Thursday, May 17, 2012

La Tahzan 167-3/Akhir, Tekad Waja, إرادةٌ فولاذيةٌ

لقدْ دخل حبيبُ بنُ زيدٍ إلى مسيلمة يدعوه إلى التوحيدِ، فأخذ مسيلمةُ يقطعُهُ بالسيفِ قطعةً قطعةً، فما أنَّ ولا صاح ولا اهتزَّ حتى لقي ربَّ شهيداً

terj:  Hubaib bin Zaid ra ( antara 70 oran sahabat yang berbai'ah pada Bai'ah Aqobah yg kedua) telah masuk  menemui Musailamah (bin Hubaib, atau Musailamah al-Kazzab yang mengaku menjadi Nabi dan akhirnya dibunuh di zaman khalifah Abu Bakar ra) bertujuan untuk mengajaknya kembali kepada Tauhid. Musailamah menangkap dan memotong anggota badan Hubaib satu demi satu bertujuan menyiksanya, namun tiada suara mengerang, menjerit atau melolong yang keluar dari mulut Hubaib hinggalah dia menemui Allah  sebagai seorang syahid.
وَالشُّهَدَاء عِندَ رَبِّهِمْ لَهُمْ أَجْرُهُمْ وَنُورُهُمْ

AQS al-Hadiid, 57:19 [dan orang-orang yang menjadi saksi di sisi Tuhan mereka. Bagi mereka pahala dan cahaya mereka]
 ورُفع خُبيبُ بنُ عديٍّ على مشنقةِ الموتِ ، فأنشد

terj: Kemudian kisah Khubaib bin `Adi ra (sahabat dari suku Aus yg ditangkap oleh pihak Quraish selepas perang Badar dan kemudian di salib di kota Mekah)  ketika ia diangkat ke kayu salib yang membawa maut, dia sempat bernasyid:

ولستُ أبالي حين أُقتلُ مسلماً  على أيِّ جنبٍ كان في اللهِ مصرعي
terj: peduli apa aku, ketika aku dibunuh sebagai muslim..di mana saja kematianku,  tetap di jalan Allah....
Nota: sifat bertekad waja atau sanggup mati kerana agama ini telah diwarisi oleh mujahidin hingga ke hari ini, lalu masyarakat Barat melabelnya sebagai suicide bombing, serangan pengganas, tapi itulah saki baki semangat waja yang mereka warisi dari sifat pepahlawanan dan keberanian kaum salaf dalam menegakkan agama Allah.

No comments: