Thursday, May 24, 2012

La Tahzan 169-2/akhir: Kerana Ditangguhkan Rezki, على تأخُّر الرِّزقِ

يقولُ عمرُ : « اللَّهمَّ إني أعوذُ بك من جلدِ الفاجرِ ، وعجزِ الثقةِ » . وهذهِ كلمةٌ عظيمةٌ صادقةٌ . فلقدْ طُفْتُ بفكري في التاريخِ ، فوجدتُ كثيراً منْ أعداءِ اللهِ عزَّ وجلَّ ، عندهمْ منْ الدَّأبِ والجلدِ والمثابرةِ والطُّموحِ : العَجَبَ العُجابَ . ووجدتُ كثيراً من المسلمين عندهمْ من الكسلِ والفتورِ والتَّواكُلِ والتَّخاذُلِ : ما اللهُ به عليمٌ ، فأدركتُ عُمْق كلمةِ عُمَرَ - رضي اللهُ عنه -
terj: Khalifah Umar al-Khattab dalam satu doanya," Ya Allah aku berlindung dengan-Mu dari orang fajir/si durjana (ahli maksiat dan kufur) yang bermotivasi dan teman kepercayaan yang lemah." (dari kitab al-Muntalaq oleh Muhammad Ahmad ar-Rashid, ms 273)
Ini sebuah ungkapan yang hebat dan murni sekali. Jika kita meneliti peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah, kita akan dapati kebanyakan musuh2 Allah memiliki kesungguhan, kesabaran, sikap, dan wawasan yg amat tinggi.Realiti sebaliknya, aku dapati orang Islam pula bersikap malas, lemah, tawaakul (pasrah tanpa usaha) dan sentiasa berfikiran subsidi. Mereka merasakan mereka telah meletakkan harapan kepada Allah padahal itu cuma angan-angan mereka sahaja. itulah mendalamnya maksud kata-kata Khalifah.
Nota: Inilah rahsia kenapa kita mundur dan musuh kita maju dalam kebendaan atau rezki. mereka walaupun fajir (kufur dan ahli maksiat) tapi menguasai ekonomi, kita umat Islam hanya mndapat sisa-sisa sahaja. Ia terdapat dalam kata hikmat Umar al-Khattab, bahawa mereka ada tenaga luar biasa, ada semangat menguasai segala-galanya, tapi kita umat Islam tidak ada daya dan motivsi tersebut kerana sikap kita sendiri.

1 comment:

'Abdullah said...

OKU (Orang Kurang Usaha) adalah golongan orang-orang yang sihat dan mampu berusaha tapi lebih suka berpura-pura seperti orang cacat.