila perkara tersebut terjadi? Perkara ini terjadi ketika tidak bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang dia belum beriman sebelum itu atau dia belum mengusahakan kebaikan dalam masa keimanannya. (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Dalam tafsir Ibnu katsir, surah Yasin, ada disebutkan hadis ini. Dan al-Hafiz mengambil maksud hadis secara zahirnya. Bukan dengan mentakwil.
Wallahu a'lam...
Nawi, kalau berani minta geng salafi ultra buat kertas kerja supaya buku teks sains di sekolah-sekolah ditukar...kohkoh
lepas tu hantar ke TS Muhyidin Yassin, YB Menteri Pelajaran Malaysia..
Video hasil cerapan/rakaman satelite EchoStar11:
http://www.youtube.com/watch?v=6VdSFT8Ouqg
Teori Helio dan Geo-centric, kedua-duanya menyatakan bulan mengorbit bumi.
Teori Helio menyatakan bulan melakukan putaran lengkapnya ke atas bumi adalah pada lbh kurang 27-28 hari sekali.
Tetapi, sekiranya anda memerhatikan rakaman satelite echostar tersebut dengan teliti dan betul-betul, anda akan dapat melihat bahawa bulan mengelilingi bumi sebanyak sehari sekali, bersamaan dengan putaran matahari yg juga sehari sekali. Ini juga adalah salah satu bukti yg menunjukkan bahawa matahari dan bulan bersama-sama mengelilingi bumi. Dan bukan bumi mengelilingi matahari.
Nawi,
dah berpuluh-puluh pages kat AFN...takkan kat blog aku pun hang nak ulang balik...kalau Nawi percaya dgn Echostar, kenapa tak boleh percaya dgn Dr Zakir Naik dari Mumbai? atau dgn Hubble Telescope webpage...?
Soalan tu boleh diterbalikkan. Tak sesuai dah...
Post a Comment